Bab 8 : Kelemahan Demokrasi Memilih Pemimpin

HAMPIR semua pemerintah atau pemimpin di dunia kini sama ada orang Islam atau bukan, telah naik melalui pilihanraya. Yakni hasil undi rakyat jelata di hari membuang undi yang dilakukan beberapa tahun sekali. Mana-mana pemimpin yang dapat lebih undi dari yang lain, dialah yang naik jadi pemerintah untuk negara tersebut. Cara pemilihan pemimpin yang begini adalah cara Barat yang menganut ideologi liberal kapitalisme yang mempraktikkan sistem demokrasi terbuka.

Hal begini adalah berbeza sekali dengan Islam yang merujuk pada Al Quran, Hadis dan ulil amri (ahlul halli wal “aqdi) Dalam Islam, pemilihan pemimpin dibuat berdasarkan sistem demokrasi terpimpin. Ertinya, mereka dipilih dari kalangan beberapa orang yang menjadi intipati masyarakat yang dikatakan ahlul halli wal “agdi Di antara kedua-duanya, cara Islam dan cara Barat ini, terdapat perbezaan yang jauh. Saya akan membandingkan kedua-dua ini supaya kita dapat melihat kebenaran dan kebijaksanaan sistem Islam.

1. Kita difahamkan kononnya melalui pilihanraya, pemimpin yang naik adalah pilihan oleh majoriti rakyat jelata. Walhal bila diamat-amati, ha1 itu tidak semestinya berlaku. Katalah dua orang calon bertanding di kawasan yang ada 10 ribu pengundi. A dapat 4500 undi, B dapat 4000 undi dan yang tidak mengundi 1500. Perbezaan antara keduanya Cuma 500 undi sahaja. Tetapi yang tidak mengundi seramai 1500. Ertinya A cuma diterima oleh 4500 orang rakyatnya. Manakala 5500 lagi menolak kepimpinannya. Hal ini sebenarnya akan membentuk satu pemerintahan yang tidak stabil. Kerajaannya mudah goyang.

Keadaan akan jadi lebih malang kalau terjadi begini terdapat tiga orang calon yang bertanding di kawasan yang pengundinya ada 10 ribu orang. Keputusannya,

A dapat 3300 undi

B dapat 3300 undi

C dapat 3400 undi

Ertinya C menang dengan penyokongnya 3400 manakala penentangnya kalau dicampur dengan dua calon yang lain ialah 6600. Secara demokrasi, di manakah dikatakan dia naik pasti atas sokongan majoriti? Kerana penentangnya lebih banyak daripada penyokong. Cuba gambarkan dalam sesebuah negara yang penyokongnya sedikit dan penentangnya ramai, macam mana negara itu hendak stabil? Huru-hara selalu terjadi dan kerajaan boleh tumbang dengan mudah.

2.            Melalui sistem pilihanraya, semua rakyat disuruh memilih pemimpin termasuklah orang tua yang sudah uzur, orang buta, orang jahil, orang jahat, orang perempuan dan orang-orang yang tidak tahu-menahu mengenai pemimpin dan kepimpinan. Orang-orang begini turut menentukan corak kepimpinan negara. Saya yakin, di sesetengah negara (yang tidak berpelajaran) 95% daripada pengundi yang mengundi itu tidak tahu-menahu tentang dasar pemerintahan parti yang disokongnya. Apakah keputusan mereka menjamin kebaikan dalam pemerintahan? Kalaulah satu parti itu menang hasil sokongan orang-orang jahil ini, apakah parti itu boleh berbangga? Sedangkan yang menentangnya adalah dari kalangan orang cerdik pandai yang boleh menilai sekalipun bilang annya minoriti.

3.            Hari ini bermacam-macam golongan manusia yang turut mengundi. Golongan peniaga, petani, buruh, nelayan, cendekiawan, budayawan, seniman, artis, ahli sukan dan pegawai-pegawai serta lain-lain yang datangnya pula dari berbagai bangsa dan kaum minoriti. Masing-masing golongan ada niat masing-masing. Mereka mengundi satu parti bukan kerana menyokong dasar parti itu. Tetapi kerana marah pada parti lawan.

Sebab itu bila parti yang disokongnya menang, maka mereka akan tuntut hajat-hajat mereka masing-masing. Sepuluh golongan, sepuluhlah perkara yang diminta. Sekalipun yang diminta itu membebankan pemerintah dan rakyat, namun terpaksa dilakukan. Dasar parti yang sebenarnya hilang tenggelam. Pemerintah tidak boleh mencorak negara tetapi rakyatlah yang melakukannya. Pemerintah terpaksa mengikut kehendak-kehendak g olongan tadi, bukan mengikut dasar parti serta kepentingan umum lagi. Lebih-lebih lagi kepentingan ALLAH dan Rasul.

4.            Bila pengundi itu tidak faham dasar parti yang disokongnya, mereka juga tidak boleh menilai segala penyelewengan yang dibuat oleh pemerintah. Ertinya, mereka tidak boleh menegur atau membaiki kesilapan-kesilapan yang berlaku dalam pemerintah. Ini membuatkan pemerintah boleh melakukan apa saja dengan sewenang-wenangnya. Di sini mungkin ada orang berkata, “Itulah perlunya orang-orang yang baik-baik jadi calon”. Saya jawab begini, “Orang baik, tidak pernah mencalonkan diri. Kenaikan mereka ialah kerana ditonjolkan oleh orang lain melalui cara yang bersih”. Itulah dia ahlul halli wal ‘aqdi. Lagipun mana boleh orang-orang baik menang kalau majoriti rakyat yang mengundi jahat-jahat belaka?

5.            Sesetengah orang yang mencalonkan diri untuk jadi pemimpin adalah orang-orang politik yang kebolehan istimewanya ialah pandai berpidato. Cakap-cakapnya membangkitkan semangat dan mempesona orang yang mendengar serta pandai mencari kesalahan-kesalahan dan menuduh orang lain. Ertinya, dia mengaku dirinya baik dan bukan orang lain yang buat pengakuan tentang kebaikannya. Maka jadilah dia tokoh besar. Perangainya orang tak fikir, cara hidupnya tidak diambil kira, agamanya atau taqwanya tidak dipedulikan, ilmu dan pengalaman serta kecerdikan dan karisma kepimpinan tidak dihitung, kreativiti dan mindanya tidak dinilai, keturunan, latar belakang dan pendidikan yang diterima tidak dikisah.

Pendek kata, syarat-syarat nak jadi pemimpin cuma dinilai pada pandai melobi, pandai bercakap dan pandai mengata orang lain sahaja. Sedangkan memimpin itu bukannya untuk bercakap atau mengata orang sahaja. Sebaliknya memimpin ialah:

a.            Mendidik manusia agar jadi hamba ALLAH dan khalifahnya. Yakni jadi abid dan mujahid. Jadi orang dunia dan Akhirat. Bukan dunia saja dan bukan Akhirat saja. Untuk itu pemimpin mesti ada ilmu dan pengalaman mendidik yang cukup.

b.            Memimpin atau memandu rakyat untuk membangunkan tamadun insaniah dan tamadun material dalam ‘negara. Semua tenaga manusia hendak digembleng agar sama-sama membangun dan mencipta tamadun. Jangan ada yang tercicir, menganggur dan hidup tan-pa tujuan. Dan jangan sampai negara terbiar, berhutang, dipermainkan atau huru-hara.

c.            Menjawab 1001 macam masalah yang timbul dari masa ke masa dan menjawab 1001 tanda tanya yang berbangkit dalam masyarakat. Kalau hal-hal begini tidak diselesaikan, akan kusut dan kucar-kacirlah negara. Maka untuk itu seorang pemimpin perlu sekali men-dapat pertolongan dari ALLAH secara nyata atau ghaib dan mendapat ilmu ilham dari ALLAH, untuk menjawab setiap persoalan. Yang mana segala ini hanya diberi kepada pemimpin yang bertaqwa.

Firman ALLAH:

Barangsiapa yang bertaqwa kepada ALLAH nescaya ALLAH lepaskan dia dari masalah hidup dun memberi rezeki dari sumber yang tidak diduga.(Ath Thalaq: 2-3)

Firman-Nya lagi:

Bertaqwalah kepada ALLAH, nescaya ALLAH akan mengajar kamu .(Al Baqarah: 282)

ALLAH menjadi pembela (penolong) orang yang bertaqwa.(Al Jasiyah: 19)

Barangsiapa yang bertaqwa akan terlepas daripada sebarang kejahatan (musuh). (Ath Thalaq: 5)

d. Pemimpin hendaklah menjadi peribadi contoh yang dengan melihat kehidupan pemimpin, rakyat boleh meniru. Untuk itu pemimpin mesti bagus ibadahnya dan akhlaknya seperti merendah diri, pemurah, sabar, lapang dada, zuhud, pemaaf, pengasih, berani, jujur, ikhlas, gigih berjuang dan berkorban dan macam-macam sifat baik lagi. Untuk itu, sekali lagi pemimpin mesti bertaqwa. Hanya taqwa yang boleh mengawal dan mendorong akhlak yang baik itu dari dijahanamkan oleh nafsu dan syaitan.

e.            Merancang dan memberi panduan-panduan serta idea untuk pembangunan. Untuk itu pemimpin mesti ada idea, ada minda, ada strategi dan kreatif. Pemimpin tidak boleh emosional, buntu, gopoh, lemah jiwa, merajuk, putus asa dan lembab. Fikiran mesti tajam, jiwa mesti kuat, perasaan halus dan fizikal tangkas. Sebab itu dalam Islam, perempuan tidak boleh jadi pemimpin. Selain kerana otaknya tidak terlalu tajam untuk menjangkau kemungkinan-kemungkinan masa depan atau yang tersirat, fizikalnya juga mudah lemah dan emosionalnya tinggi. Orang lelaki juga kalau demikian sifatnya tidak layaklah jadi pemimpin walaupun ia pandai bercakap dan sijilnya tinggi.

f.             Kebijaksanaan menewaskan musuh. Kita tidak mung kin dapat elak dari orang-o;ang yang mahu menjatuhkan kita. Musuh tidak boleh disalahkan kerana itu memang kerjanya. Yang penting kita kena tewaskan dia. Pemimpin mesti licin dan bijak dalam menghadapi musuh. Sekali lagi pimpinan ALLAH dalam ha1 ini sangat penting. Dan untuk itu taqwa juga yang jadi syaratnya. Berkata Sayidina Umar,

“Aku lebih takutkan dosa-dosa kamu dari musuh-musuhmu. Sebab bila kamu berdosa, ALLAH akan biarkan kamu kepada musuhmu. ”

Lihat, betapa beratnya kerja pemimpin ini. Ia bukan boleh dibuat senang-senang dan oleh sebarang orang. Kerana itu, memimpin tidak boleh jadi rebut-an dan diperdagangkan. Sebab ia hanya boleh dibuat oleh orang-orang khusus yang memang dikurniakan kebolehan semulajadi, orang yang terdidik dan dipimpin oleh ALLAH. Otaknya tajam, jiwa semulajadinya tahan bagaikan besi waja. Akhlaknya terbentuk dari kecil, strateginya licin, fikiran tembus dan kecenderungan memimpin bukan untuk kepentingan atau terlantik dengan rasmi di dewan-dewan besar.

Orang begini kalau orang tidak lantik pun, dia boleh memimpin. Orang tidak boleh rebut dan curi kebolehannya memimpin. Orang begini diangkat jadi pemimpin bukan dengan jari atau undi tapi dikehendaki oleh hati. Orang suka dengan kepimpinannya bukan hasil lobi atau jual beli undi. Tapi hasil dari kerja kepimpinan yang sudah dibuktikan, yang manusia rasa terhutang budi kerana kerja dan jasa kepimpinannya sebelum ia dilantik menjadi pemimpin yang rasmi.

6.            Bila orang itu mencalon diri untuk jadi pemimpin dalam keadaan orang belum yakin dengan kebolehannya, ke-rana belum terbukti yang ia adalah pemimpin, maka kenalah ia berlakon-lakon menjadi pemimpin. Ia akan mengang kat-angkat diri dan membuat janji-janji manis yang tiada jaminan untuk dilaksanakan. Kenalah juga menghina-hina pihak Iawan yang mencabar pencalonannya. Kerana takut kalah, demi mendapatkan undi, kerja-kerja melobi dan membeli undi terpaksa dilakukan. Perebutan sengit ini tidak mungkin selamat dari riyak, ujub, sombong, benci, dendam, berang, tipu, berpura-pura, hasad dengki, menyebut-nyebut janji muluk yang palsu dan lain-lain mazmumah. Ia juga akan memfitnah, mencerca, mengata-ngata dan lain-lain lagi.

Alangkah kotornya laluan ini. Alangkah bahaya dan jahatnya. Orang Barat pun mengakui dengan ungkapan: Politic is a dirty game. Yang kalah akan rasa terhina dan yang menang membusung dada. Rasa sengketa tidak akan terkikis dari jiwa-jiwa mereka. Kepimpinan begini mustahil akan dapat mewujudkan perpaduan yang murni dan kerjasama yang baik. Pemimpin akan sepanjang masa merasa pimpinannya sentiasa ditentang dan kedudukannya terancam. Lalu dia akan sentiasa mencari jalan untuk mempertahankan kedudukan. Tugas kepimpinan sudah jadi barang yang diperebutkan demi kepentingan peribadi dan duniawi semata-mata.

7.            Demi mempertahankan kerusi yang dibeli tadi, pemimpin sanggup pula buat apa saja sekalipun menindas dan menipu, mengugut-ugut dan menghukum. Pihak lawan akan dianaktirikan dan penyokong terpaksa dijaga hati. Kehendak penyokong kena ditunaikan sekalipun hati sendiri tidak setuju. Ertinya rakyat yang tentukan corak pemerintahan. Pemimpin ikut saja. Pemimpin dididik oleh rakyat. Maklumlah dia wakil rakyat dan bukan wakil ALLAH.

Sering berlaku dua parti yang berbeza dasarnya, bekerjasama untuk menentang parti pemerintah yang juga berbeza dasarnya. Mengapa sekarang boleh menyokong seseorang~ dan menentang seorang yang lain? Sedangkan kedua-duanya tidak sebulu dengannya. Itu tandanya orang itu berjuang bukan untuk mempertahankan dasarnya, tapi lebih bermotif untuk menang dan dapat kedudukan.

Berlaku baru-baru ini Kerajaan Kelantan yang katanya Kerajaan Islam pun kerana naik melalui undi, terpaksalah mengambil hati dan menjaga hati rakyat agar terus mengundinya. Maka didekati dan diberi hatilah pada pemain dan peminat sukan. Sedangkan sukan yang diamalkan pada hari ini, umumnya tidak bercorak Islam. Sepatutnya rakyat yang kena tunduk pada dasar pemerintah tetapi ha1 sebaliknya berlaku, di mana pemerintah tunduk pada kemahuan rakyat.

8.            Pemerintah yang naik melalui sesuatu parti politik pasti tidak selamat dari sentimen kepartian. Yakni ia akan utamakan orang-orang partinya dengan menganaktirikan rakyatnya yang lain yang tidak separti dengannya. Sudah tentulah golongan-golongan lain tidak puashati. Keadilan dan perpaduan sebenar tidak dapat ditegakkan selama-lamanya.

Hal ini terbukti dalam pengalaman kita yang sudah sekian lama hidup dalam negara yang mengamalkan demokrasi Barat ini. Parti pemerintah belum terbukti dapat membuatkan semua atau majoriti rakyat mengiktiraf dan membantu dasar yang diperjuangkan. Sedangkan dalam pemerintahan Islam, orang bukan Islam pun terima dan bekerjasama menjayakan kemajuan.

9.            Biasanya pemimpin atau pemerintah yang ditunjuk oleh jari (undi) ini, mereka tidak dicintai dengan kasih murni dari hati. Kasih rakyat pada mereka kalaupun ada adalah kerana kepentingan-kepentingan jawatan, gaji atau subsidi yang diharapkan. Ketaatan yang diberi cuma waktu di depan. Di belakang mereka, rakyat menipu dan menderhaka.

Sebab itu pemimpin begini, kalau tersilap atau tersalah, mereka akan dicaci maki dan dijatuhkan. Rakyat mudah melupakannya apalagi kalau sudah tidak berkuasa. Baru pencen saja, hidup mereka sudah jadi. terbuang, tersisih dan terhina. Bila mereka mati terus dilupakan orang. Maqamnya tidak diziarahi. Walhal pemimpin-pemimpin Islam, maqamnya diziarahi walaupun sudah beribu tahun. Kalau beginilah rupanya demokrasi Barat, untuk apa lagi ia dipertahan dan diperjuangkan? Kalau sudah nyata ianya kotor, buruk dan jahat, mengapa diikut? Tidakkah yang menerimanya itu ke-rana sifatnya pun sama juga?

10.          Satu lagi keburukan demokrasi ialah ia memungkinkan terlantiknya musuh untuk jadi pemimpin. Yakni musuh melobi untuk menjadi calon. Kerana pandainya berkempen,, menanglah dia untuk menjadi pemimpin kepada rakyat.

11.          Di satu kawasan yang majoriti orangnya jahat, maka wakil yang naik atas suara majoriti ini pun biasanya orang jahat. ,Kalau orang baik menjadi calon di sana pun, pasti kalah.

Bagi orang-orang yang mencintai kebenaran, mereka tentu mencari-cari satu cara baru yang suci, bersih dan mulia. Apakah tidak ada lagi di dunia ini kebenaran dan kemuliaan sehingga manusia terpaksa bergelumang dengan najis dan kejahatan demokrasi? Jawabnya ada, iaitu Islam. Yakni kebenaran mutlak yang datang dari ALLAH termaktub dalam Al Quran, terserlah dalam Sunnah Rasulullah SAW dan per-jalanan Khulafa’ur Rasyidin.

Sebenamya pemilihan pemimpin secara demokrasi itu sudah berjalan sejak 4-5 ribu tahun dahulu oleh orang-orang Yunani. Waktu itu oleh kerana manubia tidak ramai, maka mereka menjalankan demokrasi secara langsung. Yakni semua rakyat datang ke satu dewan persidangan untuk mewakili diri masing-masing dalam urusan perlantikan pemimpin yang hendak dibuat. Katakan penduduk sepuluh ribu .orang, maka kesemua sepuluh ribu itu datang untuk menyatakan pandangan dan menentukan pemimpin yang dikehendakinya.

Di sini nampaklah kita bahawa orang-orang sekular ini memandang tujuan melantik pemerintah ialah untuk jalankan kehendak-kehendak rakyat. Sebab itu mereka dinamakan wakil rakyat. Sedangkan dalam Islam, pemerintah bukan wakil rakyat. Tetapi wakil ALLAH (khalifatullah) untuk jalankan pemerintahan menurut cara yang ditentukan oleh ALLAH. Kedua-dua pandangan ini mempunyai maksud, cara dan matlamat yang amat berbeza.

Berbalik kepada perkara pilih pemimpin cara demokrasi itu, yang telah diwarisi hingga ke hari ini oleh orang-orang sekular, ianya tidak lagi boleh dibuat secara langsung. Sebab utamanya ialah kerana manusia sudah terlalu ramai. Jadi tentu tidak praktikal kalau berjuta -juta manusia itu nak dikumpulkan di satu tempat untuk jalankan undian memilih pemimpin. Lalu diubahsuailah demokrasi itu kepada demokrasi tidak langsung. Iaitu demokrasi perwakilan rakyat. Yakni beribu-ribu orang rakyat. di satu-satu kawasan akan menghantar wakil-wakil mereka ke parlimen melalui pilihan raya. Wakil itulah yang membawa identiti, hasrat, pandangan seterusnya menyuarakan kehendak-kehendak rakyat. Wakil itu . dikenali sebagai wakil rakyat.

Soalnya, betut-betul ke wakil rakyat itu mewakili rakyat? Kalaulah rakyat di kawasan itu ialah petani, hidup ala kadar, inginkan pembelaan hidup dan mahukan pemimpin yang berjuang untuk kebaikan hidup mereka dunia dan Akhirat, apakah wakilnya juga membawa l identiti dan hasrat yang sama? Atau pemimpinnya pergi membawa identiti dan hasrat peribadinya yang telah diperolehi hasil amanah rakyat yang dikhianatinya? Bukankah ia sudah berlagak menjadi orang kaya dan orang besar, yang cakap pun besar dan mahu memperjuangkan lagi kebesaran dan kekayaannya itu? Saya lihat itulah yang berlaku sekarang. Rumah wakil-wakil rakyat bagaikan istana tersergam berpagar di tengah-tengah rumah-rumah kayu rakyatnya. Kereta wakil-wakil rakyat bagaikan singa melintasi deretan rakyat yang berjalan kaki atau bermotosikal. Makan pakai wakil rakyat, adalah sesuatu yang mustahil dapat dirasai oleh rakyat.

Seelok jadi wakil rakyat, ia berjuang atas nama rakyat yang diamanahkan padanya untuk menjadikan dirinya serta keluar-ga berbeza dengan rakyat. Gayanya itu ia seolah-olah wakil dari kalangan orang-orang kaya dan raja-raja, bukan lagi mewakili rakyat yang serba daif dan sederhana. Pelik, wakil rakyat patutnya betul-betul macam rakyat. Ia bayangan rakyat untuk suarakan hasrat rakyat. Bagaimana boleh bayang-bayang lain dari objeknya. Suaranya pun sudah lain. Ini tentu ada sesuatu yang sudah salah. Salah gunakan amanah rakyat. Sudah khianat dan zalim dengan tugas yang dipikulkan oleh rakyat. Hal ini mesti disedari oleh kita semua. Supaya segala penyakit masyarakat dapat dikenal pasti untuk diubati demi tercapainya masyarakat idaman yang aman, makmur dan mendapat keredaan ALLAH.

Selain dari pemilihan pemimpin cara undi rakyat ini, ada satu lagi cara kenaikan pemimpin yang dibuat di dunia kini. Yakni cara diktator. Cara ini sebenarnya lebih jahat dan kejam. Ia berlaku secara kekerasan oleh seseorang yang ingin berkuasa. Dengan menggunakan kuasa tentera, ia mengguling kan kerajaan yang ada, lalu naiklah ia bertakhta memerintah negara. Rakyat mesti menerimanya, rela atau terpaksa.

Dia monopoli kuasa untuk dirinya saja tanpa seorang lain pun boleh campur tangan dalam urusan pemerintahan. Maka dengan itu berleluasalah ia memerintah ikut sesukanya. Siapa cuba mengkritik akan ditangkap dan dipenjarakan. Terkenal sekali dalam sejarah kejamnya pemerintahan diktator ini. Bertakhta di hati, beraja di mata. Terjadi hari ini pemerintahan bentuk ini di Syria, Libya, Iraq, Myanmar, Cuba dan lain-lain tempat lagi.

Dalam tajuk berikut saya akan huraikan sistem demokrasi terpimpin yang terdapat daiam Islam. Yakni bagaimana pemilihan pemimpin itu dibuat. Moga-moga ALLAH akan ajar kita tentang kebenaran ini untuk difahami dan diperjuangkan. Firman-Nya:

Bertaqwalah kepada ALLAH, nescaya ALLAH akan mengajar kamu .(Al Baqarah: 282)

Bab 7 : Pemerintah Yang Tidak Berwibawa

DALAM surah Al A’raf ALLAH berfirman:

Tiap-tiap umat mempunyai ajal (tiap-tiap bangsa mempunyai batas waktu kejayaan atau keruntuhan) ; maka apabila telah dating ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak (pula) dapat melanjutkan masanya. (Al A’raf: 34)

Sudah menjadi Sunnatullah bahawa hidup ini sama ada individu, jemaah, kerajaan atau empayar berada di antara pergiliran jatuh dan bangun. ALLAHlah yang menjatuhkan dan ALLAH jugalah yang berkuasa menaikkan, dengan sebab-sebab yang ALLAH jua tentukan. Biasanya naik dan gagahnya sesebuah kerajaan adalah disebabkan oleh dua faktor, yakni taqwa dan quwwah. Manakala jatuh dan hina sesebuah kerajaan adalah disebabkan oleh kelemahan taqwa atau quwwah itu. Dengan kata lain, naiknya sesuatu kerajaan itu adalah kerana kewibawaannya, manakala kejatuhannya terjadi kerana ia tidak lagi berwibawa.

Kewibawaan pemerintahan Islam adalah terletak pada taqwa. Manakala kewibawaan pemerintah bukan Islam tergantung pada quwwah. Pemerintah yang bertaqwa itu di antara cirinya ialah:

1.            Mempunyai akhlak-akhlak yang baik seperti jujur, zuhud, pemurah, penyayang, tawadhuk, pemaaf, tegas, berani, cinta ALLAH dan lain-lain menjadikan mereka peribadi contoh untuk rakyat.

2.            Sangat berkhidmat untuk rakyat, hingga semua rakyat terasa mendapat hak dan layanan yang sama mengikut keperluan dan kemudahan yang sesuai dengan kewajipan dan kepentingan masing-masing,   yang tidak pula melanggar syariat. Harta rakyat yang diamanahkan tidak dikhianati dan tidak disia-siakan.

3.            Mampu memimpin dan mendidik rakyat (yang Islam) untuk jadi manusia berilmu, berakhlak dan berjuang. Manusia yang selamat dunia dan Akhirat. Hingga pemerintah benar-benar dirasakan penyelamat. Kesan pimpinannya, terbina tamadun insaniah dan tamadun material dalam negara. Yakni tamadun Islam yang unik dan menakjubkan dunia.

4.            Di bawah pemerintahan yang bertaqwa, bantuan ALLAH yang diterima akan menyelesaikan banyak masalah, dan tipu daya musuh dapat diatasi.

5.            Dengan akhlak, khidmat, pimpinan, didikan dan rahmat ALLAH, maka pemerintah sangat dikasihi oleh rakyat. Kasih murni kepada orang yang dianggap berjasa, pembela dan penyelamat. Kata-kata pemimpin ditaati dan dipatuhi sepenuh hati. Kesilapan pemimpin dimaafkan dan didoakan. Masalah pemimpin dipikul dan dibebani bersama. Rakyat sanggup berganding bahu dan berkorban apa saja demi mempertahankan negara dan pemimpin yang dicintai. Di waktu negara-negara kekurangan Wang, mereka rela berkorban Wang, bahkan di waktu musuh mengancam, mereka rela menggadai nyawa secara sukarela demi mempertahankan negara ghaib, maka umumnya para pemerintah itu hatinya terus-menerus jahat dan akhlaknya bejat. Hati penuh dengan sombong, takabur, tamak, gila dunia, dendam, pemarah, hasad, mementingkan diri dan lain-lain yang semua itu diperturutkan menjadi sikap dan akhlak lahir mereka. Mereka memerintah dengan sombong, mementingkan diri, mengambil kepentingan, menindas, menzalimi terutama pada orang yang tidak sebulu dengan mereka, dan membiarkan masyarakat dan negara tanpa pimpinan dan didikan yang sempurna menurut Islam sama ada tidak bertanggungjawab atau tidak faham mendidik rakyat. Hanya semata-mata memikirkan kemajuan material atau kemajuan dunia sahaja.

6.            Ilmu-ilmu tentang kepimpinan dan pendidikan kepada rakyat tidak jelas dasar dan matlamatnya. Ertinya mereka memimpin dan mendidik dalam keadaan yang tidak menentu halanya dan kabur arahnya. Kadang-kadang macam meniru-niru dan terbawa-bawa oleh isu semasa. Mereka seakan mencuba-cuba dalam proses trial and error dengan visi atau wawasan yang berubah-ubah dari masa ke semasa. Sedang kan negara dan rakyat jadi mangsanya.  Panduan-panduan bertulis untuk memerintah hingga berjaya dengan dirujuk pada satu model pemerintah yang pernah berjaya, itu tidak ada dan tidak dibuat. Seolah-olah memerintah ini ialah satu proses percubaan yang belum pernah selesai. Yang hasilnya belum boleh ditentukan. Sedangkan dalam Islam, semuanya sudah ditunjukkan oleh ALLAH dan Rasul dan pernah berlaku di zaman salafussoleh, kita tinggal meniru saja.

7.            Perpaduan dan kasih sayang antara satu sama lain tidak terpupuk. Bahkan terhadap pemimpin dan sesama satu jemaah atau satu parti pun, hati tidak ada kasih sayang. Memang semua orang canangkan perpaduan dan kasih sayang, tapi hampir-hampir tidak ada yang berhasil. Sebab cara dan matlamatnya tidak betul.

Bila kasih sayang tidak wujud, ertinya ikatan hati antara taqwa. Manakala kewibawaan pemerintah bukan Islam ter-gantung pada quwwah. Pemerintah yang bertaqwa itu di antara cirinya ialah:

1.            Mempunyai akhlak-akhlak yang baik seperti jujur, zuhud, pemurah, penyayang, tawadhuk, pemaaf, tegas, berani, cinta ALLAH dan lain-lain menjadikan mereka peribadi contoh untuk rakyat.

2.            Sangat berkhidmat untuk rakyat, hingga semua rakyat terasa mendapat hak dan layanan yang sama mengikut keperluan dan kemudahan yang sesuai dengan kewajipan dan kepentingan masing-masing, yang tidak pula melanggar syariat. Harta rakyat yang diamanahkan tidak dikhianati dan tidak disia-siakan.

3.            Mampu memimpin dan mendidik rakyat (yang Islam) untuk jadi manusia berilmu, berakhlak dan berjuang. Manusia yang selamat dunia dan Akhirat. Hingga pemerintah benar-benar dirasakan penyelamat. Kesan pimpinannya, terbina tamadun insaniah dan tamadun material dalam negara. Yakni tamadun Islam yang unik dan menakjubkan dunia.

4.            Di bawah pemerintahan yang bertaqwa, bantuan ALLAH yang diterima akan menyelesaikan banyak masalah, dan tipu daya musuh dapat diatasi.

5.            Dengan akhlak, khidmat, pimpinan, didikan dan rahmat ALLAH, maka pemerintah sangat dikasihi oleh rakyat. Kasih murni kepada orang yang dianggap berjasa, pembela dan penyelamat. Kata-kata pemimpin ditaati dan dipatuhi sepenuh hati. Kesilapan pemimpin dimaafkan dan didoakan. Masalah pemimpin dipikul dan dibebani bersama. Rakyat sanggup berganding bahu dan berkorban apa saja demi mempertahankan negara dan pemimpin yang dicintai. Di waktu negara-negara kekurangan Wang, mereka rela berkorban Wang, bahkan di waktu musuh mengancam, mereka rela menggadai nyawa secara sukarela demi mempertahankan negara.

Demikianlah peranan kasih dan cinta. Bila rakyat sudah merasainya, mereka tidak perlu diarah-arah dan dipaksa-paksa untuk membuktikan tanggungjawab mereka. Sedangkan rakyat yang tidak diikat dengan kasih sayang pada negara dan pemimpin akan mengata-ngata pemimpin di belakangnya, bekerja kerana upah bahkan menipu untuk melepas diri dari tugas dan tanggungjawab.

Sesungguhnya, kebanyakan pemerintah yang beragama Islam di negara-negara di dunia hari ini, tidak menikmati, nikmat kasih sayang rakyat sebagaimana sepatutnya. Puncanya kerana pemerintah itu sendiri tidak berwibawa. Kerana mereka tidak bersungguh-sungguh bertaqwa. Mereka lupakan ALLAH, ALLAH lupakan mereka. Mereka tidak serius dengan rakyat, maka rakyat pun main-main dengan mereka. . Mereka bermewah-mewah dan berfoya-foya, maka rakyat pura-pura setuju dan taat di depan tapi tidak di belakang.

Hari ini sudah jadi lumrah, pemimpin dihina-hina, dicaci maki oleh rakyat. Tapi dalam pada itu, mereka (rakyat) memuji-muji di depan untuk mengharapkan peluang-peluang hidup dan kepentingan mereka. Walhal di waktu lain mereka bagaikan musuh, yang memihak kepada musuh untuk memburuk-burukkan pemimpin atau menjatuhkannya.

Itulah nasib pemerintah yang tidak lagi berwibawa. Kesilapan-kesilapan yang mereka lakukan di antaranya ialah:

1.            Mereka tidak lagi merujuk perihal kehidupan dan pemerintahan mereka kepada ALLAH dan Rasul yakni kepada Al Quran dan Sunnah. Mereka menganut fahaman dari ideologi yang dibikin oleh manusia sama ada secara sedar mahupun tidak. Tapi dalam pada itu tetap mengaku menganut Islam. Yakni mengaku menerima Al Quran dan Sunnah sebagai pegangan hidup. Yang mana sepatutnya sebagai seorang Islam, mereka tidak perlu pada sebarang ideologi lain.

2.            Oleh kerana ideologi-ideologi itu sempit, tidak termasuk di dalamnya cara-cara membaiki hati dan akhlak manusia. Lebih-lebih lagi tidak ada hubungan dengan hal-hal ghaib, maka umumnya para pemerintah itu hatinya terus-menerus jahat dan akhlaknya bejat. Hati penuh dengan sombong, takabur, tamak, gila dunia, dendam, pemarah, hasad, mementingkan diri dan lain-lain yang semua itu diperturutkan menjadi sikap dan akhlak lahir mereka.

Mereka memerintah dengan sombong, mementingkan diri, mengambil kepentingan, menindas, menzalimi terutama pada orang yang tidak sebulu dengan mereka, dan membiarkan masyarakat dan negara tanpa pimpinan dan didikan yang sempurna menurut Islam sama ada tidak bertanggungjawab atau tidak faham mendidik rakyat. Hanya semata-mata memikirkan kemajuan material atau kemajuan dunia sahaja.

3.            Ilmu-ilmu tentang kepimpinan dan pendidikan kepada rakyat tidak jelas dasar dan matlamatnya. Ertinya mereka memimpin dan mendidik dalam keadaan yang tidak menentu halanya dan kabur arahnya. Kadang-kadang macam meniru-niru dan terbawa-bawa oleh isu semasa. Mereka seakan mencuba-cuba dalam proses trial and error dengan visi atau wawasan yang berubah-ubah dari masa ke semasa. Sedangkan negara dan rakyat jadi mangsanya..

Panduan-panduan bertulis untuk memerintah hingga berjaya dengan dirujuk pada satu model pemerintah yang pernah berjaya, itu tidak ada dan tidak dibuat. Seolah-olah memerintah ini ialah satu proses percubaan yang belum pernah selesai. Yang hasilnya belum boleh ditentukan. Sedangkan dalam Islam, semuanya sudah ditunjukkan oleh ALLAH dan Rasul dan pernah berlaku di zaman salafussoleh, kita tinggal meniru saja.

4.            Perpaduan dan kasih sayang antara satu sama lain tidak terpupuk. Bahkan terhadap pemimpin dan sesama satu jemaah atau satu parti pun, hati tidak ada kasih sayang. Memang semua orang canangkan perpaduan dan kasih sayang, tapi hampir-hampir tidak ada yang berhasil. Sebab cara dan matlamatnya tidak betul.

Bila kasih sayang tidak wujud, ertinya ikatan hati antara kedua pihak tidak wujud. Oleh itu dengan apa rakyat ,akan taat dan setia? Bahkan dengan orang-orang separti pun begitu juga. Akhirnya pemimpin dengan halnya, rakyat pula dengan halnya. Hampir-hampir tiada hubungan lagi antara rakyat dengan pemerintah. Rakyat tidak rasa yang dia ada pemimpin. Kalau ada pun macam tak ada, tidak perlu apa-apa. Kesilapan pemimpin dicaci-cerca.

Masalah negara dibebankan pada pemimpin saja. Musuh negara tidak dirasai musuhnya. Kalau perlu, dia berpihak pada musuh. Rakyat merasa mereka tidak ada apa-apa tanggungjawab terhadap pemimpin dan negara. Sebab itu pemimpin sendirian dalam program pembangunan. Rakyat tidak turut membangun, menunggu saja pembangunan oleh pemerintah, tanpa melakukan pembangunan dua hala. Sebaliknya sewaktu-waktu rakyat meruntuhkan pembangunan. Itulah akibat gagalnya kepimpinan oleh pemimpin yang tidak berwibawa. Sedangkan sepatutnya pemimpin mendapat nikmat kasih sayang, taat setia dan pengorbanan dari rakyat walaupun dia tidak memintanya, untuk sama-sama merasa negara aman, makmur dan mendapat keampunan ALLAH.

5. Pemerintah yang tidak berwibawa lagi, sesudah tidak dipeduli dan dilupakan oleh rakyat, akhirnya bekerja mengaut harta benda negara untuk diri, keluarga serta klik-kliknya. Sebab mereka sudah terasa kemungkinan kuasa bertukar tangan, lalu mengambil peluang terakhir untuk menyedia bekal menjadi orang terbuang yang kaya. Hal ini akan mempercepatkan kejatuhan mereka. Jatuh dalam keadaan terhina di atas kekayaan dan kemewahannya.

Sepatutnya bila diinsafi diri sudah tidak berwibawa, sudah lemah dan sudah tidak dikehendaki oleh rakyat, pemimpin kiri kanan sudah tidak hormat, sudah buat banyak masalah, lebih baik bertaubat dengan ALLAH dan minta maaf dengan rakyat. Kemudian tarik dirilah secara terhormat, dengan mencari pengganti yang berwibawa, yang sesuai dengan selera rakyat. Kalau tidak ada dari dalam jemaah dan parti sendiri, apa salahnya ambil pemimpin lain yang didatangkan dari luar parti? Yang penting ia lebih berwibawa dan baik serta sebelum dilantik menjadi pemimpin negara, dia sudah pun ada di hati rakyat. Kalau ini dapat dibuat, tentu rakyat akan hormat dan pemerintahannya ditutup dengan cerita indah-indah dan mulia.

Tapi di hari ini, mana ada pemerintah begitu ikhlas? Yang ada ialah pemerintah yang tidak mahu mengaku lemah, sebaliknya tanpa malu-malu tetap mengaku adil, gagah dan cuba sedaya upaya mempertahankan kekuasaannya. Kadang kadang dalam masa yang sama merayu-rayu pada musuhnya. Walaupun mereka tahu sikap itu buruk dan salah, tapi mereka tidak boleh buat lebih baik dari itu. Kerana nafsu cinta dunia, ego dan tamak itu sudah dilayan baik sekian lama. Lalu tidak mungkin ia dapat dijinakkan lagi di saat-saat yang kritikal begitu.

Bab 7 : Perbezaan Hasil Perjuangan Politik Islam Dan Politik Barat

Rasulullah SAW dan Khulafaur Rasyidin telah dapat dapat mengislamkan tiga perempat dunia, bermula dengan negara Islam kecil Madinah dan Mekah, bukan me­lalui proses pilihan raya tetapi melalui kaedah dakwah dan tarbiah. Sedangkan orang-orang politik hari ini mahu meng­islamkan dunia dengan menguasai negara melalui sistem kotor pilihan raya secara Barat. Termasuk dalam golongan ini ialah orang politik yang cenderung untuk menegakkan negara Islam.
Sejarah perjuangan Islam sedang berulang di Malaysia. Yakni terdapat gerakan-gerakan Islam yang mahukan pen­dekatan kepada daulah Islamiah dan empayar Islam melalui motivasi dan pendidikan. Namun masyarakat jadi bingung kerana ada pula pihak yang mendakwa bahawa daulah Islamiah hanya boleh terjadi melalui pilihan raya. Yang mana satukah yang betul? Politik Islam atau politik Barat yang benar-benar dapat menegakkan Islam dan daulah Islamiah?Untuk memudahkan umat Islam menilai dan mencari ke­benaran, saya suka untuk membandingkan hasil pencapaian oleh kedua-dua kelompok ini. Iaitu perjuangan melalui politik dan melalui motivasi dan pendidikan. Politik Islam (melalui motivasi dan pendidikan) sudah berjalan 40 tahun di Malay­sia, manakala politik Barat yang diperjuangkan oleh parti Islam sudah menjangkau lebih 50 tahun. Mari kita lihat per­bezaan hasil-hasil yang diperolehi oleh kedua-dua bentuk perjuangan politik yang sedang berlaku di Malaysia kini.
1. Mesej Perjuangan 
Mesej yang diperjuangkan serta teknik penyampaian pejuang Islam melalui jalan politik Barat hanya menumpukan per­hatian kepada mendapatkan kuasa politik. Untuk tujuan memerintah negara atau negeri. Mesej yang disampaikan cuma berkisar di sekitar persoalan daulah, politik, hukum­-hukum hudud, qisas serta yang bersifat negara. Tetapi tentang iman, taqwa, akhlak tidak diambil berat. Padahal intipati Islam ialah perkara-perkara yang disebutkan tadi. Orang masuk Syurga kerana tiga perkara tadi. Orang masuk Neraka pun kerana mengabaikan tiga perkara tadi juga. Waktu kempen pilihan raya itu sembahyang pun diabai dan dicuaikan.Teknik penyampaian mesej yang digunakan ialah melalui ceramah, pidato, kempen secara tulisan, lisan, rakaman kaset dan video. Usaha-usaha serius hanya dibuat di waktu hampir pilihan raya lima tahun sekali. Selepas itu banyak rehat. Mat­lamatnya ialah menang pilihan raya dan dapat kuasa untuk memerintah. Dari sanalah diharapkan tertegaknya negara atau negeri Islam dan masyarakat Islam.

Sebaliknya pejuang-pejuang Islam melalui motivasi dan pendidikan, menumpukan perhatian kepada individu-individu masyarakat sama ada kepada umat Islam mahupun bukan Islam. Menyeru mereka mencintai Allah dan kehidupan di Akhirat supaya mereka menjalankan hukum Allah dalam diri dan keluarga serta masyarakat. Para pejuang Islam ini ber­usaha untuk menarik setiap orang supaya kembali ke jalan Allah, taat pada segala titah perintah dan meninggalkan la­rangan-Nya. Mesej perjuangan ialah iman dan taqwa.

Dengan iman dan taqwa, masyarakat akan membuat peru­bahan kepada cara hidup Islam. Dari sana akan terbentuk masyarakat Islam dan negara Islam. Siapa yang berkuasa tidak penting dan tidak semestinya parti atau jemaah Islam sendiri yang memerintah.

Untuk tujuan menarik individu supaya sanggup menga­malkan Islam, pejuang-pejuang Islam itu telah mengambil berbagai-bagai bentuk pendekatan. Melalui ceramah, majalah, buku-buku, kaset, video, bergaul mesra dengan semua golongan dengan membawa contoh atau akhlak yang baik, khidmat masyarakat, ziarah, ekonomi, budaya, perkampung­an dan bandar contoh, pendidikan, kesihatan, penternakan, teknologi tinggi ekspo dan lain-lain lagi.

Pendek kata, apa saja bidang hidup yang diceburi oleh manusia, maka ke sanalah pejuang-pejuang Islam ini meli­batkan diri dengan membawa mesej iman dan taqwa serta Islam sebagai cara hidup. Mereka mahukan perubahan ma­syarakat kepada cara hidup Islam. Supaya mereka dapat mengecapi nikmat hidup yang hakiki dan abadi di dunia dan Akhirat. Lalu mereka mengambil kaedah memberi motivasi dan mendidik manusia, Islam dan bukan Islam. Terutama menegakkan Rukun Iman dan Rukun Islam manakala parti politik mahukan kuasa memerintah supaya hukum Islam da­pat ditegakkan, tanpa mengusahakan perubahan masyarakat kepada cara hidup Islam. Dan juga tanpa memikirkan untuk mengislamkan orang yang bukan Islam. Yang penting, orang ramai menyokong partinya. Sekalipun orang yang menyokong mereka tidak sembahyang atau orang jahat. Kadang-kadang parti-parti itu mencalonkan orang yang berpengaruh di dalam parti atau dalam masyarakat walaupun dia orang jahat.

2. Tegak Islam secara syumul
Perjuangan orang-orang politik melalui sistem pilihan raya hingga kini sudah menjangkau lebih 50 tahun. Pernah menang pilihan raya di dua buah negeri di Malaysia (Kelantan dan Terengganu). Tetapi kemudian tewas. Kini sedang memerin­tah di satu negeri sahaja iaitu Kelantan. Yakni sudah 50 tahun baru dapat satu negeri. Berapa tahun lagi agaknya boleh dapat seluruh Malaysia? Dan bila lagi Islam itu hendak diisi di dalam negeri? Dan bila lagi mahu berusaha mengislamkan orang yang bukan Islam?

Sedangkan selagi belum dapat menguasai Kerajaan Pusat, selama itulah pejuang-pejuang Islam melalui politik pilihan raya akan mengatakan Islam tidak dapat ditegakkan secara syumul. Apakah hendak menegakkan Rukun Islam dan Rukun Iman perlu dapat kuasa Kerajaan Pusat lebih dahulu? Terpak­salah rakyat atau ahli-ahli parti menanti dan menanti terus untuk mengecapi kesyumulan hukum Islam. Hingga hampir berlaku dan berlalu satu generasi pun belum berpeluang mereka merasai nikmat hidup dalam suasana masyarakat Islam. Rumah tangga Islam pun belum wujud lagi, sekalipun oleh pemimpinnya sendiri.

Jemaah Islam yang berjuang melalui politik Islam tulen kini menjangkau umur 40 tahun. Hasil motivasi dan pendi­dikan serta kasih sayang, terjadi satu perubahan budaya yang besar dalam masyarakat. Yakni umat Islam ghairah menga­malkan cara hidup Islam dan hukum-hukum Allah terserlah perlaksanaannya di bumi Malaysia. Bahkan penutupan aurat pun adalah dari hasil usaha pejuang-pejuang seperti ini, bukan pejuang-pejuang politik pilihan raya. Walhal sebelum ini, yakni sebelum dan selepas merdeka, Malaysia dilanda budaya kuning Barat yang kotor itu, sekaligus menyapu cara hidup Islam dari kehidupan peribumi. Yang tinggal hanya asas-asas Islam sahaja. Tetapi kini, 40 tahun kebelakangan, tiupan bayu Islam oleh hembusan para motivator dan pendidik ini telah menyuburkan kembali hukum-hukum dan syiar Islam di bumi tercinta.

Dunia mengakui kini, bahawa Malaysia merupakan negara pengamal Islam yang terbaik di dunia. Ianya begitu terserlah dalam kehidupan hari ini. Bukan oleh orang politik pilihanraya tapi oleh motivator dan pendidik Islam. Antaranya:

a.Penutupan aurat sudah merata ke seluruh pejabat, uni­versiti, sekolah, firma, bandar, kampung, di darat dan di laut. Wanita kembali menutup aurat dengan purdah dan mini telekung. Lelaki bermahkota serban dan kopiah ser­ta mengenakan baju Melayu atau jubah. Walau dihalang, namun perkembangannya kian pesat menyelinap ke se­genap pelosok negara. Ini termasuklah wanita-wanita yang bekerja sebagai anggota polis dan tentera. Pakaian seragam mereka pun sudah menutup aurat.

b. Sembahyang fardhu di masjid, surau, pejabat, di lapangan terbang, di stesen keretapi dan bas dan lain-lain lagi, kian menjadi pemandangan biasa. Pemandangan ini tidak pernah wujud sebelum ini. Sekarang ia sedang berkem­bang dan meningkat. Di bandar-bandar terutamanya, program qiamullail sudah lumrah.

c. Kelas-kelas pengajian agama, fardhu ain, kursus-kursus agama dan lain-lain tumbuh bagai cendawan di musim hujan di pejabat-pejabat, universiti dan lain-lain lagi. Masyarakat sudah cinta dengan agamanya. Lalu mereka mengusahakan atau menuntut dan memperjuangkan pro­gram-program yang boleh menghidupkan agama. Walhal sebelum ini, agama dianggap serong dan kolot. Tetapi kini agama dijunjung dan kelas-kelas agama dikerumuni. Masyarakat mendidik dan mengajar diri supaya menjadi insan bertaqwa dan saleh. Yang mengusahakan itu pula dari kalangan cerdik pandai sekular. Sesetengahnya pula, yang baru balik dari luar negara.

Hasil meningkatnya kesedaran Islam, meningkatnya iba­dah dan penutupan aurat, maka umat Islam mula mengorak langkah kepada hukum-hukum Allah yang lain. Mereka membangunkan perkampungan-perkampungan Islam, demi mencetuskan suasana hidup Islam secara syumul. Sekaligus tercetusnya masyarakat Islam. Mereka berkorban dan ber­juang dengan serius untuk niat tadi. Maka kini di Malaysia, sudah masyhur perihal adanya kampung-kampung atau madi­nah (bandar) Islam dibangunkan oleh badan-badan Islam. Walaupun kampung-kampung itu kecil, tetapi di dalamnya pencinta-pencinta Islam dapat merasai sistem kehidupan Islam yang murni.

Di sana mereka melepas rindu dengan hukum-hukum Allah, dengan Al Quran dan Hadis, dengan kehidupan Sun­nah. Walaupun kecil tetapi pengaruhnya cukup besar. Umat Islam dan bukan Islam, dalam dan luar negara berpusu-pusu datang untuk melihat model masyarakat dan negara Islam kecil yang telah berlaku di Malaysia. sistem-sistem pendidikan Islam, ekonomi, sosial, politik, kesihatan, perhubungan, pentadbiran, pertanian, sains dan teknologi, media cetak dan elektronik, studio rakaman, pentas budaya dan lain-lain cara hidup yang Islamik.

Dunia terperanjat dengan kemunculan sistem yang luar biasa ini di tengah-tengah sistem jahiliah moden kini, walau­pun ia belum begitu subur. Padahal mereka itu belum dapat negara dan belum dapat kuasa lagi. Kebangkitan kembali Islam melalui motivasi dan pendidikan amat terasa bilamana orang menyaksikan realiti wujudnya masyarakat Islam mirip salafussoleh ini. Kebangkitan Islam ini dikaitkan dengan gelombang gerakan motivasi dan pendidikan, tidak kepada laungan politik pilihan raya.

Inspirasi dari kesyumulan Islam yang tercetus di kampung­-kampung Islam, telah mempengaruhi masyarakat umum Islam untuk menirunya dan mendapat kekuatan baru untuk lebih serius mengamalkan Islam. Mereka menuntut diadakan bank-bank Islam, surau di pejabat dan sekolah, pendidikan Islam, memakai seluar panjang bagi pelajar lelaki dan ber­tudung bagi pelajar perempuan sejak sekolah rendah lagi.

Kini di Malaysia hampir keseluruhan bank telah menyiap­kan kaunter untuk sistem perbankan Islam. Di pejabat dan di sekolah-sekolah sudah disediakan surau-surau. Semua ini terhasil bukan atas kesedaran politik tetapi hasil motivasi dan didikan. Pada tahun 1993, sekolah-sekolah agama di Kedah terpaksa diperbesar dan dibanyakkan bilangannya kerana sudah ramai ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama, bermula dari sekolah rendah lagi. Di se­setengah tempat pula, ada sekolah-sekolah kebangsaan yang terpaksa ditutup kelas kerana tidak cukup bilangan pelajar­nya.

Hasil pelancaran ekonomi secara komersil oleh badan-­badan Islam, sudah ramai peniaga dan ahli-ahli ekonomi di Malaysia dan di luar negara yang cenderung mengamalkan ekonomi Islam. Mereka telah mula memberi kerjasama kepada badan Islam. Bahkan ekonomi komersil Islam ini telah menarik perhatian negara luar, misalnya Filipina. Presidennya telah mengizinkan badan korporat di negaranya untuk menandatangani memorandum persefahaman dengan syarikat saya ketika itu.

Bagaikan sebuah negara (yakni negara kecil dalam negara besar Malaysia), jemaah saya pada waktu itu mempunyai hubungan perniagaan dengan Filipina. Sistem ekonomi Islam telah menjadi laluan dakwah yang berkesan. Kerana itu, orang-orang Kristian di Filipina telah ramai yang memeluk Islam termasuk pegawai Bahagian Keselamatan di istana Presiden sendiri (Istana Malacanang) yang pengislamannya telah mendorong pula isteri dan bapa mentuanya untuk turut memeluk Islam.

Di Indonesia, minda jemaah saya telah menarik minat Presiden Soeharto. Bergegar Indonesia oleh kesedaran Islam yang masuk ke hati presidennya waktu itu. Bapak Presiden yang telah insaf telah menutup kilang-kilang arak. Ini berlaku bukan melalui badan politik tetapi atas kesedaran dan ke­insafan Presiden. Hukum-hukum Islam sudah mula mendapat tempat istimewa. Dan badan Islam dari Malaysia telah men­dapat kasih sayang dan hubungan baik dengan Indonesia walaupun negaranya sendiri mengharamkannya.

Inilah kesan dakwah. Perutusan minda yang membawa iman dan Islam telah menghubungkan negara-negara luar dengan jemaah kecil ini. Sedangkan badan-badan politik masih terkial-kial untuk cuba mendapatkan Malaysia. Sedang­kan di luar negara tidak ada markas dan tidak ada aktivitinya.

Di Jordan, sudah ramai rakyatnya yang memandang ke Malaysia untuk sama-sama menyertai kebangkitan Islam oleh badan Islam dari Malaysia, bukan badan politik. Ertinya, perubahan sosial terjadi di Timur Tengah adalah kesan dari kebangkitan Islam di Timur Jauh.

Di China (Yunnan), pemimpin badan Islam dari Malaysia diberi penghormatan untuk memimpin kesatuan mereka iaitu sebagai Presiden Kehormat Seumur Hidup bagi Yayasan Penyelidikan Cheng Ho. Anehnya, jawatan tersebut tidak diberi kepada pemimpin politik pilihan raya yang berslogan­kan Islam dari Malaysia. Sedangkan semua maklum, bangsa Cina bukanlah satu bangsa yang mudah tunduk pada bangsa-­bangsa lain. Sikap prejudisnya tebal. Tetapi sikap itu tidak ditujukan pada pemimpin Islam yang membawa motivasi dan didikan.

Ini membuktikan bahawa kepimpinan pemimpin motivasi dan pendidikan boleh diterima oleh mana-mana negara tanpa ada sekatan sempadan. Walaupun dia belum ada kuasa. Tetapi bagi pemimpin politik pilihan raya, kepimpinannya terbatas hanya di negaranya sendiri. Maknanya, pengaruhnya amat terbatas dibandingkan dengan pengaruh pemimpin motivasi dan pendidikan.

Demikian juga di Turki, akhbar, majalah dan TV (stesen TV swasta TGRT) begitu ghairah menyiarkan berita-berita badan Islam dari Malaysia, bukan badan politik. Hal yang sama lebih hebat terasa di Thailand, Singapura dan Brunei Darussalam, negara tetangga Malaysia. Dan yang terakhir di Filipina.

Badan politik selalu melaung-laungkan perkataan-perkataan Islam universal, perpaduan ummah dan negara Islam, yang membayangkan luasnya skop perjuangan mereka. Tetapi hingga kini, sudah lebih 50 tahun, kita belum dengar mereka mengirim duta-duta ke negara-negara luar, supaya berlaku hubungan dua hala dengan negara dan rakyat. Sama ada di sudut ekonomi, kebudayaan, pendidikan dan lain-lain lagi. Tidak dinafikan, wakil-wakil mereka memang ada di sana, tetapi operasi dan usaha mereka menerapkan Islam sebagai cara hidup kepada seluruh negara dan bangsa tidak berlaku.

Badan Islam, kerana menyedari Islam itu milik semua bangsa, bukan untuk bangsa Malaysia sahaja, telah melaku­kan operasi dakwah secara serius dan istiqamah di negara ­negara luar. Terdapat pejabat-pejabat perhubungan dan pro­jek-projek Rufaqa’ di kebanyakan negara di dunia. Bahkan orang-orang Arab, Inggeris, Amerika, Australia, Perancis, Jerman, Singapura, Brunei, China, Uzbekistan, Mesir, Indo­nesia, Thailand, Filipina dan lain-lain, telah memberi kerja­sama dan turut sama mendokong perjalanannya.

Duta-duta kecil badan Islam ini bekerja lebih gigih dari sesetengah orang kedutaan mana-mana negara, dalam usaha menyebarkan Islam dan memperkenalkan negaranya kepada negara di mana mereka berada. Kini badan Islam dari Malay­sia mempunyai pengaruh yang besar dan nama yang masyhur di luar negara. Badan politik kelihatan belum dapat melaku­kannya. Melalui Biro Kebudayaan, badan Islam itu pernah menggemparkan England dan lain-lain negara Eropah dengan road showMawaddah. TV Jordan, TV Mesir, TV Uzbekistan, TV Australia, TV Thailand, TV Singapura, TV Indonesia, TV Brunei dan TV Perancis, pernah menyiarkan persembahan nasyid oleh kumpulan Mawaddah dari badan Islam Malaysia itu.

4. Mengislamkan atau menarik minat orang kafir 
Badan politik tidak punya potensi dalam usaha untuk menarik orang bukan Islam supaya memeluk Islam. Sedangkan di antara tugas pejuang Islam ialah menyelamatkan manusia daripada masuk ke Neraka. Namun laluan politik melupakan tanggungjawab ini. Badan Islam memang memberi perhatian serius dalam hal ini. Mereka bukan sekadar mengislamkan orang bahkan menubuhkan institusi untuk mendidik bahkan merancang masa depan hidup mereka, mengahwinkan, memberi peluang kerja dan belajar serta menyediakan sara hidup. Kemampuan menampung dan menjamin keislaman supaya Islam benar-­benar menjadi cara hidup para mualaf ini adalah kebolehan khusus badan Islam ini. Stail perjuangan Islam melalui motivasi dan pendidikan, kaedah dan teknik serta matlamat yang telah digariskan telah melengkapkan kelayakan untuk membawa orang bukan Islam kepada hidup Islam. Bahkan jemaah Islam yang saya lagang, telah meneroka era ‘zimmi jemaah’ sejak dahulu lagi. Ertinya sudah berlaku dalam jemaah Islam, orang-orang bukan Islam memberi kasih sayang, ketaatan dan pengaruh kepada perjuangan Islam melalui badan motivasi dan pendidikan ini, terutama apa yang sedang berlaku di Thailand, Filipina, Indo­nesia dan Malaysia sendiri. Kerana melalui jemaah Islam me­reka melihat kebenaran perjuangan, kebaikan dan keadilan serta keindahan Islam yang sangat menawan hati. Namun mereka sayang dengan agama asal. Maka tetaplah mereka sebagai bukan Islam tetapi sangat memberi kemudahan ke­pada perjuangan Islam. Bahkan sebahagian kecil mereka masuk Islam. Ini adalah ulangan sejarah. Di zaman Rasulullah ada orang-orang bukan Islam yang sayang dengan Raslullah dan membantu perjuangan Islam. Dalam negara Islam, mereka dinamakan kafir zimmi. Negara menaungi mereka dan mere­ka taat kepada pemerintah Islam. Di dalam jemaah, mereka juga boleh disebut zimmi jemaah. Hal ini adalah tanda-tanda kebenaran serta perkembangan yang meyakinkan bahawa politik Islam melalui motivasi dan pendidikan sedang menapak selangkah demi selangkah menuju kepada Futuh Mekah kali kedua, yakni daulah Isla­miah. Dengan kata lain, jemaah Islam sedang menyiap dan memperkemas diri untuk menjadikan Malaysia sebagai daulah Islamiah, jika ditakdirkan oleh Allah. Tanpa demokrasi, tanpa pilihan raya.

5. Mengancam musuh dan lawan 
Parti politik mempunyai banyak musuh dan lawan, seelok mengisytiharkan diri sebagai parti pembangkang. Permu­suhan adalah berpunca daripada keinginan memerintah, yakni merebut kuasa pemerintahan dari parti pemerintah. Namun hingga kini, sesudah 50 tahun berjuang, pejuang-­pejuang Islam melalui politik pilihan raya belum meyakinkan bahawa Islam itu indah. Kerana peribadi pejuang-pejuang politik tidak meyakinkan orang ramai kerana keindahan Islam tidak ada di dalam kehidupan mereka.

Bahkan akhir-akhir ini ketika parti pemerintah sudah le­mah pun, parti pembangkang yang bercita-cita Islam ini lagi lemah hingga tidak dapat menjatuhkan musuhnya. Hinggakan musuhnya kini merasa selesa sahaja berhadapan dengan parti tersebut walaupun mereka lemah. Dalam hal menegakkan hukum hudud, yang menjadi cita-cita penting dan utama pejuang Islam melalui politik pilihan raya ini, parti berkenaan mengambil masa yang begitu lama untuk membentangkan draf perlaksanaan hudud kepada rakyat umum seperti yang pernah diminta oleh pemerintah sebelum ini. Jelas, lebih baik berjuang melalui motivasi dan pendidikan hingga orang tidak melakukan jenayah walaupun tidak ada hukum hudud. Apa yang hendak dihududkan kalau orang sudah tidak melakukan jenayah lagi.

Sebaliknya jemaah Islam secara motivasi dan pendidikan, berbaik-baik dan berkawan dengan semua golongan. Tidak pernah jemaah Islam mencari musuh. Sekalipun ada golongan yang ingin bermusuh. Sebab Islam agama kasih sayang dan perdamaian. Namun kerana mengusahakan sistem hidup Islam secara syumul di peringkat jemaah, kemudian mendapat pengaruh yang besar dalam negara, maka sudah tentu ada pihak-pihak secara individu terutama dari golongan rasmi yang merasa takut dan terancam. Mereka melihat kalau je­maah Islam terus dibiarkan, lama-kelamaan rakyat akan ber­pihak kepada mereka dan ini boleh mengancam kedudukan mereka.

Adalah cukup ketara bahawa pemerintah di sesebuah ne­gara lebih susah menghadapi jemaah Islam daripada mengha­dapi orang politik yang mahukan negara Islam. Walaupun pemimpin jemaah Islam tidak pernah isytiharkan atau usaha­kan untuk dapatkan negara Islam, tetapi mengapa ia ditakuti?

Ya, kerana melalui motivasi dan pendidikan, yakni politik Islam, sejarah membuktikan daulah Islamiah boleh menjadi realiti bahkan ia berjaya mengislamkan tiga perempat dunia. Melalui motivasi dan pendidikan, jemaah Islam di Malaysia ini juga telah turut memperkatakan masalah hudud yang berbangkit. Ertinya, mereka tidak menolak mana-mana satu hukum Allah sama ada politik, hudud atau qisas. Tetapi ia mesti dilakukan seeara bertahap dan kena pada masanya melalui kesedaran rakyat kepada Tuhan dan Islam. Apabila kebanyakan umat Islam sudah beriman dan baik, barulah tekankan hukum hudud untuk mengawal peratus kecil umat Islam yang degil dan jahat, supaya kejahatan mereka tidak menyakitkan rakyat yang baik. Masakan awal-awal hendak buat rumah, dalam keadaan rumah belum siap, terus mahu masukkan perabot dan segala macam alat -alat perhiasannya?

6. Apa ramalan orang luar?
Saya belum pernah mendengar adanya peramal politik sarna ada di dalam atau di luar negara yang meramalkan atau meng­andaikan bahawa parti politik yang memperjuangkan negara Islam di Malaysia, akan memerintah Malaysia. Tetapi terhadap badan Islam di Malaysia ini, sudah ramai penulis yang menga­takan Rufaqa’ akan menjadi kuasa politik dan akan meme­rintah Malaysia, walaupun negara bukan menjadi cita-cita utama perjuangannya. Walaupun Rufaqa’ tidak ikut pilihan raya. Hal ini diperkatakan sejak dahulu lagi.

Di antara yang mengatakan begitu ialah:
a. Profesor Judith Nagata, pensyarah antropologi di Uni­versiti York di Toronto, Kanada. Beliau telah membuat kajian tentang kebangkitan Islam di Malaysia dan menulis dalam bukunya, The Reflowering of Malaysian Islam: Modern Religious Radicals and Their Roots:

“…Darul Arqam’s acknowledged influence, both among youth in the nerve-centres of the country’s capital and uni­versities, as well as growing strength in certain rural sectors, especially in Kelantan, Terengganu, Selangor and Negeri Sembilan, could become the nucleus of powerful force, to be mobilizedfor other purposes at other times. It is just such potential political mobilization, with an under­spinning of powerful personal and religious loyalties, which causes the greatest apprehension in official circles … “

Terjemahannya:

“Pengaruh Darul Arqam yang diakui bersama, baik di kalangan belia di pusat-pusat bandar atau di universiti-universiti serta kekuatannya yang sedang memuncak di sesetengah sektor luar bandar, terutama di Kelantan, Terengganu, Selangor dan Negeri Sembilan, boleh men­jadi satu nadi penggerak yang kuat bagi tujuan-tujuan lain pada masa-masa yang lain. Potensi mobilisasi politik inilah, yang ditunjangi oleh ketaatan terhadap peribadi dan keagamaan yang kuat bertenaga yang menyebabkan pihak-pihak rasmi dalam kerajaan menaruh kebimbangan yang amat sangat … ”

b. Dr. David Browning dari Universiti Oxford berkata pada muridnya Dr Muhammad Syukri Salleh (pensyarah Uni­versiti Sains Malaysia dan juga salah seorang pemimpin Al Arqam pada ketika itu):

“Bila kamu menjadi salah seorang pemimpin di Malaysia, jangan lupakan saya.”

c. Penulis politik tanah air, Syed Hussein Al Attas, telah meramalkan dalam bukunya baha­wa Perdana Menteri selepas Mahathir ialah Ustaz Ashaari Muhammad.

d. Penulis politik Sayuti Omar, meramalkan Al Arqam akan memerintah Malaysia bilamana terjadi perubahan sosial kepada Islam.

7. Perubahan kesedaran masyarakat 
Kesedaran Islam yang tumbuh mercup bagaikan cendawan di musim hujan di Malaysia kini adalah hasil daripada usaha politik motivasi dan pendidikan. Bukannya melalui kesedaran politik pilihan raya yang katanya memperjuangkan Islam. Parti politik pilihan raya tidak mampu mengusahakan itu semua. Bahkan mereka patut berterima kasih kepada gerakan politik Islam melalui motivasi dan pendidikan kerana peru­bahan yang berlaku dalam partinya juga adalah kesan dari­pada usaha motivasi dan pendidikan itu. Sebab kalaulah usaha mereka (politik pilihan raya) memberi kesan, sudah tentu sesudah lebih 50 tahun berjuang, sekarang mereka sedang menikmati hasilnya.

Kesedaran yang berlaku hasil dari motivasi dan pendidikan adalah kesedaran dalam diri, yang dibuat secara sukarela dari keinsafan dan kesedaran, bukannya melalui paksaan dan akta sepertimana lumrah berlaku pada gerakan politik pilihan raya. Sebagai buktinya, kita akan senaraikan beberapa contoh yang berlaku di Malaysia hari ini yang membuktikan perubahan Islam itu adalah kesan dari politik motivasi dan pendidikan dan bukannya hasil politik pilihan raya yang berslogankan Islam.

Antaranya adalah seperti berikut:

a. Kemudahan tempat sembahyang.
Hasil kesedaran Islam, hampir kesemua pejabat kerajaan dan swasta, sekolah rendah dan menengah, universiti, stesen minyak, kedai makan (terutama di tempat persinggahan bas ekspres), perhentian bas, stesen keretapi, terminal lapangan terbang dan tempat rehat di lebuh raya, telah menyediakan kemudahan untuk sembahyang. Penyediaan kemudahan ini sama ada dibuat oleh kerajaan, swasta atau individu adalah hasil kesedaran dari motivasi dan pendidikan, bukannya kerana tekanan oleh parti politik pilihan raya. Empat puluh tahun yang lalu, sewaktu gerakan politik ‘Islam’ secara pilihan raya sedang memuncak, mana berlaku ini semua?

b. Menunaikan sembahyang 
Kesedaran masyarakat untuk menunaikan sembahyang fardhu semakin ketara meningkat di seluruh Malaysia se­karang ini. Di sini saya sebutkan satu contoh yang jelas berlaku di Hentian Puduraya, Kuala Lumpur yang membayangkan peningkatan ilmu dan amal hasil dari kesedaran melalui motivasi dan pendidikan. Surau di Hentian Puduraya semakin besar dibandingkan 30 tahun yang lalu. Pembesarannya adalah kerana sudah ramai yang melakukan sembahyang di situ. Kesedaran sembahyang jemaah amat ketara. Kalau dahulu, kebanyakan yang sembahyang di situ sembahyang sendirian tanpa berjemaah. Tapi hari ini, bergilir-gilir sembahyang jemaah didirikan. (Surau yang diperbesarkan itu kini sudah dianggap kecil).
Begitu juga sudah ramai yang sembahyang jamak qasar.Kalau dulu, mana ada orang melakukan sembahyang jamak qasar bila bermusafir. Sesetengah tok guru pun tidak melaku­kannya walaupun mereka mengajar ilmu tersebut. Sebaliknya, ramai yang lebih suka mengqadakkan sembahyang bila ber­musafir. Tetapi hasil kesedaran dari motivasi dan pendidikan, suasana itu sudah berubah. Berubahnya itu bukan kerana kesedaran politik ala Barat.

c. Penutupan aurat 
Kesedaran untuk menutup aurat yang merata di Malaysia hari ini adalah hasil motivasi dan pendidikan, bukannya dari ke­sedaran politik. Pemakaiannya dibuat secara sukarela, bukan dipaksa melalui undang-undang dan akta. Contoh terbaik yang membuktikan kegagalan parti politik pilihan raya yang berkuasa melaksanakan hukum ini berlaku di Kelantan. Walaupun penutupan aurat sudah diakta dan diundang-un­dangkan, sebahagian masyarakat Kelantan tidak mengendah­kan undang-undang tersebut. Bahkan sesetengahnya sudah berani mencabar kewibawaan parti politik tersebut. Kega­galannya adalah kerana ia dibuat secara undang-undang dan akta. Bukan hasil kesedaran dan keinsafan. Sedangkan kita lihat, berapa ramai yang kekal memakai tudung hasil dari kesedaran melalui motivasi dan pendidikan yang tanpa diundang – undangkan?

d. Pelajar Luar Negara
Akhir-akhir ini kebanyakan pelajar yang balik dari menuntut di luar negara terutamanya dari Amerika, England, Australia, New Zealand dan lain-lain negara Eropah, pelajar perem­puannya menutup aurat dengan tudung, purdah dan berjubah sementara lelakinya bergamis dan berserban. Yang selayaknya mereka ini tentulah memakai baju kot, jean dan lain-pakaian berjenama mewah dan mahal. Tetapi sebaliknya yang berlaku. Semuanya mengakui, kesedaran yang mereka perolehi adalah hasil dari kesedaran melalui motivasi dan pendidikan, bukannya kesedaran politik pilihan raya.

e.Barangan Islam
Bagi memenuhi tuntutan kesedaran masyarakat, ahli-ahli perniagaan (termasuk peniaga yang bukan Islam) juga sedar mereka terpaksa menggunakanjenama-jenama yang berunsur Melayu dan Islam untuk melariskan barangan mereka. Sese­tengahnya terpaksa menggunakan kata-kata yang berbau Islam dalam iklan-iklan barangan mereka. Umpamanya, ‘Gunakan tanpa was-was’, ‘Suci lagi halal’ dan lain-lain lagi. Mengapa berlaku demikian? Ini adalah kerana adanya ge­rakan motivasi dan pendidikan, bukannya gerakan politik, yang mereka ini tidak mahu lagi terlibat dengan barangan dan makanan syubhat, apalagi yang nyata tidak halal.

f. Pejuang-pejuang Islam naik kapal terbang.
Ramai orang tidak sedar, selama ini hanya bilangan jari saja orang-orang Melayu yang naik kapal terbang. Tanyalah pra­mugara-pramugari MAS, siapakah yang paling ramai di ka­langan orang Melayu yang selalu menggunakan pesawat? Kalau dulu, hanyalah pegawai-pegawai kerajaan sahaja yang selalu menggunakannya, itu pun atas urusan kerajaan (me­mang dibayar oleh kerajaan) dan sangat terbatas pula, dan juga ahli-ahli perniagaan. Tetapi bila kesedaran melalui moti­vasi dan pendidikan berlaku, staf Rufaqa’ dan ahli jemaah Tablighlah yang selalu menggunakan pesawat untuk menye­darkan masyarakat dunia yang lain kepada Islam. Di kalangan staf Rufaqa’ sendiri, naik kapal terbang sudah seperti naik bas.

g. Umrah 
Dulu, apabila tiba musim cuti sekolah at au cuti hari raya, orang-orang Melayu akan mengambil kesempatan itu untuk melawat Disneyland, melawat tempat salji dan lain-lain tempat menarik di Asia dan Eropah. Tetapi sekarang suasana sudah berubah. Umrah dijadikan program tumpuan di sam­ping berkesempatan melawat ke tempat-tempat kesan sejarah Islam seperti melawat makam nabi-nabi, makam Sahabat, gua Ashabul Kahfi dan lain-lain tempat peninggalan sejarah Islam seperti di Amman, Istanbul dan Kaherah. Perubahan ini juga adalah kesan dari motivasi dan pendidikan, bukannya dari kesedaran berpolitik pilihan raya.

h. Jadi tarikan pelawat
Ketara sekali sekarang, pejuang-pejuang Islam dari luar negara, apabila berkesempatan melawat Malaysia, mereka tidak melawat markas, pejabat, perkampungan, ekonomi, pendidikan dan lain-lain projek jemaah politik pilihan raya. Sebaliknya mereka lebih tumpukan kepadajemaah Islam yang melaksanakan motivasi dan pendidikan. Terutama di bandar­-bandar Rufaqa’ seperti di Bandar Country Homes.

Mengapa berlaku demikian? Kerana susasana Islam seba­gai cara hidup tidak wujud dalam jemaah politik pilihan raya. Mereka tidak dapat mewujudkan ekonomi Islam, pendidikan Islam, perkampungan Islam, bandar Islam, sosial Islam, teknologi Islam dan lain-lain sistem hidup yang boleh dibang­gakan untuk dicontohi oleh pejuang-pejuang itu. Tetapi pada jemaah Islam yang terlibat dengan motivasi dan pendidikan, itu semua ada pada mereka. Sebab itulah tempat mereka menjadi tumpuan pejuang-pejuang dari luar negara dan juga pelawat-pelawat asing yang lain:termasuk yang bukan Islam). Seolah-olah tempat mereka juga telah menjadi salah satu destinasi pelancongan yang mesti dilawati.

i. Kesedaran dikalangan golongan atasan 
Di bandar-bandar utama sekarang, sudah ramai orang-orang besar (orang kenamaan dan karyawan)dan bintang filem, Ielah menjemput orang-orang dakwah sama ada dari jemaah Islam ataupun individu perseorangan untuk mengajar diri dan keluarga mereka tentang Al Quran dan lain-lain ilmu Islam.Kesedaran untuk belajar ilmu lslam
tumbuh mercup di mana-mana. Sebab itulah di rumah sese­tengah mereka, sudah ada disediakan surau peribadi untuk keluarga mereka sendiri. Yang peliknya, mengapa mereka tidak memanggil orang-orang politik untuk memenuhi tun­tutan mereka itu?
j. Kelab-kelab eksklusif seeara Islam banyak ditubuhkan di taman-taman mewah di sekitar Lembah Klang. Kesedaran untuk bersosial secara syariat Islam telah mendorong mereka menubuhkan kelab-kelab eksklusif itu. Dan kesedaran ini bukannya hasil dari kesedaran politik pilihan raya, sebaliknya hasil motivasi dan pendidikan.

k. Aktiviti Islamik di hotel
Aktiviti-aktiviti di hotel sekarang turut mengalami perubahan. Seminar ekonomi Islam, kursus agama, konsert budaya Islam, majlis berbuka puasa dan sembahyang sunat tarawih, sem­bahyang berjemaah dan lain-lain lagi, sudah menjadi budaya di hotel-hotel di Malaysia hari ini. Semua aktiviti yang dibuat adalah anjuran jemaah Islam yang terlibat dengan motivasi dan pendidikan. Jemaah atau parti politik pilihan raya mana pernah terlibat dengan program-program seumpama ini. Pada mereka tentulah mengislamkan negara lebih utama daripada mengislamkan sebuah hotel.

Cukuplah buktl-bukti yang saya bentangkan di atas bagi membenarkan dakwaan saya bahawa perubahan yang berlaku di negara kita vang tercinta ini adalah hasll dari kesedaran yang dicetuskan oleh motivasl dan pendidikan dan bukannva dari kesedaran politik pilihan raya. Semuanya berlaku dengan kesedaran dari diri sendiri, bukannya dengan paksaan dan akta. Dan ianya adalah ulangan kepada sejarah ummah per­tama dahulu yang mana berlakunya pengamalan islam termasuklah perlaksanaan hudud, qisas dan sebagainya adalah hasil kesedaran iman dan pendidikan, bukannya akta yang dibuatkan undang-undang seperti yang diperjuangkan oleh parti politik pilihan raya.

Perbandingan-perbandingan yang saya buat ini adalah realiti yang sedang terjadi di Malaysia dan juga lain-lain negara di dunia. Tidak ada orang boleh menafikan. Anda tidak boleh berkecil hati atau prejudis pada saya. Sebab, Islam sebagai cara hidup atau satu sistem yang sempurna mesti menempuh jalan yang tersendiri untuk naik ke atas. Kalau menempuh jalan orang lain, pasti kita tidak sampai kepada Islam sebagai cara hidup, sama ada dalam rumah tangga, jemaah, toifah, negara atau dunia.

Jalan Barat tentu membawa ke Barat juga. Tidak mungkin kita ikut jalan Barat boleh sampai kepada sistem Islam. Kalau sampai juga, tentu Islam itu bukan Islam yang murni. Tetapi Islam yang sudah disadur dengan sekularisme Barat. Lihat realitinya. Mana dia orang-orang politik yang mendapatkan negara Islam? Atau yang telah mewujudkan Islam sebagai cara hidup melalui usaha mereka? <

Mengatakan kita tiada pilihan sebab takut negara dirampas orang, ini ternyata tidak benar. Bahkan mereka buta sejarah Islam. Sebab sudah 50 tahun lebih berjuang, tanda-tanda dapat memerintah Malaysia belum kelihatan. Sedangkan badan Islam tulen baru 40 tahun, sudah banyak perubahan yang dibuat bahkan disebut-sebut layak memerintah, walau­pun bukan itu cita-cita mereka.

Rasulullah berdakwah dan berjuang selama 23 tahun sahaja dan telah berlaku Futuh Mekah dan model negara Islam di Madinah. Ertinya Islam dapat membina negara se­sudah 23 tahun berjuang. Yakni negara yang menjalankan sistem hidup Islam yang bermula dengan dakwah dan tarbiah. Rasulullah SAW tidak rebut negara sebelum rakyat terdidik. Kerana kalaupun boleh dapat, apa ertinya? Manusia-manusia­nya belum bersedia. Macam dapat hutan balak tetapi tidak ada persediaan untuk membalak. Apa ertinya? Sebab itu wak­tu peringkat perjuangan di Mekah, Rasulullah pernah dita­warkan negara, tetapi Rasulullah menolak.

Tegasnya, politik Islam iaitu motivasi dan pendidikan itulah jalan kepada negara Islam. Manakala politik Barat tidak membawa kepada negara Islam mirip salafussoleh. Ya, mung­kin boleh dapat negeri atau negara, tetapi tidak menjamin Islam akan menjadi sistem dan cara hidup rakyatnya. Kuasa tidak berupaya membuatkan manusia cinta pada hukum Allah dan ghairah melaksanakan syariat Allah. Kalau kita dapat rumah tetapi tidak dapat mempengaruhi orang-orangnya, tertegakkah rumah tangga Islam di dalamnya?

Saya minta maaf kepada ahli-ahli parti politik yang mem­perjuangkan Islam melalui pilihan raya. Saya secara berterus­ terang menyebutkan kesalahan-kesalahan laluan politik ini. Saya bukan menyinggung peribadi tetapi memberitahu tuan-­tuan bahawa politik Islam yang sebenar bukannya menyertai politik Barat. Moga-moga tuan-tuan berlapang dada terhadap teguran dan nasihat. Saya juga menanti nasihat dan teguran ilmiah dari pihak tuan-tuan pula. Supaya kita termasuk ke dalam golongan yang saling nasihat-menasihati kepada ke­benaran dan kesabaran.