Bab 5 : Pemerintahan Yang Baik, Yang Lemah dan Yang Cacat

SETIAP orang di kalangan umat Islam wajib mempunyai pemimpin. Kerana pemimpinlah yang akan menyelamatkan hidupnya dunia dan Akhirat. Oleh itu mencari dan menentukan pemimpin untuk diikut dan ditaati, adalah kewajipan setiap umat Islam.

Bukan semua orang boleh jadi pemimpin. Ada pemimpin yang rasmi tetapi sebenamya dia bukan seorang pemimpin. Ada juga orang yang tidak menjadi pemimpin yang rasmi tetapi dialah yang sepatutnya menjadi pemimpin. Untuk mengenali pemimpin yang baik dan tidak, Islam ada memberi garis panduan umum pada kita. Saya akan cuba menyatakan ha1 ini supaya saudara pembaca dapat dipandu untuk menentukan siapakah pemerintah atau pemimpin anda yang sepatutnya.

Dalam Islam, kepimpinan boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu:

1.            Pemimpin yang baik.

2.            Pemimpin yang lemah.

3.            Pemimpin yang cacat (rosak).

A. Pemimpin Yang Baik

Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang ada padanya empat kekuatan iaitu kekuatan jiwa, kekuatan akal (ada minda), kekuatan perasaan dan kekuatan fizikal. Dengan syarat kempat-empat juzuk ini ditunjangi pula oleh iman dan taqwa;

Kuat Jiwa

Seorang pemimpin memerlukan kekuatan jiwa kerana pemimpin perlu pada sifat-sifat tabah, redha, berani, tahan, uji, yakin dengan diri, tegas, optimis, sungguh-sungguh, lapang dada, kasih sayang dan serius dalam tugasnya.

Sifat-sifat ini semuanya sangat penting untuk memikul beban kepimpinan yang pasti ditempuh oleh seorang pemimpin. Tanpa sifat-sifat ini, pemimpin tidak akan mampu menyelesaikan masalah dan persoalan yang timbul sama ada di kalangan manusia atau di dalam urusan pembangunan material. Misalnya apabila ada anak buah atau pengikut atau rakyat membuat masalah atau kekacauan atau menghalang perjalanan perjuangan, pemimpin yang tidak tegas akan teragak-agak atau tidak tergamak untuk bertindak dan menghukum orang tersebut. Rasa kasihan, tidak sampai hati dan lain-lain, membuatkan dia rela ‘dedalu’ itu terus menjahanamkan pokok. Yang mana hasilnya, masalah yang berbangkit terbiar untuk mengeruhkan suasana negara atau masyarakat atau jemaahnya. Kalau negara atau masyarakat atau jemaah ditimpa ujian sama ada dari dalam atau luar, pemimpin yang tidak kuat jiwa akan mudah melatah, panik dan ketakutan atau bertindak melulu. Semangat untuk meneruskan perjuangan mungkin patah. Tindakan yang terburu-buru atau tergopoh-gapah mungkin dibuat, yang memungkinkan tersilap langkah. Pengikut yang melihatkan ha1 ini akan turut cemas dan sekaligus lemah semangat juang mereka.

Pemimpin yang tidak kuat jiwa bila tercabar atau terancam, biasanya tidak akan tahan menerimanya, lalu akan terus menjawab dan bertindak. Dia mencabar orang lain, boleh. Tapi jangan dia dicabar. Pasti dia tidak akan tahan. Yang biasanya membawa akibat buruk kepada diri dan pengikutnya sendiri. Kadang-kadang musuh sengaja memancing supaya dia meracau-racau agar di situ musuh akan nampak kelemahannya bila dia bertindak dengan menempelak, mempermain-mainkan dan menjatuhkan lawannya.

Pemimpin yang tidak kuat jiwa biasanya merelakan rakyat bersikap lembab, malas dan main-main terhadap aktiviti pembangunan. Yang penting pada mereka rakyat sokong mereka. Kesungguhan untuk menggiatkan anak buah agar lebih aktif dan berdisiplin tidak ada, maka akhimya negara atau jemaah tidak membangun, rakyat mundur dan tidak berakhlak serta banyak masalah yang tidak selesai.

Kuat Mental

Kekuatan mental sangat penting bagi seorang pemimpin. Ia umpama lampu penyuluh perjalanan hidup rakyat atau pengikut dan negara atau jemaah. Tanpanya, rakyat atau pengikut sesebuah negara atau jemaah seolah-olah berada dalam kegelapan. Bila pemimpin lemah fikirannya, dia akan kekurangan idea yang baik dan tepat untuk bertindak, merancang dan menyelesaikan masalah. Dia tidak ada minda sendiri, cuma meminjam-minjam minda orang lain. Dia mudah buntu dalam kepimpinannya. Bila tercabar atau terancam tidak tahu bagaimana untuk melepaskan diri atau bertindak balas; Kadang-kadang kerana tidak cerdik, perkara tidak baik dikatanya baik atau sebaliknya. Keadaan merbahaya dibiarkannya. Tipuan dan umpan musuh termakan olehnya.

Maka akan terjadi masalah masyarakat dan negara atau jemaah oleh pemimpin yang tidak cerdik, tidak kreatif, tidak ada idea dan tidak strategik ini. Manakala bagi pemimpin yang mempunyai akal yang tajam, dia dapat membaca sebabsebab timbulnya satu masalah dengan tepat dan pandai mencari penyelesaian yang konkrit. Dia nampak kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku terhadap sesuatu tindakan yang orang lain tidak nampak. Hal-ha1 yang tersirat dapat dibaca dan difahaminya. Tipuan musuh dapat dikesan dan dia mempunyai daya tindak balas yang lebih bijak dan tajam. Rancangannya tepat, strateginya mengena. Mindanya mampu menjayakan program pembangunan insan dan material dalam masyarakat dan negara atau jemaahnya. Kerana dia tidak bersandar atau mengutip minda orang lain tetapi mem-punyai pandangan sendiri yang sesuai, tepat dengan per-soalan dan keadaan semasa di zamannya.

Kuat Perasaan

Kekuatan perasaan juga penting sekali bagi seorang pemimpin. Yakni kekuatan untuk menimbang-nimbang kepenting an dan masalah orang lain. Kekuatan untuk bertimbang rasa, berlemah-lembut dan berkasih sayang dengan manusia. Ke-kuatan untuk menangkap hal-ha1 di sebalik hati manusia dan tahu bagaimana menghibur mereka. Pemimpin yang tidak ada’ semua ini adalah pemimpin yang akan kasar, bengis dan kejam dengan manusia. Pengikut taat kepadanya dalam keadaan terpaksa dan takut. Yang lama-kelamaan pengikut akan jemu dan akan meninggalkannya. Dia kurang berhalus dalam menyelesaikan masalah. Dia tidak sensitif dengan ragam manusia. Memujuk, menjaga hati, ambil hati, menghibur dan lain-lain yang perlu untuk menawan hati manusia tidak ada dalam kamus tindakannya. Keadaan kepimpinannya akan tegang, serius dan formal sekali. Tolak-ansur, berlapang dada dan memaafkan pengikut yang bersalah atau lemah jarang berlaku. Dia banyak merempuh dan memecahkan ukhuwah. Akhirnya kepimpinannya tidak membawa hasil yang sebaik-baiknya.

Manakala pemimpin yang ada kekuatan perasaan akan berhalus buat pertimbangan dan tindakannya dengan manusia. Dia ditaati dengan kasih sayang. Dia dipuja oleh pengikut kerana pandai melayan dan menghibur hati pengikut dengan tidak mengorbankan prinsip dan identiti. Dia tegas tapi tidak keras. Dia bersungguh-sungguh tapi tidak merempuh. Dia lembut, pengasih dan pemaaf tetapi tidak lembab, lemah dan cuai. Dia sabar tapi tidak membiar anak buahnya. Pemimpin begini adalah pemimpin di hati rakyat bukan dimata rakyat. Dia diterima kerana akhlaknya bukan sahaja kerana bijak dan beraninya. Dia walaupun sudah pencen atau mati tetap diterima kepimpinannya dan akan dikenang serta disanjung. Sedangkan pemimpin yang tidak halus akhlaknya, belum pencen lagi orang sudah berharap agar dia letak jawatan. Bila tua atau mati, terus dilupakan orang. Maqamnya tak diziarahi orang.

Kuat Fizikal

Kekuatan fizikal bagi seorang pemimpin termasuk suatu hal yang penting. Kalau pemimpin tidak aktif, selalu tidak sihat, tidak lincah dan tidak hadir program, kepimpinannya jadi jumud dan kaku. Sebab itu para rasul yang ditugaskan untuk pimpin umat, semuanya diberi fizikal yang kuat. Hingga mereka sanggup untuk mengembara dan pindah-randah dari satu tempat ke tempat lain melintasi padang pasir, gunung-ganang, gaung dan hutan belantara. Cuma dengan berjalan kaki atau mengenderai kenderaan sahaja. Di samping mereka adalah makhluk ALLAH yang diberi akal yang tajam, jiwa yang kebal dan perasaan yang halus dan tinggi. Yang orang biasa atau pemimpin biasa tidak ada yang dikurniakan semua ini melainkan kalau diusahakan. Itupun tidak boleh menandingi Rasul.

Pemimpin yang sempurna dengan kekuatan-kekuatan yang tersebut tadi, yang ditunjang oleh taqwa dan iman, itulah pemimpin yang akan berjaya dalam kepimpinannya. Berjaya dalam ertikata dapat memimpin dan mendidik umat untuk memperolehi hasil yang tepat dan baik, iaitu mentaati ALLAH dan Rasul. Sekalipun tidak ramai orang yang dipimpinnya, tetapi pimpinan itu benar dan tepat. Sedangkan kalau ramai pengikut tetapi hasilnya tidak tepat dan benar, maka pengikut yang ramai itu macam buih di lautan sahaja. Dan pemimpin itu dikira gagal. Kerana mendapat ramai pengikut yang tidak berkualiti. Pengikut yang sudah diberi subsidi pun masih tidak boleh membangun.

 Sepertilah pengembala binatang yang boleh kawal binatang ternaknya dengan baik. Seekor pun binatangnya itu tidak makan tanaman orang atau tidak hilang ditangkap serigala. Dia dikira berjaya walaupun binatang gembalaannya tidak banyak. Sebaliknya kalau banyak pun binatang ternaknya itu, tetapi kurus-kurus fizikalnya, berpenyakit, liar-liar, selalu mati ditangkap serigala, suka makan tanaman orang lain dan lain-lain lagi, bermakna pengembala itu gagal.

Para pemimpin di dunia hari ini umumnya tidak dapat mencipta kejayaan yang memuaskan dalam kepimpinan mereka. Sekalipun dia seorang yang ada keempat-empat kekuatan yang tersebut. Namun kerana kekuatan itu tidak ditunjangi oleh ilmu wahyu, iman dan taqwa, maka kekuatan tadi tidak mencapai kesuburan yang maksimum. Umpama pokok dari benih yang baik tetapi kerana kurang dapat baja yang baik, kesuburan dan hasil yang diberi tidaklah boleh dikatakan berjaya.

Ilmunya cuma di sekitar hal-ha1 yang terjangkau oleh otak sahaja. Rahsia tersirat di sebalik hati manusia yang dipimpin, kemungkinan masa depan tindakannya serta kesan kepada alam ghaib tidak diambil kira. Ilmunya tumpul dan cetek. Kekuatan jiwanya tidak sampailah kepada kemerdekaan yang hakiki kerana ia berpaut pada kepentingan dunia. Tidak pada ALLAH yang Maha Tinggi. Demikian kehalusan hatinya tidak sampai kepada seagung-agung akhlak kerana nafsunya tidak berjaya diperangi habis-habisan.

Dengan itu kejayaan pemimpin yang ada keempat-empat kekuatan tetapi tidak bertaqwa, mungkin sebanyak 10% sahaja dibandingkan dengan kejayaan pemimpin yang bertaqwa yang ada padanya keempat-empat kekuatan asas itu.

Keistimewaan lain yang diperolehi oleh pemimpin yang bertaqwa ialah:

1. Ia diberi ilmu yang tidak ada dalam kitab atau dalam pengalaman atau pada guru. Ia diajar secara langsung oleh ALLAH, Maha Guru bagi segala guru-guru, yang ilmuNya bagaikan lautan. Ilmu itu diajar melalui perantara hati, bukan akal lagi. Jadi hati orang ini bercahaya-cahaya, boleh menyuluh kehidupan yang nyata dan ghaib dengan terang sekali. Ia nampak perkara-perkara yang tidak dapat dilihat oleh mata dan otak. Ini berdasarkan firman ALLAH:

Bertaqwalah kepada ALLAH, nescaya ALLAH akan mengajur kamu. (Al Baqarah: 282)

Firman-Nya dalam Hadis Qudsi:

Takutilah firasat orang Mukmin kerana mereka meman-dang dengan cahaya ALLAH. (Riwayat At Termizi)

Di dalam satu Hadis lagi:

Barangsiapa beramal dengan ilmu yang ia tahu, ALLAH akan pusakakan kepadanya ilmu yang dia tidak tahu.

(Dikeluarkan oleh Abu Nuaim)

2. Dilepaskan dari masalah -dan mendapat rezeki dari sumber yang tidak diduga. Pemimpin sangat memerlukan bantuan di waktu 1001 masalah rakyat mendatanginya. Tanpa bantuan ALLAH umumnya pemimpin tidak mampu untuk selesaikan masalah, bahkan makin dicuba makin banyak masalah. Seorang tuan punya kereta kalau tidak dibantu oleh tukang kereta dalam membaiki kerosakan kereta, tetapi mahu membaiki sendiri, nescaya kereta itu akan lebih rosak lagi.

Contohnya masalah AIDS yang sedang mencabar dunia hari ini. Kerana tidak dirujuk pada ajaran ALLAH dan pertolongan-Nya, penyelesaian yang dibuat, membawa kepada tumbuhnya berbagai masalah lagi. Mungkin AIDS dapat di-atasi tetapi zina terus juga berlaku dengan pemakaian kondom misalnya. Hakikatnya, masalah tak juga selesai kerana zina itu adalah penyakit sosial yang sangat dahsyat. Sedangkan kalau masalah ini dirujuk kepada ALLAH, ALLAH sendiri yang akan buka jalan-jalan keluar dari masalah tersebut:

Di samping itu dengan taqwa, ada rezeki dari sumber yang tidak terduga. Sebab itu orang bertaqwa boleh selesaikan masalah ekonomi dan lain-lain, kerana untuk mereka ada jalan-jalan kemasukan rezeki yang luar biasa melalui usaha-usahanya. Hal ini dapat disaksikan dengan ketara dalam realiti kehidupan orang-orang bertaqwa. Ianya logik tetapi bukan logik mengikut ukuran otak biasa. Kerana otak biasa hanya mampu menangkap logik-logik lahiriah dalam kehidupan biasa sahaja. Pada otak, tidak logik kalau dikatakan syaitan itu akan terseksa dalam api Neraka. Sebab ia dicipta dari api. Api dengan api mana sakit. Tetapi mengapa manusia yang dibuat dari tanah rasa sakit kalau dibaling dengan tanah. Tanah dengan tanah boleh sakit?

Hadirnya pemimpin yang baik ke dunia benar-benar mem-bawa kebahagiaan pada seluruh manusia. Bagaikan adanya seorang ayah dalam sebuah keluarga. Pemimpin beginilah yang Islam memerintahkan umatnya wajib taat. Dia tidak boleh ditukar ganti. Kepimpinannya seumur hidup. Selagi tidak ada uzur syar’i seperti sakit, dia tidak boleh mengundurkan dirinya dari memimpin.

Hal inilah yang dipraktikkan oleh Rasulullah dan Khulafa’ ur Rasyidin, yang memerintah seumur hidup dengan mendapat ketaatan total dari rakyat. Kejayaan kepimpinan mereka begitu menonjol sekali kerana dapat melahirkan baris-an pemimpin bawahan yang bersifat sejagat, hingga dari sana dapat melahirkan empayar Islam di sebahagian besar dunia.

B. Pemimpin Yang Lemah

Kalau pemimpin yang baik dan berjaya itu ialah pemimpin yang bertaqwa yang mempunyai empat kekuatan, maka pemimpin yang lemah itu ialah kerana salah satu atau lebih dari empat kekuatan itu tidak ada padanya. Sama ada jiwanya tidak cukup kuat, akalnya tidak cukup tajam, perasaannya tidak cukup halus atau fizikalnya tidak cukup sihat. Boleh jadi juga lebih dari satu anggota itu yang lemah.

Tetapi kelemahan pimpinan akan begitu menonjol kalau pemimpin itu lemah fikiran, sekalipun dia orang baik dan bertaqwa. Dia tidak menindas, tidak menzalim, tidak menyalahgunakan kuasa dan tidak mencari kepentingan diri dalam tugas sucinya itu. Tetapi kelemahan adalah berpunca dari lemah akalnya.

Pemimpin yang lemah akal tidak ada minda dan idea. Tidak juga kreatif dan strategik. Akibatnya, bila negara kurang maju dan tidak dapat memajukannya, dia tidak tahu bagaimana caranya untuk mencipta kemajuan. Tidak tahu juga bagaimana untuk mengawal kemajuan yang sedia ada. Masalah tidak dapat dilihat sebagai masalah dan kalau tahu pun masalah, tidak tahu juga menyelesaikannya. Rakyat atau pengikutnya yang tidak terdidik, yang membuat macam-macam masalah, tidak pula pandai hendak dibentuk agar terdidik dan tidak buat masalah. Pembangunan insan di kalangan rakyat tidak berlaku dengan sempurna. Maka macam-macam kejahatan dan masalah akan berlaku. Hasilnya di bawah kepimpinan yang lemah fikiran ini negara tidak maju. Rakyat terbiar. Bila-bila masa sahaja musuh dapat main-, mainkan dan menjatuhkannya.

Sebaliknya, seorang pemimpin yang tajam akalnya akan mempunyai macam-macam idea untuk kemajuan negara dan rakyat. Pandai pula dia menyampaikan ideanya kepada rakyat untuk difahami dan dilaksanakan. Tahu pula memimpin dan menunjuk ajar hingga terlaksananya perancangan teori dan) mindanya itu. K a1au ada masalah, nampak pula olehnya bagaimana cara penyelesaiannya. Rakyat yang bermasalah dapat dihadapi dan diatasi masalah mereka dengan baik. Tipu helah musuh dapat dikesan untuk diberi pukulan balas yang tepat mengena dan membawa maut. Demikianlah peranan akal. Umpama lampu penyuluh yang baik. Yang kalau kuat taqwanya akan lebih terang-benderanglah ia menerangi negara dan masyarakat atau jemaahnya.

Namun tanpa kekuatan jiwa, fikiran yang kuat tidak mem-buahkan apa-apa. Hanya tinggal teori-teori dan idea serta perancangan yang berbagai-bagai tetapi tidak terlaksana. Sebab untuk melaksanakan minda dan perancangan, seorang pemimpin mesti dibantu oleh jiwa yang kuat, bercita-cita, berani, yakin dengan diri, tahan uji, sanggup berkorban apa saja dan lain-lain lagi. Mungkin ideanya sampai bertimbun-timbun dalam berbagai-bagai risalah, buku-buku dan kitab-kitab namun ia terus tersembunyi dalam biliknya. Tidak , berani turun gelanggang ke tengah masyarakat kerana takut pada risiko, cemas atas kemungkinan-kemungkinan tidak baik, tidak berani memecah tradisi, tidak sanggup melawan arus dan macam-macam ha1 lagi.

Akhirnya teori tinggal teori selama-lamanya. Tidak ada praktikalnya. Benih yang baik tidak ditanam, maka tidak akan berbuahlah ia. Pemimpin begini biasanya hanya mampu jadi pemimpin kertas kerja, pemimpin seminar, pemimpin simposium, pemimpin forum dan lain-lain lagi. Mukanya selalu ditonjolkan di kaca tv sebagai tokoh. Tetapi tidak boleh bawa pengikut turun gelanggang. Mereka berangan-angan dengan teori ilmiahnya itu. Bukan sahaja kemajuan tidak berlaku bahkan dia kian tertinggal dan dilupakan orang. Bukan sahaja tidak mampu mengajak rakyat atau pengikut hidupkan pertanian di tanah terbiar, pertanian di tanah subur yang sudah diproses pun terbiar. Bukan sahaja tidak boleh bangunkan faktor, kalau sudah ada faktor yang dibuat cara kecil-kecilan itu pun tidak boleh tolong edarkan barang keluarannya.

Inilah negara atau jemaah intelek yang merempat namanya. Menyandar nasib pada orang lain. Keperluan asas pun disediakan oleh musuh. Kalau ada pun yang senang, hanya individu pemimpin itu. Bagaimana negara atau jemaah hendak berdikari, maju, membangun dan menakluki negara lain?

Sebaliknya kalau jiwa sahaja kuat, otak lemah, jadilah pemimpin bagaikan lembu menanduk tembok. Hebat keberaniannya tetapi apa faedahnya meruntuhkan tembok? Silap-silap, tanduk yang patah. Itulah keberanian melulu namanya. Keberanian, cita-cita dan keyakinan yang tidak dirancang, tidak bijak, tidak berdisiplin dan semberono. Pemimpin begini lebih banyak buat masalah daripada buat kebajikan. Negara atau jemaah dan rakyat atau pengikut jadi susah dibuatnya.

Demikianlah seterusnya kalau pemimpin cuma ada kekuatan perasaan dan kekuatan fikiran saja, pun lemah juga ke-pimpinannya. Dan kalau ada kekuatan jiwa dan perasaan sahaja, pun lemah juga bentuk kepimpinannya. Sekurang kurangnya pemimpin itu mesti ada kekuatan fikiran dan jiwa, kalaupun tidak boleh ada semuanya. Tetapi selain dari itu, pemimpin itu dikira lemah. Pemimpin yang lemah ini hakikatnya bukan pemimpin. Kalau mereka bertaraf ulama, mereka ialah ulama berwatak abid, bukan berwatak pejuang dan pemimpin.

Sebaiknya pemimpin yang lemah ini kalau payah sangat untuk diusaha baiki kepimpinannya, eloklah dia mengundur diri dari tugasnya secara sukarela. Dia akan disanjung kerana keikhlasannya mencari pengganti yang lebih kuat dan mampu. Atau kalau pemimpin tersebut tidak sedar kelemahannya, rakyat mesti peka dan nasihatkan pemimpin dengan penuh hormat takzim agar mengganti pemimpin dengan yang lebih kuat, layak dan mampu. Kepentingan negara atau jemaah dan rakyat atau pengikut lebih utama dari kepentingan peribadi, Semua pihak mesti merasa bertanggungjawab terhadap nasib negara, bangsa, agama dan masyarakat. Berdosa hukumnya membiarkan negara lemah dan mundur tanpa berusaha mengatasinya.

 C. Pemimpin Yang Cacat (Rosak)

Kepimpinan yang cacat (rosak) menurut pandangan Islam bermula dari peribadi pemerintah yang jahat. Mereka tidak beriman dan bertaqwa atau lemah imannya kerana sangat cuai mengusahakannya. Akibatnya, akhlak mereka buruk sekali. Mereka sombong, takabur dan angkuh dengan rakyat atau pada pengikutnya, bakhil dan tamak dengan harta, kasar dan pemarah, hasad dengki dan pendendam dan lain-lain perangai buruk dan jahat.

Hidup mereka bukan berjuang untuk pembangunan negara dan rakyat atau jemaahnya. Tetapi hidup berfoya-foya, bermewah-mewah dan membazir wang negara. Rakyat yang

tidak sebulu ditindas dan dizalimi. Mereka telah menyalah-gunakan kuasa dengan sewenang-wenangnya. Lagi cerdik mereka ini, lagi hebat kejahatan yang dilakukan. Lagi kuat jiwanya, lagi biadab mereka dengan ALLAH dan zalim terhadap rakyat dan harta negara.

Demikianlah bagi pemerintahan yang tidak beriman dan tidak bertaqwa serta jahil dengan ajaran Al Quran dan Sunnah. Negara atau jemaah dalam pimpinan mereka akan hidup segan, mati tidak mahu. Rakyat hidup tanpa pimpinan, terbiar dan hidup tidak menentu tujuannya. Jauh sekali daripada menjadi manusia-manusia soleh yang dikehendaki oleh Islam. Mungkin sedikit sebanyak ada kemajuan dan pembangunan lahiriah tetapi rakyat atau pengikutnya hidup* dengan memburu dunia lebih dari Akhirat.

Biasanya, bila pemerintah sudah kejam, zalim dan berfoya-foya lama-kelamaan beriakulah huru-hara dalam negara. Sesama pemerintah saling bersengketa kerana rebutkan harta kekayaan. Rakyat yang cerdik sudah berharap-harap agar diganti saja pemerintah yang ada. Para pengampu dan penjilat akan menghasut pemerintah bertindak terhadap penentang-penentangnya. Dengan harapan mereka mendapat upah dan keistimewaan hidup di sisi tuannya. Maka dipuja dan dipujilah pemerintah yang sudah rosak itu. Akibatnya kegelisahan dan ketegangan hidup terasa di mana-mana dalam negara. Waktu ini biasanya macam-macam bala bencana berlaku dalam negara untuk membuatkan setiap hati merasa-kan sesuatu perubahan dalam pemerintahan mesti berlaku. Kerana pemerintahan yang ada sudah hilang wibawa dan keberkatannya.

Dalam pandangan Islam, pemerintah begini patut di-nasihati oleh ulama-ulama agar mereka insaf, bertaubat dan segera mengubah sikap. Sekiranya pemerintah atau pemimpin tidak mengubah sikap mereka wajib pilih orang lain yang lebih baik, yang lebih bertaqwa untuk mengendalikan urusan memerintah negara. Supaya negara dan rakyat, jemaah dan pengikut selamat dan mereka pun selamat. Tetapi kiranya mereka berdegil dan para ulama pula mengampu, biasanya mereka akan jatuh juga dalam keadaan terhina. Sama ada oleh bencana-bencana yang ALLAH timpakan hingga mereka hilang lenyap dari muka bumi ALLAH ini.

Lihatlah firman ALLAH dalam surah Al An’ am:

Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyaknya generasi-generasi yang telah KAMI binasakan sebelum mereka. Padahal (generasi itu) telah KAMl teguhkan kedudukan mereka di muka bumi iaitu keteguhan yang belum pernah KAMI berikan padamu, dan KAMl curahkan hujan yang lebat atas mereka dan KAMl jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka. Kemudian KAMl binasakan mereka kerana dosa mereka sendiri dan KAMl ciptakan seesudah mereka generasi yang lain.(Al An’am: 6)

 Atau mereka ini akan jatuh terhina dengan cara-cara yang lain. Dan ALLAH berkuasa melakukannya.

Bab 11 : Siapa Penegak Politik Islam

Sebelum ini saya telah huraikan tentang adanya kebenaran yang dijanjikan dan kebenaran yang tidak dijanjikan. Yakni perjuangan Islam itu ada yang dijanjikan oleh Allah dan ada yang tidak dijanjikan. Yang dijanjikan itu adalah kerana pemimpinnya ditunjuk dan dijanjikan manakala yang tidak dijanjikan itu ialah pemimpinnya tidak ditunjuk atau dijanjikan oleh Allah dan Rasul.
Telah saya sebutkan bahawa pemimpin kebenaran yang dijanjikan itu ada yang ditunjuk oleh wahyu, ada yang ditunjuk oleh Hadis dan juga ilham. Contoh-contoh pemimpin kebenaran yang diisyaratkan oleh wahyu ialah Rasulullah SAW sendiri, semua rasul, Thalut dan Zulkarnain. Manakala pemimpin yang ditunjuk oleh Hadis ialah sekalian Khulafaur Rasyidin. para mujaddid, Muhammad Al Fateh. Putera Bani Tamim dan Imam Mahdi. Demikian jua ilham oleh para wali, mengesahkan atau menunjukkan siapa mujaddid, siapa Putera Bani Tamim dan Imam Mahdi serta siapa yang Rasulullah sabdakan sebagai ketua yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik, yang akan menawan kota Konstantinopel. Pemimpin yang baik yang membawa kasih sayang.
Di sini saya ingin tegaskan bahawa mereka yang ditunjuk oleh wahyu atau Hadis atau ilham ini, yakni mereka yang dijanjikan itu, ada tiga kategori:i.   Pemimpin bertaraf toifah atau jemaah
ii.  Pemimpin bertaraf negara atau daulah
iii. Pemimpin bertaraf sejagat atau ummah

Ertinya, pemimpin bertaraf toifah itu dapat menegakkan pemerintahan Islam dan menegakkan keadilan serta kebenaran hanya di peringkat jemaah sahaja. Tidak boleh sampai ke taraf daulah, apalagi ummah. Seperti yang Rasulullah sab-dakan, kalau pemimpin-pemimpin itu benar-benar menjalankan politik Islam, ketiga-tiga kategori pemimpin itu akan dapat mencetuskan kasih sayang. Kalau ketiga-tiga kategori pemimpin itu tidak membawa kasih sayang, maka mereka bukan pemimpin Islam, lebih-lebih lagi bukan pemimpin yang dijanjikan.

Manakala pemimpin bertaraf negara pula dapat menegakkan keadilan, kebenaran dan melanjutkan kepimpinan Islam yang hakiki itu daripada jemaah kepada daulah Islamiah. Tetapi ia tidak mampu untuk sampai kepada ummah.

Akhir sekali pemimpin bertaraf ummah atau sejagat itu ialah mereka yang dapat memimpin dan menegakkan keadilan dari taraf toifah, negara hingga sampai ke taraf empa-yar atau sejagat atau ummah Islamiah. Mereka dapat menegakkan sistem pemerintahan Islam tulen di sebahagian besar penjuru dunia.

Di zaman mereka, yakni pemimpin yang dijanjikan (sama ada bertaraf toifah, daulah atau ummah) akan berlaku masyarakat yang Allah firmankan:

Maksudnya: “Negara yang aman makmur dan mendapat keampunan Allah.” (Saba’: 15)

Kemakmuran yang sebenar ialah kasih sayang. Dari kasih sayanglah akan lahir kemakmuran-kemakmuran yang lain seperti kemewahan hidup, makan minum, pakaian, kenderaan, tempat tinggal dan sebagainya.

Mereka ini dapat mendidik pengikut hingga betul-betul beriman kepada Allah SWT, mendirikan sembahyang, berzakat, taat dan patuh pada Allah dan Rasul mengikut peringkat masing-masing. Bukan kerana paksaan dan hukuman tetapi kerana mereka mencintai Akhirat lebih dari cintakan dunia. Allah dan Rasul menjadi kecintaan agung mereka, melebihi cinta mereka kepada makhluk. Masyarakat ini hidup aman, berkasih sayang, tolong-menolong, saling bekerjasama, mudah bermaafan, bertolak ansur, tidak menipu dan menekan, tidak jatuh-menjatuhkan bahkan saling bertimbang rasa dan kuat-menguatkan demi memakmurkan masyarakat. Allah pun kasih dan sayang serta mengampunkan mereka. Mereka hidup dalam sistem Islam, pendidikan Islam, sosial Islam, budaya, ekonomi, perubatan, pertanian, perhubungan dan lain-lain lagi secara Islam. Manakala di peringkat negara pula, ditambah lagi dengan sistem ketenteraan dan kehakiman Islam. Orang bukan Islam (golongan zimmi) pun menerima keadilan dan kebenaran yang berlaku. Mereka menjadi rakyat yang patuh. Pendeknya, mereka benar-benar menegakkan sistem politik Islam.

Di dalam pemerintahan pemimpin yang dijanjikan ini, masyarakat benar-benar dapat menegakkan hukum-hukum Allah dalam hidup mereka di segenap bidang. Hukum hudud dan qisas juga terlaksana kecuali di peringkat toifah atau jemaah. Cuma hukum ini tidak begitu popular kerana ia jarang berlaku, dibandingkan dengan hukum-hukum fardhu, sunat ain dan fardhu kifayah yang lain. Dalam masyarakat Islam, tidak ramai orang jahat yang perlu dihudud dan diqisaskan. Cuma sekali-sekala berlaku kepada sebilangan yang terlalu kecil di dalam masyarakat. Penjara dan hospital sakit jiwa tidak ada dalam masyarakat Islam tulen.

Perlu diketahui bahawa hasil pimpinan pemimpin yang dijanjikan, manusia bertukar fikiran dan hati dari jahat dan jahil kepada baik dan berilmu. Dari tidak kenal Allah kepada mengenali dan taat pada-Nya. Dari tidak sembahyang kepada sembahyang. Dari tidak berzakat, puasa dan berjuang serta berkorban kepada berzakat, berpuasa, berjuang dan berkorban fisabilillah. Mereka berubah dari kaki maksiat kepada pembuat kebaikan. Daripada berdendam, hasad dengki, sombong, bakhil dan gila dunia kepada bermaafan, berkasih sayang, tawadhuk, pemurah dan cintakan Akhirat.

Segala perubahan ini berlaku adalah kerana mereka beriman dan bertaqwa kepada Allah iaitu: Mereka cinta, takut, taat, patuh, rindu, tawakal, syukur, sabar dan redha kepada Allah, Tuhan yang dipuja-puja, pagi petang, siang malam melalui solat-solat dan zikir-zikir mereka yang tidak putus-putus. Di waktu-waktu negara dalam kesusahan seperti perang, kemarau dan lain-lain bencana, rakyat sedia berkorban untuk menstabilkan negara tanpa meminta-minta kepada musuhnya.

Perlu diingat, pemimpin kebenaran yang dijanjikan dapat mengubah masyarakat seperti yang tersebut di atas itu mengikut peringkat masing-masing. Bukan melalui kuasa, akta, undang-undang bertulis dan ugutan hukuman. Tidak sekali-kali. Kalau ada pun, terlalu sedikit. Bahkan di peringkat jemaah, mereka tidak punya kuasa untuk membuat akta serta undang-undang rasmi. Tidak juga tentera dan polis untuk menjalankan penguatkuasaan.

Perubahan masyarakat berlaku hasil didikan, ilmu, tunjuk ajar dan pimpinan dengan penuh hikmah dan kasih sayang secara istiqamah dan sistematik yang mereka lakukan dengan gigih dan sukarela. Peribadi pemimpin itu benar-benar menjadi contoh. Mereka buat kerja ini bukan kerana permintaan sesiapa. Tidak juga kerana jawatan atau hobi. Pun tidak kerana sesuatu kepentingan. Kecuali kerana membuktikan kehambaan dan sumpah janji bahawa hidup mati adalah untuk Allah.

Berbeza dengan pemimpin Islam yang tidak dijanjikan, mereka yang dijanjikan ini berjaya dalam tugas memimpin. Manakala yang lain, tidak. Mereka selamat dan menyelamatkan umat. Tetapi pemimpin yang tidak dijanjikan, kalau dia selamat pun dia tidak berjaya menyelamatkan orang lain sekalipun kuasa ada di tangan. Apakah ciri-ciri yang membezakan ini?

Antara ciri-ciri itu ialah:

1.  Pemimpin yang Allah sendiri tunjuk dan lantik, pastilah Allah bantu dengan ilmu sama ada dalam bentuk wahyu kalau dia nabi dan rasul atau ilham kalau dia wali. Terutama ilmu mendidik, memimpin, menyelesaikan masalah membangun, menghadapi musuh, kaedah, teknik, strategi dan lain-lain lagi. Ilmu yang Allah beri itu adalah ilmu yang paling tepat untuk zaman di mana pemimpin itu dilahirkan. Sedangkan pemimpin yang tidak dijanjikan, tidak memperolehi ilmu-ilmu yang istimewa ini. Hingga sukar sekali mereka membuat perubahan dan mengatur rancangan-rancangan baru.

2.  Pemimpin yang dijanjikan, Allah sendiri memberi rezeki dari sumber yang tidak diduga (yakni dari Allah sendiri), sama ada untuk peribadi, keluarga dan perjuangannya. Allah alirkan rezeki dan keperluan tepat pada masanya, dengan cara-cara yang Allah tetapkan. Sehingga hal kewangan tidak pernah menjadi masalah penting dalam perjuangannya. Sedangkan pemimpin yang tidak dijanjikan tidak memperolehi rezeki yang istimewa ini.

3.  Pemimpin yang dijanjikan, diri peribadinya dididik dan dipelihara langsung oleh Allah. Hinggakan dia mempunyai taqwa, akhlak, fikiran, hati, perasaan dan sikap serta tindak-tanduk yang terbaik di zamannya dan terpimpin, sesuai dengan darjat mengikut peringkat masing-masing. Kalau rasul disebut maksum, wali-wali dipanggil mahfuz. Kesilapan mereka ditegur oleh Allah. Sama ada secara langsung atau tidak langsung. Sikap baik mereka didorong oleh Allah. Mereka diberi ketahanan hati. Hal begini tidak berlaku kepada pemimpin yang tidak dijanjikan.

4.  Pemimpin yang dijanjikan oleh Allah, Allah bantu dengan pertolongan ghaib. Cara-cara pertolongan ghaib ini berbagai bentuk seperti mukjizat (untuk nabi dan rasul), keramat (untuk wali), maunah, kasyaf, ilham, hatif dan lain-lain lagi. Bilamana cara-cara lahir tidak lagi boleh memberi peranan, maka Allah datangkan pertolongan ghaib yang boleh memberi bantuan pada perjuangan dan kepimpinan pemimpin yang dijanjikan ini. Pertolongan bentuk ini tidak diberi kepada pemimpin yang tidak dijanjikan.

5.  Kenaikan pemimpin yang dijanjikan bukan bersandar kepada sokongan rakyat atau orang ramai. Allah sendiri naikkan dia dengan cara-cara tersendiri pula. Ertinya, dia tidak bergantung sangat kepada jasa manusia, sama ada dalam menaikkan atau menjatuhkannya. Dia mempunyai cara dan kekuatan sendiri yang cukup untuk menaikkannya.

Sebab itu pemimpin yang dijanjikan, kepimpinannya berjaya dan dia memimpin seumur hidup. Dia diterima oleh hati manusia, bukan dengan undian jari atau kertas undi atau lobi-melobi dan jauh sekali dengan membeli undi. Sedangkan pemimpin yang tidak dijanjikan, dinaikkan oleh rakyat. Hakikatnya dia dikuasai oleh rakyat dan terpaksa berbuat ikut selera rakyat. Sukar bagi dia untuk berbuat ikut kehendak Tuhan. Kedudukannya sentiasa terancam dan mudah terjatuh sebelum berjaya menegakkan hukum.

6.  Pemimpin yang dijanjikan hidup zuhud dan miskin. Kalau sebelum jadi pemimpin dia kaya, tetapi bila jadi pemimpin terus miskin atau kurang kekayaan. Ini kerana kekayaannya itu dikorbankan untuk rakyat dan negara. Rasulullah menghabiskan harta kekayaan isterinya yang dihadiahkan kepadanya. Sayidina Abu Bakar r.a. juga menghabiskan kesemua kekayaannya. Sayidina Umar Al Khattab r.a. mengorbankan 75% daripada hartanya. Sayidina Usman ibnu Affan r.a., setengah kekayaannya dikorbankan untuk Islam. Sayidina Ali k.w. memang asalnya miskin. Khalifah Umar Abdul Aziz, kekayaannya dan kekayaan isterinya dijadikan milik negara.

7.  Pemimpin yang dijanjikan dapat kawal masyarakat bukan menggunakan polis, tentera, penjara, hudud dan qisas, akta, undang-undang dan seumpamanya. Kalau ada pun terlalu sedikit sekali. Sebaliknya mereka dapat jinakkan hati-hati manusia daripada cenderung kepada kejahatan kepada cenderung pada kebaikan. Yang mana bila hati sudah baik, hati itu sendiri yang membenci kejahatan dan menolak dari melakukannya. Sedikit saja bilangan rakyat yang masih suka kepada maksiat dan kemungkaran. Maka yang sedikit inilah yang terpaksa dihudud dan diqisaskan sebagai didikan. Moga-moga hukuman dapat memahamkan dia perihal akibat melakukan kejahatan.

Dengan cara memimpin yang luar biasa ini, pemimpin yang dijanjikan benar-benar dapat membina masyarakat aman, makmur dan mendapat keampunan Allah.

8.  Pemimpin yang dijanjikan sebenarnya tidak mengharap dan tidak meminta untuk menjadi pemimpin. Apalagi hendak diusahakan atau direbutkan, tidak sekali-kali. Bahkan mereka tidak mahu dan takut sekali dengan jawatan kepimpinan. Tidak nampak tanda-tanda langsung yang mereka ini ghairah dan gila kuasa.

Sayidina Abu Bakar As Siddiq ketika mendapat tugas jadi khalifah pertama, beliau merangkak untuk naik ke atas mimbar bagi membuat ucapan. Ini kerana kalau dia bangun berjalan, dia jatuh berkali-kali, kerana takut dan gementar dengan jawatan yang berat itu. Ketika beliau merujuk ketakutannya kepada Sayidina Umar Al Faruq, Sayidina Umar menjawab: “Kita tiada pilihan lain.”

Orang yang takut dan bertanggungjawab terhadap tugas memimpin itu, barulah dia akan melakukannya dengan penuh jujur dan bertanggungjawab. Sedangkan pemimpin yang ghairah sangat dengan kuasa, biasanya tidak mempunyai persiapan iiwa dan fikiran yang cukup untuk memerintah. Sebab itu mereka buat macam-macam kesilapan dan gagal. Sudahlah begitu, atas kegagalannya itu, orang lain atau musuh pula yang dipersalahkan.

9.  Pemimpin yang dijanjikan sangat dicintai oleh rakyat. Mereka ditaati sepenuh hati. Di belakang mereka, rakyat tidak belot bahkan sangat menjaga nama dan perasaan mereka. Sebab itu rancangan pemerintahan mereka berjaya. Tetapi sebab itu pulalah maka musuhnya terlalu benci hingga tidak dapat menyembunyikan perasaan. Mereka terus bertindak liar. Maka senanglah bagi wakil Allah ini mengesan dan mengenali musuh serta lawannya. Sebab itu dia selalu mendahului dan dapat memperdayakan musuh, sebelum musuh merosakkannya. Dan kerana itulah dia beroleh pelepasan dalam perjuangannya. Sedangkan pemimpin yang tidak dijanjikan tidak dapat keistimewaan ‘terlalu disayangi dan terlalu dibenci’ ini.

10.  Pemimpin yang dijanjikan bukan saja dapat selamatkan orang Islam, malah di bawah kepimpinannya, orang bukan Islam pun selamat di dunia (walaupun tidak di Akhirat). Sebab orang yang bukan Islam pun, yakni yang tidak bermusuh, dilayan dengan baik. Bahkan ramai yang masuk Islam di tangan pemimpin yang dijanjikan. Golongan zimmi akan taat dengan hati, kerana sukakan keadilan dan kebenaran hakiki, bukannya kerana terpaksa. Sebab itu pemimpin yang dijanjikan dapat menegakkan keadilan dengan selamat. Sedangkan pemimpin yang tidak dijanjikan tidak mampu menawan hati orang bukan Islam, hingga kelompok itu sentiasa jadi masalah atau dianggap masalah.

Demikianlah hujah-hujah saya untuk membezakan antara pemimpin kebenaran yang dijanjikan dengan yang tidak. Sekaligus membuktikan mengapa pemimpin yang Allah janjikan dapat menegakkan keadilan dan kebenaran. Sedangkan pemimpin yang Allah tidak janjikan, tidak mampu berlaku adil pada diri dan masyarakat.

Di sepanjang umur dunia, pemimpin yang Allah janjikan sedikit sekali bilangannya dibandingkan dengan pemimpin yang tidak dijanjikan. Sebab itulah kita dapati dalam sejarah, jarang-jarang terjadi pemerintah tidak dapat melakukan keadilan walaupun melaungkan keadilan dan kebenaran.

Ini adalah hakikat sejarah. Kita tidak boleh berkecil hati atau menyoal Allah, mengapa pemimpin yang dijanjikan hanya sekali-sekala muncul. Itu pun tidak panjang masanya. Apa yang mesti kita faham dengan yakin, bahawa pemimpin yang dijanjikan saja yang dapat menegakkan keadilan dalam

sistem pemerintahan Islam yang tulen dan syumul di peringkat masing-masing (jemaah, negara dan ummah). Itulah ketentuan Allah. Selain mereka, walaupun mengambil kaedah yang sama, namun kerana tidak mampu melawan nafsu dan menghadapi risiko, mereka mudah buntu fikiran serta tidak pandai menghadapi rintangan dan mereka gagal.

Ini bukti sejarah. Mana ada pemimpin-pemimpin selain yang ditunjuk oleh wahyu atau Hadis atau ilham itu yang dapat menegakkan keadilan dalam kepimpinan? Manakala mereka yang dijanjikan itu pun kalau ia bertaraf toifah, maka hanya setakat itulah kemampuannya untuk berlaku adil dan menegakkan kebenaran. Mereka tidak akan boleh buat lebih jauh dari itu. Kalau cuba juga, mereka akan gagal. Demikianlah kalau dia dijanjikan bertaraf negara, maka setakat negaralah kemampuannya. Dia tidak boleh mencapai lebih jauh dari itu.

Umat Islam perlu arif tentang kenyataan dan hakikat ini supaya kita dapat menilai di zaman mana kita berada. Apakah di zaman yang dijanjikan atau tidak. Kalau kita hidup di zaman yang tidak dijadualkan, kita buatlah sesuai dengan zaman itu. Sedarlah bahawa pemimpin yang ada itu tidak dijanjikan, maka bersabarlah dengan segala kelemahan yang berlaku. Sebab kita tiada alternatif lain. Kalau kita naikkan pemimpin lain pun, walaupun diri kita sendiri, akan jadi lebih kurang saja keadaannya atau lebih buruk lagi.

Pemimpin wajib ada. tidak boleh berlaku kekosongan pemimpin dalam masyarakat. Kerana adanya pemerintah itu hukumnya fardhu kifayah. Tetapi kita jangan mengharap dan merancang terlalu tinggi dan hebat. Kerana kemampuan seseorang pemimpin yang tidak dijanjikan tidak akan sampai tertegak masyarakat yang benar-benar adil, aman, makmur dan mendapat keampunan Allah.

Namun sekiranya kita hidup di zaman yang dijanjikan, yang mana ada Jadual Allah untuk zaman itu, bersyukurlah kita. Ini kerana kita berpeluang merasai hidup dalam keadilan dan kebenaran sama ada di peringkat toifah. daulah atau ummah. Wajib kita mencari pemimpin yang dimaksudkan. Wajib kita berada dalam toifah (jemaah) atau daulah atau ummah yang dipimpinnya.

Suka saya nyatakan di sini bahawa kita sekarang sedang berada di awal kurun. Bermakna, ini adalah zaman atau masa yang ada Jadual Allah, iaitu masa lahirnya mujaddid. Ertinya, mujaddid kurun ke-15 Hijrah. Sudah hampir 27 tahun awal kurun ke-15 ini berlalu. Sekarang kita berada di awal tahun 1428 Hijrah. Mujaddid itu tentu sudah lahir atau sedang bekerja.

Lihat, kebangkitan Islam yang melanda dunia sejak awal kurun ke-15 ini tentu ditaja oleh seorang mujaddid. Melihatkan sifat kebangkitan ini, ia mempunyai potensi untuk sampai ke peringkat daulah dan ummah Islamiah. Ya, jangan-jangan kurun ini ialah kurun yang dimaksudkan lahirnya mujaddid dua sejoli yakni Putera Bani Tamim dan Imam Mahdi.
Sabda Rasulullah:

Maksudnya: Daripada Ibnu Umar r.a. bahawasanya Nabi SAW sewaktu memegang tangan Sayidina Ali k.w., baginda berkata: “Akan keluar dari sulbi ini seorang pemuda (pemimpin) yang memenuhkan bumi ini dengan keadilan dan saksama, maka apabila kamu ingin melihatnya, maka wajibkah kamu bersama dengan pemuda At Tamimi (Putera Bani Tamim), sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan dialah pemegang panji-panji Al Mahdi.” (Riwayat At Tabrani)

Sabdanya lagi yang bermaksud:

Daripada Abdullah bin Al Haris bin Juz Az Zubaidi dia menyebut, sabda Rasulullah SAW: “Akan keluar manusia dan sebelah limur (Bani iamim), mereka menyediakan tapak pemerintahan untuk Al Mahdi.” (Riwayat Ibnu Majah dan Al Baihaqi)

Kalau benarlah, alangkah bertuahnya kita hidup di awal kurun. Bahkan kurun istimewa kelahiran mujaddid besar yang gelanggang keadilan yang dibawanya ialah daulah Islamiah dan ummah Islamiah. Inilah zaman kebangkitan Islam kali kedua dari Timur, dijanjikan untuk Putera Bani Tamim dan Imam Mahdi.

Saya yakin, inilah zamannya. Sebab sifat zaman ini berlainan sekali dari sebelumnya. Kebangkitan Islam ini mengembang-ngembang, tanpa boleh ditahan-tahan dan dibendung. Lagi dibendung, lagi merebak. Komunis jatuh di zaman ini, Amerika juga sedang tenat. Lagi petanda dunia akan bertukar tangan.

Saya suka mencadangkan, kita carilah pemimpin yang ada ciri-ciri tersebut sepertimana tersebut di dalam Hadis mengenai Putera Bani Tamim. Begitu juga tentang Imam Mahdi. Ciri besar yang mengesahkan seseorang itu adalah Putera Bani Tamim dan Imam Mahdi ialah Putera Bani Tamim dapat daulah Islamiah di sebelah Timur, yang kemudiannya akan diserahkan kepada Imam Mahdi.

Kita tunggulah kalau-kalau ada seorang pemimpin Islam yang dapat menegakkan daulah Islamiah secara adil dan benar, mirip kepada kerajaan salafussoleh, maka itulah dia Putera Bani Tamim. Dan kepada siapa kemudiannya daulah itu diserahkan untuk dibawa ke taraf ummah, maka dia itulah Imam Mahdi.

Pemimpin selain Putera Bani Tamim dan Imam Mahdi, kerana mereka tidak dijanjikan di zaman ini, tentu tidak boleh menegakkan keadilan dan kebenaran Islam hakiki. Tidak salah mereka berusaha ke arah itu, tetapi mereka tidak akan berjaya. Dan jangan pula kita rebut-rebutkan jawatan pemimpin ini. Ia adalah ketentuan Allah. Kalau kita rebut pun, ke-

mudian mendapatnya, kita juga yang akan rosak. Kita buatlah ikut kemampuan dan keikhlasan kita. Moga-moga ada ganjaran dari Allah. Namun kita mesti sedar sifat diri sebagai orang yang tidak dijanjikan. Kelemahan kita bukan kerana salah orang lain, tetapi kerana kita bukan orangnya.