Bab 5 : Pemerintahan Yang Baik, Yang Lemah dan Yang Cacat

SETIAP orang di kalangan umat Islam wajib mempunyai pemimpin. Kerana pemimpinlah yang akan menyelamatkan hidupnya dunia dan Akhirat. Oleh itu mencari dan menentukan pemimpin untuk diikut dan ditaati, adalah kewajipan setiap umat Islam.

Bukan semua orang boleh jadi pemimpin. Ada pemimpin yang rasmi tetapi sebenamya dia bukan seorang pemimpin. Ada juga orang yang tidak menjadi pemimpin yang rasmi tetapi dialah yang sepatutnya menjadi pemimpin. Untuk mengenali pemimpin yang baik dan tidak, Islam ada memberi garis panduan umum pada kita. Saya akan cuba menyatakan ha1 ini supaya saudara pembaca dapat dipandu untuk menentukan siapakah pemerintah atau pemimpin anda yang sepatutnya.

Dalam Islam, kepimpinan boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu:

1.            Pemimpin yang baik.

2.            Pemimpin yang lemah.

3.            Pemimpin yang cacat (rosak).

A. Pemimpin Yang Baik

Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang ada padanya empat kekuatan iaitu kekuatan jiwa, kekuatan akal (ada minda), kekuatan perasaan dan kekuatan fizikal. Dengan syarat kempat-empat juzuk ini ditunjangi pula oleh iman dan taqwa;

Kuat Jiwa

Seorang pemimpin memerlukan kekuatan jiwa kerana pemimpin perlu pada sifat-sifat tabah, redha, berani, tahan, uji, yakin dengan diri, tegas, optimis, sungguh-sungguh, lapang dada, kasih sayang dan serius dalam tugasnya.

Sifat-sifat ini semuanya sangat penting untuk memikul beban kepimpinan yang pasti ditempuh oleh seorang pemimpin. Tanpa sifat-sifat ini, pemimpin tidak akan mampu menyelesaikan masalah dan persoalan yang timbul sama ada di kalangan manusia atau di dalam urusan pembangunan material. Misalnya apabila ada anak buah atau pengikut atau rakyat membuat masalah atau kekacauan atau menghalang perjalanan perjuangan, pemimpin yang tidak tegas akan teragak-agak atau tidak tergamak untuk bertindak dan menghukum orang tersebut. Rasa kasihan, tidak sampai hati dan lain-lain, membuatkan dia rela ‘dedalu’ itu terus menjahanamkan pokok. Yang mana hasilnya, masalah yang berbangkit terbiar untuk mengeruhkan suasana negara atau masyarakat atau jemaahnya. Kalau negara atau masyarakat atau jemaah ditimpa ujian sama ada dari dalam atau luar, pemimpin yang tidak kuat jiwa akan mudah melatah, panik dan ketakutan atau bertindak melulu. Semangat untuk meneruskan perjuangan mungkin patah. Tindakan yang terburu-buru atau tergopoh-gapah mungkin dibuat, yang memungkinkan tersilap langkah. Pengikut yang melihatkan ha1 ini akan turut cemas dan sekaligus lemah semangat juang mereka.

Pemimpin yang tidak kuat jiwa bila tercabar atau terancam, biasanya tidak akan tahan menerimanya, lalu akan terus menjawab dan bertindak. Dia mencabar orang lain, boleh. Tapi jangan dia dicabar. Pasti dia tidak akan tahan. Yang biasanya membawa akibat buruk kepada diri dan pengikutnya sendiri. Kadang-kadang musuh sengaja memancing supaya dia meracau-racau agar di situ musuh akan nampak kelemahannya bila dia bertindak dengan menempelak, mempermain-mainkan dan menjatuhkan lawannya.

Pemimpin yang tidak kuat jiwa biasanya merelakan rakyat bersikap lembab, malas dan main-main terhadap aktiviti pembangunan. Yang penting pada mereka rakyat sokong mereka. Kesungguhan untuk menggiatkan anak buah agar lebih aktif dan berdisiplin tidak ada, maka akhimya negara atau jemaah tidak membangun, rakyat mundur dan tidak berakhlak serta banyak masalah yang tidak selesai.

Kuat Mental

Kekuatan mental sangat penting bagi seorang pemimpin. Ia umpama lampu penyuluh perjalanan hidup rakyat atau pengikut dan negara atau jemaah. Tanpanya, rakyat atau pengikut sesebuah negara atau jemaah seolah-olah berada dalam kegelapan. Bila pemimpin lemah fikirannya, dia akan kekurangan idea yang baik dan tepat untuk bertindak, merancang dan menyelesaikan masalah. Dia tidak ada minda sendiri, cuma meminjam-minjam minda orang lain. Dia mudah buntu dalam kepimpinannya. Bila tercabar atau terancam tidak tahu bagaimana untuk melepaskan diri atau bertindak balas; Kadang-kadang kerana tidak cerdik, perkara tidak baik dikatanya baik atau sebaliknya. Keadaan merbahaya dibiarkannya. Tipuan dan umpan musuh termakan olehnya.

Maka akan terjadi masalah masyarakat dan negara atau jemaah oleh pemimpin yang tidak cerdik, tidak kreatif, tidak ada idea dan tidak strategik ini. Manakala bagi pemimpin yang mempunyai akal yang tajam, dia dapat membaca sebabsebab timbulnya satu masalah dengan tepat dan pandai mencari penyelesaian yang konkrit. Dia nampak kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku terhadap sesuatu tindakan yang orang lain tidak nampak. Hal-ha1 yang tersirat dapat dibaca dan difahaminya. Tipuan musuh dapat dikesan dan dia mempunyai daya tindak balas yang lebih bijak dan tajam. Rancangannya tepat, strateginya mengena. Mindanya mampu menjayakan program pembangunan insan dan material dalam masyarakat dan negara atau jemaahnya. Kerana dia tidak bersandar atau mengutip minda orang lain tetapi mem-punyai pandangan sendiri yang sesuai, tepat dengan per-soalan dan keadaan semasa di zamannya.

Kuat Perasaan

Kekuatan perasaan juga penting sekali bagi seorang pemimpin. Yakni kekuatan untuk menimbang-nimbang kepenting an dan masalah orang lain. Kekuatan untuk bertimbang rasa, berlemah-lembut dan berkasih sayang dengan manusia. Ke-kuatan untuk menangkap hal-ha1 di sebalik hati manusia dan tahu bagaimana menghibur mereka. Pemimpin yang tidak ada’ semua ini adalah pemimpin yang akan kasar, bengis dan kejam dengan manusia. Pengikut taat kepadanya dalam keadaan terpaksa dan takut. Yang lama-kelamaan pengikut akan jemu dan akan meninggalkannya. Dia kurang berhalus dalam menyelesaikan masalah. Dia tidak sensitif dengan ragam manusia. Memujuk, menjaga hati, ambil hati, menghibur dan lain-lain yang perlu untuk menawan hati manusia tidak ada dalam kamus tindakannya. Keadaan kepimpinannya akan tegang, serius dan formal sekali. Tolak-ansur, berlapang dada dan memaafkan pengikut yang bersalah atau lemah jarang berlaku. Dia banyak merempuh dan memecahkan ukhuwah. Akhirnya kepimpinannya tidak membawa hasil yang sebaik-baiknya.

Manakala pemimpin yang ada kekuatan perasaan akan berhalus buat pertimbangan dan tindakannya dengan manusia. Dia ditaati dengan kasih sayang. Dia dipuja oleh pengikut kerana pandai melayan dan menghibur hati pengikut dengan tidak mengorbankan prinsip dan identiti. Dia tegas tapi tidak keras. Dia bersungguh-sungguh tapi tidak merempuh. Dia lembut, pengasih dan pemaaf tetapi tidak lembab, lemah dan cuai. Dia sabar tapi tidak membiar anak buahnya. Pemimpin begini adalah pemimpin di hati rakyat bukan dimata rakyat. Dia diterima kerana akhlaknya bukan sahaja kerana bijak dan beraninya. Dia walaupun sudah pencen atau mati tetap diterima kepimpinannya dan akan dikenang serta disanjung. Sedangkan pemimpin yang tidak halus akhlaknya, belum pencen lagi orang sudah berharap agar dia letak jawatan. Bila tua atau mati, terus dilupakan orang. Maqamnya tak diziarahi orang.

Kuat Fizikal

Kekuatan fizikal bagi seorang pemimpin termasuk suatu hal yang penting. Kalau pemimpin tidak aktif, selalu tidak sihat, tidak lincah dan tidak hadir program, kepimpinannya jadi jumud dan kaku. Sebab itu para rasul yang ditugaskan untuk pimpin umat, semuanya diberi fizikal yang kuat. Hingga mereka sanggup untuk mengembara dan pindah-randah dari satu tempat ke tempat lain melintasi padang pasir, gunung-ganang, gaung dan hutan belantara. Cuma dengan berjalan kaki atau mengenderai kenderaan sahaja. Di samping mereka adalah makhluk ALLAH yang diberi akal yang tajam, jiwa yang kebal dan perasaan yang halus dan tinggi. Yang orang biasa atau pemimpin biasa tidak ada yang dikurniakan semua ini melainkan kalau diusahakan. Itupun tidak boleh menandingi Rasul.

Pemimpin yang sempurna dengan kekuatan-kekuatan yang tersebut tadi, yang ditunjang oleh taqwa dan iman, itulah pemimpin yang akan berjaya dalam kepimpinannya. Berjaya dalam ertikata dapat memimpin dan mendidik umat untuk memperolehi hasil yang tepat dan baik, iaitu mentaati ALLAH dan Rasul. Sekalipun tidak ramai orang yang dipimpinnya, tetapi pimpinan itu benar dan tepat. Sedangkan kalau ramai pengikut tetapi hasilnya tidak tepat dan benar, maka pengikut yang ramai itu macam buih di lautan sahaja. Dan pemimpin itu dikira gagal. Kerana mendapat ramai pengikut yang tidak berkualiti. Pengikut yang sudah diberi subsidi pun masih tidak boleh membangun.

 Sepertilah pengembala binatang yang boleh kawal binatang ternaknya dengan baik. Seekor pun binatangnya itu tidak makan tanaman orang atau tidak hilang ditangkap serigala. Dia dikira berjaya walaupun binatang gembalaannya tidak banyak. Sebaliknya kalau banyak pun binatang ternaknya itu, tetapi kurus-kurus fizikalnya, berpenyakit, liar-liar, selalu mati ditangkap serigala, suka makan tanaman orang lain dan lain-lain lagi, bermakna pengembala itu gagal.

Para pemimpin di dunia hari ini umumnya tidak dapat mencipta kejayaan yang memuaskan dalam kepimpinan mereka. Sekalipun dia seorang yang ada keempat-empat kekuatan yang tersebut. Namun kerana kekuatan itu tidak ditunjangi oleh ilmu wahyu, iman dan taqwa, maka kekuatan tadi tidak mencapai kesuburan yang maksimum. Umpama pokok dari benih yang baik tetapi kerana kurang dapat baja yang baik, kesuburan dan hasil yang diberi tidaklah boleh dikatakan berjaya.

Ilmunya cuma di sekitar hal-ha1 yang terjangkau oleh otak sahaja. Rahsia tersirat di sebalik hati manusia yang dipimpin, kemungkinan masa depan tindakannya serta kesan kepada alam ghaib tidak diambil kira. Ilmunya tumpul dan cetek. Kekuatan jiwanya tidak sampailah kepada kemerdekaan yang hakiki kerana ia berpaut pada kepentingan dunia. Tidak pada ALLAH yang Maha Tinggi. Demikian kehalusan hatinya tidak sampai kepada seagung-agung akhlak kerana nafsunya tidak berjaya diperangi habis-habisan.

Dengan itu kejayaan pemimpin yang ada keempat-empat kekuatan tetapi tidak bertaqwa, mungkin sebanyak 10% sahaja dibandingkan dengan kejayaan pemimpin yang bertaqwa yang ada padanya keempat-empat kekuatan asas itu.

Keistimewaan lain yang diperolehi oleh pemimpin yang bertaqwa ialah:

1. Ia diberi ilmu yang tidak ada dalam kitab atau dalam pengalaman atau pada guru. Ia diajar secara langsung oleh ALLAH, Maha Guru bagi segala guru-guru, yang ilmuNya bagaikan lautan. Ilmu itu diajar melalui perantara hati, bukan akal lagi. Jadi hati orang ini bercahaya-cahaya, boleh menyuluh kehidupan yang nyata dan ghaib dengan terang sekali. Ia nampak perkara-perkara yang tidak dapat dilihat oleh mata dan otak. Ini berdasarkan firman ALLAH:

Bertaqwalah kepada ALLAH, nescaya ALLAH akan mengajur kamu. (Al Baqarah: 282)

Firman-Nya dalam Hadis Qudsi:

Takutilah firasat orang Mukmin kerana mereka meman-dang dengan cahaya ALLAH. (Riwayat At Termizi)

Di dalam satu Hadis lagi:

Barangsiapa beramal dengan ilmu yang ia tahu, ALLAH akan pusakakan kepadanya ilmu yang dia tidak tahu.

(Dikeluarkan oleh Abu Nuaim)

2. Dilepaskan dari masalah -dan mendapat rezeki dari sumber yang tidak diduga. Pemimpin sangat memerlukan bantuan di waktu 1001 masalah rakyat mendatanginya. Tanpa bantuan ALLAH umumnya pemimpin tidak mampu untuk selesaikan masalah, bahkan makin dicuba makin banyak masalah. Seorang tuan punya kereta kalau tidak dibantu oleh tukang kereta dalam membaiki kerosakan kereta, tetapi mahu membaiki sendiri, nescaya kereta itu akan lebih rosak lagi.

Contohnya masalah AIDS yang sedang mencabar dunia hari ini. Kerana tidak dirujuk pada ajaran ALLAH dan pertolongan-Nya, penyelesaian yang dibuat, membawa kepada tumbuhnya berbagai masalah lagi. Mungkin AIDS dapat di-atasi tetapi zina terus juga berlaku dengan pemakaian kondom misalnya. Hakikatnya, masalah tak juga selesai kerana zina itu adalah penyakit sosial yang sangat dahsyat. Sedangkan kalau masalah ini dirujuk kepada ALLAH, ALLAH sendiri yang akan buka jalan-jalan keluar dari masalah tersebut:

Di samping itu dengan taqwa, ada rezeki dari sumber yang tidak terduga. Sebab itu orang bertaqwa boleh selesaikan masalah ekonomi dan lain-lain, kerana untuk mereka ada jalan-jalan kemasukan rezeki yang luar biasa melalui usaha-usahanya. Hal ini dapat disaksikan dengan ketara dalam realiti kehidupan orang-orang bertaqwa. Ianya logik tetapi bukan logik mengikut ukuran otak biasa. Kerana otak biasa hanya mampu menangkap logik-logik lahiriah dalam kehidupan biasa sahaja. Pada otak, tidak logik kalau dikatakan syaitan itu akan terseksa dalam api Neraka. Sebab ia dicipta dari api. Api dengan api mana sakit. Tetapi mengapa manusia yang dibuat dari tanah rasa sakit kalau dibaling dengan tanah. Tanah dengan tanah boleh sakit?

Hadirnya pemimpin yang baik ke dunia benar-benar mem-bawa kebahagiaan pada seluruh manusia. Bagaikan adanya seorang ayah dalam sebuah keluarga. Pemimpin beginilah yang Islam memerintahkan umatnya wajib taat. Dia tidak boleh ditukar ganti. Kepimpinannya seumur hidup. Selagi tidak ada uzur syar’i seperti sakit, dia tidak boleh mengundurkan dirinya dari memimpin.

Hal inilah yang dipraktikkan oleh Rasulullah dan Khulafa’ ur Rasyidin, yang memerintah seumur hidup dengan mendapat ketaatan total dari rakyat. Kejayaan kepimpinan mereka begitu menonjol sekali kerana dapat melahirkan baris-an pemimpin bawahan yang bersifat sejagat, hingga dari sana dapat melahirkan empayar Islam di sebahagian besar dunia.

B. Pemimpin Yang Lemah

Kalau pemimpin yang baik dan berjaya itu ialah pemimpin yang bertaqwa yang mempunyai empat kekuatan, maka pemimpin yang lemah itu ialah kerana salah satu atau lebih dari empat kekuatan itu tidak ada padanya. Sama ada jiwanya tidak cukup kuat, akalnya tidak cukup tajam, perasaannya tidak cukup halus atau fizikalnya tidak cukup sihat. Boleh jadi juga lebih dari satu anggota itu yang lemah.

Tetapi kelemahan pimpinan akan begitu menonjol kalau pemimpin itu lemah fikiran, sekalipun dia orang baik dan bertaqwa. Dia tidak menindas, tidak menzalim, tidak menyalahgunakan kuasa dan tidak mencari kepentingan diri dalam tugas sucinya itu. Tetapi kelemahan adalah berpunca dari lemah akalnya.

Pemimpin yang lemah akal tidak ada minda dan idea. Tidak juga kreatif dan strategik. Akibatnya, bila negara kurang maju dan tidak dapat memajukannya, dia tidak tahu bagaimana caranya untuk mencipta kemajuan. Tidak tahu juga bagaimana untuk mengawal kemajuan yang sedia ada. Masalah tidak dapat dilihat sebagai masalah dan kalau tahu pun masalah, tidak tahu juga menyelesaikannya. Rakyat atau pengikutnya yang tidak terdidik, yang membuat macam-macam masalah, tidak pula pandai hendak dibentuk agar terdidik dan tidak buat masalah. Pembangunan insan di kalangan rakyat tidak berlaku dengan sempurna. Maka macam-macam kejahatan dan masalah akan berlaku. Hasilnya di bawah kepimpinan yang lemah fikiran ini negara tidak maju. Rakyat terbiar. Bila-bila masa sahaja musuh dapat main-, mainkan dan menjatuhkannya.

Sebaliknya, seorang pemimpin yang tajam akalnya akan mempunyai macam-macam idea untuk kemajuan negara dan rakyat. Pandai pula dia menyampaikan ideanya kepada rakyat untuk difahami dan dilaksanakan. Tahu pula memimpin dan menunjuk ajar hingga terlaksananya perancangan teori dan) mindanya itu. K a1au ada masalah, nampak pula olehnya bagaimana cara penyelesaiannya. Rakyat yang bermasalah dapat dihadapi dan diatasi masalah mereka dengan baik. Tipu helah musuh dapat dikesan untuk diberi pukulan balas yang tepat mengena dan membawa maut. Demikianlah peranan akal. Umpama lampu penyuluh yang baik. Yang kalau kuat taqwanya akan lebih terang-benderanglah ia menerangi negara dan masyarakat atau jemaahnya.

Namun tanpa kekuatan jiwa, fikiran yang kuat tidak mem-buahkan apa-apa. Hanya tinggal teori-teori dan idea serta perancangan yang berbagai-bagai tetapi tidak terlaksana. Sebab untuk melaksanakan minda dan perancangan, seorang pemimpin mesti dibantu oleh jiwa yang kuat, bercita-cita, berani, yakin dengan diri, tahan uji, sanggup berkorban apa saja dan lain-lain lagi. Mungkin ideanya sampai bertimbun-timbun dalam berbagai-bagai risalah, buku-buku dan kitab-kitab namun ia terus tersembunyi dalam biliknya. Tidak , berani turun gelanggang ke tengah masyarakat kerana takut pada risiko, cemas atas kemungkinan-kemungkinan tidak baik, tidak berani memecah tradisi, tidak sanggup melawan arus dan macam-macam ha1 lagi.

Akhirnya teori tinggal teori selama-lamanya. Tidak ada praktikalnya. Benih yang baik tidak ditanam, maka tidak akan berbuahlah ia. Pemimpin begini biasanya hanya mampu jadi pemimpin kertas kerja, pemimpin seminar, pemimpin simposium, pemimpin forum dan lain-lain lagi. Mukanya selalu ditonjolkan di kaca tv sebagai tokoh. Tetapi tidak boleh bawa pengikut turun gelanggang. Mereka berangan-angan dengan teori ilmiahnya itu. Bukan sahaja kemajuan tidak berlaku bahkan dia kian tertinggal dan dilupakan orang. Bukan sahaja tidak mampu mengajak rakyat atau pengikut hidupkan pertanian di tanah terbiar, pertanian di tanah subur yang sudah diproses pun terbiar. Bukan sahaja tidak boleh bangunkan faktor, kalau sudah ada faktor yang dibuat cara kecil-kecilan itu pun tidak boleh tolong edarkan barang keluarannya.

Inilah negara atau jemaah intelek yang merempat namanya. Menyandar nasib pada orang lain. Keperluan asas pun disediakan oleh musuh. Kalau ada pun yang senang, hanya individu pemimpin itu. Bagaimana negara atau jemaah hendak berdikari, maju, membangun dan menakluki negara lain?

Sebaliknya kalau jiwa sahaja kuat, otak lemah, jadilah pemimpin bagaikan lembu menanduk tembok. Hebat keberaniannya tetapi apa faedahnya meruntuhkan tembok? Silap-silap, tanduk yang patah. Itulah keberanian melulu namanya. Keberanian, cita-cita dan keyakinan yang tidak dirancang, tidak bijak, tidak berdisiplin dan semberono. Pemimpin begini lebih banyak buat masalah daripada buat kebajikan. Negara atau jemaah dan rakyat atau pengikut jadi susah dibuatnya.

Demikianlah seterusnya kalau pemimpin cuma ada kekuatan perasaan dan kekuatan fikiran saja, pun lemah juga ke-pimpinannya. Dan kalau ada kekuatan jiwa dan perasaan sahaja, pun lemah juga bentuk kepimpinannya. Sekurang kurangnya pemimpin itu mesti ada kekuatan fikiran dan jiwa, kalaupun tidak boleh ada semuanya. Tetapi selain dari itu, pemimpin itu dikira lemah. Pemimpin yang lemah ini hakikatnya bukan pemimpin. Kalau mereka bertaraf ulama, mereka ialah ulama berwatak abid, bukan berwatak pejuang dan pemimpin.

Sebaiknya pemimpin yang lemah ini kalau payah sangat untuk diusaha baiki kepimpinannya, eloklah dia mengundur diri dari tugasnya secara sukarela. Dia akan disanjung kerana keikhlasannya mencari pengganti yang lebih kuat dan mampu. Atau kalau pemimpin tersebut tidak sedar kelemahannya, rakyat mesti peka dan nasihatkan pemimpin dengan penuh hormat takzim agar mengganti pemimpin dengan yang lebih kuat, layak dan mampu. Kepentingan negara atau jemaah dan rakyat atau pengikut lebih utama dari kepentingan peribadi, Semua pihak mesti merasa bertanggungjawab terhadap nasib negara, bangsa, agama dan masyarakat. Berdosa hukumnya membiarkan negara lemah dan mundur tanpa berusaha mengatasinya.

 C. Pemimpin Yang Cacat (Rosak)

Kepimpinan yang cacat (rosak) menurut pandangan Islam bermula dari peribadi pemerintah yang jahat. Mereka tidak beriman dan bertaqwa atau lemah imannya kerana sangat cuai mengusahakannya. Akibatnya, akhlak mereka buruk sekali. Mereka sombong, takabur dan angkuh dengan rakyat atau pada pengikutnya, bakhil dan tamak dengan harta, kasar dan pemarah, hasad dengki dan pendendam dan lain-lain perangai buruk dan jahat.

Hidup mereka bukan berjuang untuk pembangunan negara dan rakyat atau jemaahnya. Tetapi hidup berfoya-foya, bermewah-mewah dan membazir wang negara. Rakyat yang

tidak sebulu ditindas dan dizalimi. Mereka telah menyalah-gunakan kuasa dengan sewenang-wenangnya. Lagi cerdik mereka ini, lagi hebat kejahatan yang dilakukan. Lagi kuat jiwanya, lagi biadab mereka dengan ALLAH dan zalim terhadap rakyat dan harta negara.

Demikianlah bagi pemerintahan yang tidak beriman dan tidak bertaqwa serta jahil dengan ajaran Al Quran dan Sunnah. Negara atau jemaah dalam pimpinan mereka akan hidup segan, mati tidak mahu. Rakyat hidup tanpa pimpinan, terbiar dan hidup tidak menentu tujuannya. Jauh sekali daripada menjadi manusia-manusia soleh yang dikehendaki oleh Islam. Mungkin sedikit sebanyak ada kemajuan dan pembangunan lahiriah tetapi rakyat atau pengikutnya hidup* dengan memburu dunia lebih dari Akhirat.

Biasanya, bila pemerintah sudah kejam, zalim dan berfoya-foya lama-kelamaan beriakulah huru-hara dalam negara. Sesama pemerintah saling bersengketa kerana rebutkan harta kekayaan. Rakyat yang cerdik sudah berharap-harap agar diganti saja pemerintah yang ada. Para pengampu dan penjilat akan menghasut pemerintah bertindak terhadap penentang-penentangnya. Dengan harapan mereka mendapat upah dan keistimewaan hidup di sisi tuannya. Maka dipuja dan dipujilah pemerintah yang sudah rosak itu. Akibatnya kegelisahan dan ketegangan hidup terasa di mana-mana dalam negara. Waktu ini biasanya macam-macam bala bencana berlaku dalam negara untuk membuatkan setiap hati merasa-kan sesuatu perubahan dalam pemerintahan mesti berlaku. Kerana pemerintahan yang ada sudah hilang wibawa dan keberkatannya.

Dalam pandangan Islam, pemerintah begini patut di-nasihati oleh ulama-ulama agar mereka insaf, bertaubat dan segera mengubah sikap. Sekiranya pemerintah atau pemimpin tidak mengubah sikap mereka wajib pilih orang lain yang lebih baik, yang lebih bertaqwa untuk mengendalikan urusan memerintah negara. Supaya negara dan rakyat, jemaah dan pengikut selamat dan mereka pun selamat. Tetapi kiranya mereka berdegil dan para ulama pula mengampu, biasanya mereka akan jatuh juga dalam keadaan terhina. Sama ada oleh bencana-bencana yang ALLAH timpakan hingga mereka hilang lenyap dari muka bumi ALLAH ini.

Lihatlah firman ALLAH dalam surah Al An’ am:

Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyaknya generasi-generasi yang telah KAMI binasakan sebelum mereka. Padahal (generasi itu) telah KAMl teguhkan kedudukan mereka di muka bumi iaitu keteguhan yang belum pernah KAMI berikan padamu, dan KAMl curahkan hujan yang lebat atas mereka dan KAMl jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka. Kemudian KAMl binasakan mereka kerana dosa mereka sendiri dan KAMl ciptakan seesudah mereka generasi yang lain.(Al An’am: 6)

 Atau mereka ini akan jatuh terhina dengan cara-cara yang lain. Dan ALLAH berkuasa melakukannya.

Leave a comment