PEMERINTAHAN ISLAM yang sebenar, yang menepati ke-hendak-kehendak Al Quran dan Hadis, hanya dapat ditegakkan oleh beberapa orang sahaja dalam sejarah. Itupun berlakunya tidaklah lama, sekitar beberapa tahun sahaja. Memang demikianlah sunnatullah bahawa kebenaran yang tulen itu tidak panjang umurnya. Bak bunga asli, tidak lama kembangnya dan cepat layu. Tetapi bagi bunga plastik, tahan lama.
ALLAH munculkan sesekali pemerintahan contoh supaya manusia dapat buat perbandingan antara pemerintah-pemerintah yang haq dan yang batil. Supaya manusia tahu erti kebatilan dan kebenaran. Supaya manusia akui kelemahannya dan sedar akan kehebatan Tuhannya.
Pemerintahan Islam contoh itu hakikatnya pemerintahan dari ALLAH. ALLAH sendiri campur tangan langsung dalam urusan-urusan pemerintahan tersebut. Mula-mula ALLAH lahirkan wakilNya, yakni seorang manusia, kemudian ALLAH beri ilmuNya. ALLAH tanggung rezekinya, ALLAH jadualkan langkah-langkah perjuangannya, ALLAH tipu musuh-musuhnya, ALLAH jayakan segala-galanya. Hinggalah berakhir dengan satu bentuk kehidupan yang aman, makmur dan mendapat keampunan ALLAH.
Inilah yang berlaku kepada Rasulullah SAW, yang kemudiannya disambung oleh Khulafa’ur Rasyidin – Sayidina Abu Bakar As Siddiq, Sayidina Umar Al Khattab, Sayidina Usman Ibnu Affan dan Sayidina Ali bin Abi Talib. Pemerintahan mereka ini hanya mengambil masa lebih kurang 30 tahun sahaja iaitu di awal-awal tahun hijrah. Hinggalah di tahun 100 hijrah atau awal kurun kedua, lahir pula Khalifah Umar Abdul Aziz, diikuti 100 tahun selepas itu dengan lahirnya Imam Syafi’i sebagai mujaddid kurun kedua dan pemimpin thoifah untuk zamannya. Demikianlah seterusnya 600 tahun kemudian, munculnya Muhammad Al Fateh yang membebaskan Konstantinopel sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah. Tetapi sebelum itu telah lahir Salahuddin Al Ayubi yang menawan kembali Baitul Maqdis. Semua mereka ini membawa pemerintahan contoh bertaraf ummah dan thoifah. Terutamanya Rasulullah SAW, betul-betul mewakili ALLAH untuk memimpin manusia kepada kebenaran. Hingga terbentuklah oleh baginda sebuah masyarakat dan kerajaan kecil Islam, tepat seperti yang ALLAH mahukan. Hakikatnya itulah dia kerajaan yang ALLAH sendiri membentuknya sebagai satu-satunya negara dan masyarakat terbaik untuk dicontohi dan ditiru oleh dunia sepanjang zaman.
Bila Rasulullah wafat dengan erti selesailah tugasnya memimpin dan memerintah umat, Sayidina Abu Bakar menyam-bung kerja-kerja tersebut. Diikuti oleh Sayidina Umar Al Khattab, yang turut meniru kerja-kerja Rasulullah di zaman pemerintahannya. Demikianlah seterusnya hingga kerajaan Islam yang adil dan baik itu tidak dapat ditiru lagi oleh pemerintah-pemerintah selepas Khulafa’ ur Rasyidin itu. Generasi selepas Sayidina Ali tidak cukup kelayakan dan syarat-syarat untuk menegakkan pemerintahan adil. Hingga lah ALLAH lahirkan seorang pemimpin di setiap awai 100 tahun yang bertaraf mujaddid.
Rasulullah SAW bersabda:
ALLAH akan mengutuskan untuk umat ini, setiap awal 100 tahun mereka (mujaddid) yang memperbaharui urusan agama-NYA.
Dengan cara-cara yang sesuai untuk mujaddid itu, ALLAH sendiri mendidik dan menjaganya, memberi rezeki dan ilmu serta kecerdikan dan lain-lain lagi hingga berulanglah satu pemerintahan yang benar-benar adil, di tangan para mujaddid. Mereka dapat menepati kehendak Al Quran dan Sunnah RasulNya di zaman mereka. Sebenarnya apa yang mereka bawa betul-betul pembaharuan yang memeranjatkan orang sezamannya. Sebab apa yang diperjuangkannya tidak terduga dan tidak termampu dilakukan oleh orang lain. Orang lain tidak terfikir pun nak buat apa yang dibuatnya. Kerana mujaddid itu sebenarnya orang yang ALLAH janjikan. Hadis di atas itulah hujah kepada kenyataan ini: Mujaddid adalah orang yang dijanjikan.
Selain mujaddid, belum pernah diceritakan adanya individu yang berjaya menegakkan pemerintahan yang adil. Ramai yang memerintah tetapi tidak adil. Memang mereka . ingin berlaku adil tetapi ternyata tidak mampu. Sebab halangan, ujian dan masalahnya cukup banyak dan besar. Tidak ada yang tahan kecuali orang-orang ALLAH saja.
Saya sebutkan itu bukan bermaksud untuk melemahkan semangat pejuang-pejuang Islam dan yang berjuang menegak-kan Islam. Tidak sekali-kali, kerana memang berjuang itu tuntutan agama. Siapa yang melakukannya sangat besar pahalanya. Terbunuh kerananya, syahid. Saya berkata demi-kian itu, kerana melihatkan pejuang-pejuang Islam di dunia hari ini, cita-cita mereka begitu besar, sedangkan kemampuan dan potensi yang ada kecil sahaja. Mereka bercakap tentang persoalan sejagat dan Islamic Country. Sedangkan diri keluarga dan jemaah atau parti atau harakah sendiri, tidaklah semampu mana pun. Pengikut diajak berangan-angan besar. Sedangkan usaha, pengorbanan, tenaga, perpaduan dan jiwa, lemah sekali. Jadilah pejuang-pejuang Islam itu seperti Mat Jenin. Hingga perjuangan Islam yang dilaung-laungkan dianggap perkara lucu oleh para pemerhati, dengan pendukungnya tidak lagi disegani, kerana jelas tiada wibawa.
Para mujaddid, pemimpin yang ALLAH lantik itu, mereka bukannya meminta kuasa memerintah dan tidak juga merebutnya. Sebab mereka tahu tugas memimpin itu tidak boleh direbut-rebutkan. Bahkan mereka dapat menasihati pemerintah itu pun sudah cukup baik. Dalam keadaan mereka takut dengan kuasa itu, tapi sebaliknya manusia sangat inginkan kepimpinan dari mereka, maka dengan kuasa ALLAH, ALLAH pun serahkan kuasa memerintah itu ke pada mereka. Puncanya, orang ramai tertarik dengan kepimpinan mereka. Lalu mereka pun mendapat ramai pengikut.. Jemaah mereka menjadi begitu berwibawa, kepimpinan mereka sangat dikagumi. Dalam keadaan demikian, walaupun dia tidak meminta kuasa memerintah, namun ALLAH serahkan juga padanya.
Demikian itulah hasilnya pemerintahan yang adil. Tetapi selain itu, pemimpin yang naik melalui demokrasi, umumnya tidak mampu berlaku adil, walaupun keinginannya begitu besar sekali. Sebab itulah saya peringatkan tadi, supaya pejuang-pejuang Islam jangan berangan-angan. Kalau kita rasa kita bukan orang yang dijanjikan ALLAH, rasanya cukuplah kita berjuang secara kecil-keciian sahaja. Baiki diri, keluarga dan masyarakat serta jemaah dengan sungguh-sungguh. Kalau usaha itu berjaya, itu pun sudah cukup besar rasanya. Apa ertinya kita memerintah negara tetapi Islam tidak pun tertegak oleh kita? Orang hilang kepercayaan terhadap kita. Lebih baik kita jadi penasihat kepada pemerintah, itulah yang lebih bijak rasanya.
Hal inilah yang telah dibuat oleh Imam Syafi’i ketika dia ditawarkan memerintah, lalu ditolaknya. Demikian juga Imam Ahmad, menolak tawaran memerintah. Mereka tidak mahu, memerintah tetapi tetap menasihati pemerintah agar berlaku adil. Sebab orang yang bertaqwa itu, amat takut dengan ALLAH dalam urusan memimpin ini. Yang jelas mereka tidak merebutkannya.
Sebab nak berlaku adil dalam pemerintahan bukanlah mudah. Sedangkan pemerintah yang tidak adil, tidak dapat lepas dari Neraka. Dalam pengalaman dunia, hanya beberapa orang sahaja pemerintah yang adil, yakni yang layak untuk ke Syurga. Selain mereka, semuanya ke Neraka. Apakah anda suka kiranya jawatan memerintah itu membukakan pintu Neraka untuk anda? Tidak, bukan? Sebab itu takutlah pada ALLAH kiranya anda dicalonkan untuk jadi pemimpin. Sebab umumnya pemimpin gagal dalam tugasnya. Terlalu sedikit yang berjaya.
Memimpin sebenarnya kerja yang sangat berat dan sulit. Ia tidak munasabah untuk dijadikan rebutan. Kalau ada orang yang lebih boleh berbuat, kita bersyukur sepatutnya. Apakah kita nak berebut untuk panjat pokok kelapa? Tentu tidak, bukan? Kalau adalah orang lain boleh buat, kita rasa lega bukan? Demikianlah menjadi pemimpin yang adil, hakikatnya jauh lebih susah dari kerja memanjat pokok kelapa. Apa pendapat anda?
Berikut saya paparkan satu contoh pemerintahan adil, yang amat sulit dan berat untuk dijayakan. Moga-moga kita dapat menirunya, kalau betul-betul kita mahu memimpin umat ini.
Sayidina Umar Al Kbattab setelah menjadi khalifah
1. Sayidina Umar setelah menjadi khalifah sangat mengambil berat terhadap urusan manusia.
2. Selepas dilantik menjadi khalifah, beliau tidak berupaya tidur di waktu malam. Beliau berkata, “Aku tidak dapat tidur di waktu siang, takut urusan rakyat tidak sesuai. Aku tidak dapat tidur di waktu malam, takut urusanku dengan ALLAH tidak selesai.”
3. Di waktu bersembahyang malam, hatinya tidak dapat me-numpukan kepada sembahyang, kerana fikirannya diganggu oleh urusan manusia, kemudian beliau pun me nangis.
4. Setiap hari selepas sembahyang Subuh, beliau duduk memikirkan urusan manusia serta membahagi-bahagikan rampasan perang (ghanimah) kepada orang-orang yang berhak. Iaitu rampasan perang yang disampaikan kepada-nya oleh ketua-ketua tentera yang menawan negara-negara musuh.
5. Setiap kali beliau menerima harta, beliau sentiasa berfikir kepada siapa hendak diberikan harta itu.
6. Pernah Sayidina Umar duduk di hadapan harta yang ba-nyak dan rampasan perang yang amat besar sekali. Kemudian beliau menyuruh sebahagian Sahabat mengiranya. Selepas itu beliau mengisytiharkan dasarnya terhadap pembahagian harta. Ucapannya kepada orang ramai: “De-’ mi ALLAH, tiada Tuhan melainkan Dia, tiada seorang pun di kalangan manusia melainkan baginya ada hak atas harta itu. Tiada seorang pun yang lebih berhak daripada seorang yang lain, dan saya juga tidak berhak, melainkan saya samalah seperti salah seorang daripada mereka.”
7. Beliau sentiasa bergaul dengan manusia. Ke mana saja beliau pergi, beliau sentiasa membawa tongkat kecil di tangannya. Sesiapa yang bersalah (melakukan kemungkaran dan dosa) dipukul dengan tongkatnya.
8. Sayidina Umar pernah melihat penjual susu menipu di sebuah pasar, lantas beliau memukulnya, kemudian mengugut untuk memenjarakannya. Selepas itu, susu itu dibagi-bagikan kepada fakir miskin dan beliau memberi amaran bahawa sesiapa yang menipu akan diazab dengan azab yang menyakitkan. Kemudian beliau mengingatkan manusia tentang Sabda Rasulullah SAW: Burung siapa menipu, maka bukanlah daripada golongan kami.
9. Waktu siang beliau mengelilingi pasar Madinah untuk memerhatikan keadaan rakyatnya. Di waktu malam beliau berjalan-jalan keluar untuk mengesan keperluan rakyat dan di tangan kanannya ada tongkat.
10. Sayidina Umar pernah melihat ada di kalangan orang-orang yang beribadah di dalam masjid yang tidak bekerja, lantas beliau memukulnya.
11. Sayidina Umar selalu bertanya kepada orang-orang yang ditemuinya di dalam masjid selepas sembahyang tentang usaha-usaha mereka. Jika didapati ada yang tidak mem-punyai usaha, beliau menggalakkannya berniaga atau mendorong memahirkan apa-apa kerja untuknya.
12. Sayidina Umar tidak memberi zakat kepada mualaf kerana beliau berijtihad bahawa Islam telah kuat, berwibawa dan tidak berhajat mengambil hati seseorang.
13. Sayidina Umar sangat keras mendisiplinkan diri dan keluarganya. Beliau dan keluarganya tidak sampai berkenyang-kenyang dan berpakaian berlebih-lebihan.
14. Beliau pernah melihat seekor unta yang gemuk lagi cantik lantas bertanya: “Siapa punya unta ini!” Ada yang men-jawab, “Itu unta Abdullah bin Umar (anak Sayidina Umar)“. Mendengar jawapan itu, beliau mengutuskan seseorang memanggil Abdullah. Setelah Abdullah hadir, Sayidina Umar berkata: “Bertuahlah engkau wahai anak Amirul Mukminin. Unta apa ini!”
Abdullah menjawab: “Aku membeli dengan duitku sendiri. Aku buat berniaga dan aku melakukan apa yang dikehendaki oleh kaum Muslimin.”
Sayidina Umar berkata: “Orang yang melihat akan berkata, jagalah ia kerana ia unta anak Amirul Mukminin. Begitulah menjadikan unta engkau gemuk dan bertambah subur. Keuntungan yang engkau perolehi dari unta Amirul Mukminin! Wahai Abdullah Ibnu Umar, ambillah modal yang engkau gunakan untuk membeli unta ini dulu dan untungnya kau beri kepada Baitul Mal.”
15. Sayidina Umar pernah memanggil anggota keluarganya, kemudian berucap: “Manusia semua melihat kepada kamu sepertimana burung melihat kepada daging. Apabila kamu melakukan sesuatu, mereka melakukan. Jika kamu awas, mereka juga awas. Sesungguhnya demi ALLAH, tidak ada seseorang pun dari kalangan kamu yang melakukan apa yang aku larang manusia melakukannya melainkan aku akan azab dia berganda-ganda kerana kedudukannya sebagai keluargaku.”
16. Seorang Arab Badwi pemah berkata kepadanya: “Ya Umar! Bertaqwalah kepada ALLAH!” Lantas seorang yang ada di dalam majlis itu berkata: “Orang yang semacam engkau hendak berkata kepada Amirul Mukminin bertaqwalah kepada ALLAH?”
Lantas Sayidina Umar berkata, “Biarlah dia berkata, maka tidak ada kebaikan bagi kamu yang tidak mengucapkannya, tidak ada kebaikan kepada kami pula kalau tidak mahu mendengarnya. Biarlah dia ucapkan kepada aku, maka inilah sebaik-baik apa yang diucapkan.”
17. Sayidina Umar pemah mengajak manusia berhimpun di masjid. Kemudian naiklah beliau ke atas mimbar dan ber-pidato:
“Wahai sekalian Muslimin, apa kamu akan katakan kalau aku sudah cenderung dengan dunia, sedangkan kau takut bersalah. Maka tiada seorang pun di kalangan kamu yang sanggup menegah kerana membesarkan aku. Jika aku baik, tolonglah aku. Jika aku bersalah, betulkan aku.”
Kemudian seorang lelaki berkata: “Demi ALLAH, jika kami lihat engkau telah keluar daripada kebenaran, nescaya kami akan kembalikan kamu kepada kebenaran.” Kemudian melompat seorang lelaki yang lain lantas berkata: “Demi ALLAH, ya Amirul Mukminin, jika kami melihat kamu menyeleweng, nescaya kami membetulkan engkau dengan pedang-pedang kami.”
Kemudian Sayidina Umar berkata: “Moga-moga ALLAH merahmati kamu. Segala puji bagi ALLAH yang telah menjadikan ada di kalangan kamu, orang yang akan meluruskan Umar dengan pedang-pedangnya.”
18. Sayidina Umar pernah berucap di atas mimbar: “Wahai manusia, aku akan berdoa, aminkanlah.”
Dia pun mengangkat dua tangan dan berdoa: “Wahai Tuhan, aku ini kasar, lembutkanlah aku untuk orang yang mentaati Engkau bersesuaian dengan kebenaran, kerana menuntut keredhaan-Mu dan Hari Akhirat. Dan berilah aku rezeki akan kekerasan dan ketegasan terhadap musuh-musuh Kamu dan orang-orang yang fasiq dan munafiq dengan tidak menzalimi mereka dan tidak juga memusuhi mereka. Wahai Tuhanku, aku bakhil. Maka jadikanlah aku pemurah dengan tidak membuang-buang harta dan membazir dan tidak riyak dan bermegah. Jadikanlah aku dengan demikian itu, tujuan kerana Zat-Mu dan Negeri Akhirat.
“Jadikanlah aku merendahkan sayap dan diri terhadap orang-orang Mukmin. Ya ALLAH, aku ini telah banyak lalai dan cuai, dan ilhamkan aku untuk mengingatMu di dalam sebarang keadaan. Dan ingatkanlah aku kematian di setiap ketika. Wahai Tuhanku, aku ini lemah beramal untuk mentaatiMu, berilah aku rezeki, kecergasan dan kekuatan ke atasnya dengan niat yang baik dan yang tidak akan berlaku, kecuali dengan kemuliaan dan taufiq-Mu. Wahai Tuhan tetapkan aku dengan keyakinan, kebajikan dan kekuatan. Dan berilah aku khusyuk pada apa saja yang membuat Engkau redha padaku, dan berilah aku rezeki untuk muhasabah diri dan memperbaiki segala niat dan sentiasa awasi terhadap segala yang syubahat. Wahai Tuhan, rezekikanlah aku berfikiran dan mengambil perhatian pada apa saja yang akan diucapkan oleh lidahku dari kitab-Mu dan berilah aku kefahaman dan mengambil berat tentang pengertiannya dan mengkaji rahsia-rahsia dan beramal dengan apa yang tersimpan.”
19. Selepas berdoa beliau berucap: “Wahai manusia, sesungguhnya Arab itu seumpama unta yang lemah dan akan mengikut orang yang menuntunnya, di mana saja dia dituntun. Sesungguhnya demi Tuhan, aku akan bawa kamu di atas ha1 kebenaran.”
Kemudian beliau pun turun dari mimbar dan menulis satu surat kepada petugas-petugasnya, meminta mereka mengambil berat dalam membaiki urusan mentadbir kewangan orang ramai dan bertanggungjawab terhadap keperluan-keperluan manusia. Selepas itu beliau berucap:
“Wahai para gabenor sekalian, sesungguhnya kalau kami lihat harta ini halal bagi kami nescaya kami akan menghalalkan untuk kamu. Apabila tidak halal bagi kami, kami akan larang untuk diri-diri kami, maka hendaklah kamu tegah untuk diri-diri kamu.”
20. Sayidina Umar sangat aktif menghantar tenteranya ke negara-negara lain seperti Iraq dan Syam, tetapi bukan untuk menjajah atau untuk kekayaan dunia. Tetapi beliau melakukan seperti Rasulullah SAW dan Sayidina Abu Bakar lakukan iaitu dengan tujuan: mempertahankan Islam dari serangan musuh, menyebarkan ajaran Islam dan membebaskan manusia dari belenggu kehinaan dan perhambaan sesama manusia (oleh bangsa Parsi dan pemerintahan Rom), dan juga untuk membangunkan masyarakat manusia di atas asas meneguhkan rasa persaudaraan di bawah satu naungan, satu agama, bertoleransi, adil dan memberi kebaikan. Caranya ialah mengajak manusia dengan cara yang bijaksana dan nasihat-nasihat yang baik. Hanya jika mereka memerangi, barulah diperangi balik.
2 1. Sayidina Umar pernah menasihatkan para kadhi (hakim) agar jangan menghukum dengan melihat zahir semata-mata. Beliau mengambil iktibar dari kisah Nabi Yusuf. Sesungguhnya saudara Nabi Yusuf mencampakkannya ke dalam perigi, kemudian mereka balik kepada bapa mereka dengan menangis-nangis.
22. Sayidina Umar sangat mesra dengan Sayidina Ali. Beliau selalu bersahabat dengannya walaupun perbezaan umur di antara keduanya sangat jauh. Persahabatan antara keduanya sangat rapat dan mereka sangat berkasih sayang. Di antara satu sama lain sentiasa mengiktiraf kedudukan masing-masing.
23. Apabila Sayidina Ali sebut namanya di sisi Sayidina Umar, Sayidina Umar akan berkata: “Ali orang yang paling pandai menghukum di kalangan kami.” Apabila satu-satu masalah itu kesamaran kepada Sayidina Umar, dan Sayidina Ali tidak ada bersamanya, hatinya tidak tenang menghukum, lantas dia berkata: “Tidak ada ke-putusan sedangkan Abal Hassan tidak ada.” Banyak kali beliau menyebut, “ALLAH tidak akan menghidupkan saya di satu bani yang Abal Hassan tidak ada padanya.”
24. Sayidina Ali mengakui pula akan kelebihan yang ada pada Sayidina Umar. Beliau selalu saja menyebut tentang kelebihan Sayidina Umar kerana beliau pemah mendengar Rasulullah SAW menyebut, “Sebaik-baik manusia selepas Rasulullah SAW ialah Sayidina Abu Bakar dan Sayidina Umar.”
25. Sayidina Umar sangat amanah dalam menjaga harta Baitul Mal.
Pada satu ketika dia naik ke atas mimbar hendak memberi nasihat, tiba-tiba dia merasa sakit. Ada orang mengatakan bahawa ubatnya ialah madu lebah. Sedang di waktu itu di dalam Baitulmal(Perbendaharaan Negara) ada tersimpan setong (segariba) madu lebah. Namun kata beliau, “Kalau tuan-tuan izinkan, saya akan mengambilnya sedikit, tetapi kalau tidak, haramlah saya mengambilnya.”
Beliau juga pernah berkata, “Wahai umat, kamu harus maklum bahawa harta Baitul Ma1 ini bukanlah kepunyaanku atau keluargaku. Harta Baitulmal adalah kepunyaan kamu, dan kamu berhak menerimanya. Aku di-amanahkan supaya menjaga harta kamu ini. Dan aku akan ditanya kelak oleh ALLAH tentang bagaimana cara aku menjaga harta itu dan bagaimana caranya aku menguruskan kepentingan umat Islam. Celakalah aku nanti sekiranya ALLAH mendapati aku tidak amanah terhadap harta Baitulmal itu.”
26. Melayani seluruh rakyat dengan rasa persamaan dan bersikap adil walaupun kepada orang yang dipandang rendah. Pada satu hari Umar pergi naik haji, Safyan Ibn Umayyah menyediakan dan mengajaknya makan. Lalu’ dikeluarkanlah sebuah talam besar makanan diangkat oleh empat orang khadam. Mereka pun makan tetapi khadam-khadam itu tegak sahaja. Lalu -Umar berkata, “Mengapa saya lihat khadam-khadam tuan tidak makan bersama!” Lalu mereka menjawab, “Tidak, demi ALLAH ya Amirul Mukminin, tetapi kami kemudiankan sahaja mereka makan untuk menunjukkan kebesaran kita.” Mendengar itu beliau marah, lalu berkata, “Tiap-tiap kaum yang merendah-rendahkan khadamnya akan direndahkan ALLAH. Ayuh, khadam-khadam, mari makan bersama-sama!” Maka khadam-khadam itupun makan bersama-sama sehingga tidak ada lagi makanan yang dimakan oleh Amirul Mukminin.
27. Sayidina Umar amat tegas bila berdepan dengan penganiayaan dan sikap mementingkan diri seorang Muslim terhadap saudaranya yang lain.
Pernah terjadi seorang lelaki datang ke sebuah kampung di sebuah oasis meminta air minuman. Malangnya penduduk kampung pedalaman itu tidak mahu memberinya, hingga orang itu mati. Maka oleh Sayidina Umar seluruh penduduk kampung itu dikenakan diat (denda kerana membunuh).
28. Sayidina Umar tidak pilih kasih, tidak takut dalam urusan pemerintahan sekalipun kepada tokoh-tokoh besar yang berpengaruh.
Suatu masa sedang tangan kanannya memegang tong kat (cambuk) Sayidina Umar pergi ke Makkah. Beliau telah bertemu dengan ‘Abu Sufyan (seorang pembesar yang terkenal) yang sedang duduk berhampiran batu-batu. Umar berkata, “Angkat batu ini!” Lalu batu itu diangkat oleh Abu Sufyan. “Ini pula, ini pula,” kata beliau lagi. Semuanya diangkat oleh Abu Sufyan dengan tidak bertanya pun apa sebabnya, untuk apa, sampai 5 atau 6 buah batu. Setelah itu Sayidina Umar terus mengadapkan mukanya ke Kaabah lantas menangis, “Segala puji bagiMu ya ALLAH yang telah menjadikan Umar sanggup memerintah Abu Sufyan di pusat kelahirannya sejati (Makkah) dan diturutnya perintah itu.”
29. Sayidina Umar cuba sedaya upaya memperseimbangkan sikap lunak dan kerasnya semasa memerintah. Melalui Abdul Rahman bin Auf pernah orang mengadu kepadanya, “Umar, engkau telah menimbulkan rasa takut kami sehingga mata kami tidak kuat menentang matamu.” Lalu berkata Sayidina Umar kepada Abdul Rahman bin Auf, “Benarkah mereka berkata demikian? Demi ALLAH, telah aku cuba melunakkannya sehingga lantaran lunak itu aku takut dimurkai oleh ALLAH pula. Telah cuba aku berkeras, sehingga aku juga takut dimurkai ALLAH kerananya. Oh… bagaimana lagi? Bagaimana nasib aku ini berbanding mereka!”
30. Bila rakyat melihatnya, mereka takut kepada ALLAH.
Seorang lelaki Quraisy telah menemui Sayidina Umar dan berkata, “Bersikap lunaklah kepada kami, sebab kami sudah amat gentar melihatmu.” Umar menjawab, ‘Adakah di situ tersimpan perbuatan saya yang zalim!” “Tidak,” jawab lelaki itu. Maka kata Umar, “Kalau demi-kian, biarlah ALLAH menambah takut dalam hatimu terhadap aku.”
Sedang mereka berbual, waktu sembahyang tiba. Memang tidak salah kalau beliau sembahyang di dalam gereja sekalipun. Tetapi sebaliknya beliau melakukan solat di luar bangunan itu. Ketika ditanya, “Mengapa tuan sembahyang di luar? Bukankah lebih selesa sembahyang di dalam ini?” Sayidina Umar menjawab, “Benar tuan. Memang tiada salahnya. Tetapi saya tidak mahu di belakang hari kelak orang menuduh saya menukar gereja kepada masjid lalu perbuatan saya dicontohi oleh kaum Muslimin.”
35. Sayidina Umar sangat mementingkan nasib rakyatnya. Beliau selalu duduk bersama rakyatnya, makan dan berbual bersama tanpa kelihatan perbezaan tingkat hidup di antara beliau dan rakyatnya.
Pernah terjadi satu musim kemarau yang amat dahsyat hingga di Madinah makanan begitu sukar didapati. Sayidina Umar bersama-sama rakyatnya begitu menderita dengan ujian ini. Satu ketika dibawa oleh pelayannya sedikit minyak sapi dan susu ke rumahnya. Kata pelayan itu, “Ya Amirul Mukminin, saya membeli sedikit minyak sapi dan susu ini dari *Wang saya sendiri untuk tuan…”
Mendengar kata pelayannya, beliau berkata, “Pergilah engkau hadiahkan kepada orang Islam yang lebih memerlukan. Aku tidak akan makan makanan seperti susu dan minyak sapi ini selagi aku lihat ada orang Islam yang masih lapar dan susah di negara ini.”
36. Beliau selalu solat dan berdoa di malam hari di masjid. Suatu malam datanglah seorang utusan dari Iraq ke Madinah untuk bertemu dengan Khalifah Umar. Oleh kerana waktu itu hari telah pun jauh malam utusan itu pun singgah bermalam di masjid. Waktu itu Sayidina Umar baru selesai solat. Melihat tetamu itu masuk beliau pun mendekatinya seraya bertanya, “Anda nampaknya datang dari jauh. Dari mana anda datang? Apa hajat?”
Jawab utusan itu (tanpa mengetahui orang yang berhak mendapat bantuan dari kita setiap bulan.”
38. Beliau sangat mengasihi rakyatnya sekalipun kepada anak-anak. Satu ketika sewaktu melantik seorang gabenor baru di satu wilayah, Sayidina Umar berjalanjalan melihat keadaan rakyat bersama gabenor barunya. Beliau telah melihat seorang budak kecil lalu diangkat, ditimang serta diciumnya. Melihat keadaan Umar yang sangat halus dan penyantun itu, gabenomya berkata, “Wahai Amirul Mukminin, patutkah tuan melayani anak kecil seperti ini? Saya fikir tidak patut bagi seorang pemerintah melayani anak kecil. Demi ALLAH saya sendiri tidak pemah berbuat demikian.”
Mendengar itu beliau menjawab, “Demi ALLAH, tahukah engkau bahawa barang siapa yang tidak mempunyai belas kasihan dan santun terhadap orang lain maka ia tidak sepatutnya diberi amanat untuk memelihara kepentingan umat. Tidakkah engkau tahu wahai pejuang ALLAH, bahawa anak-anak kecil juga ialah sebahagian rakyat kita? Aku bukan sahaja khalifah kepada umat Islam… tetapi juga khalifah kepada kanak-kanak!”
39. Sayidina Umar sangat ditaati oleh rakyatnya hingga air Sungai Nil, pun mematuhi perintahnya.
Ketika gabenornya di Mesir Amru Al Ash menghantar surat bahawa air Sungai Nil telah semakin surut dan kering kerana mengikut kepercayaan penduduk asal (bangsa Qibti), seorang anak dara mestilah dikorbankan untuk membolehkan air mengalir seperti biasa, Sayidina Umar cuma menghantar surat dengan pesannya surat itu hendaklah dijatuhkan ke dalam Sungai Nil. Surat itu berbunyi:
“Surat ini dikirimkan oleh Umar, Amirul Mukminin kepada Sungai ‘Nil. Hai Sungai Nil… kalaulah air yang mengalir pada tubuhmu itu bukanlah dari kuasa ALLAH maka kami tidak sekali memerlukan engkau. Tetapi kami percaya ALLAH itu Maha Berkuasa dan kepada-Nya kami bermohon supaya engkau mengalir seperti biasa.” Bila surat itu jatuh sahaja ke dalam Sungai Nil, airnya pun mengalirlah seperti sediakala.
40. Beliau amat takut dengan amanah kekhalifahan yang disandangnya dari awal hinggalah akhir hayatnya. Ketika dilantik menjadi khalifah beliau berkata, “Kalaulah aku tahu ada antara kamu lebih baik dan lebih kuat dariku dalam menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah ini, aku lebih rela leherku dipotong daripada menerima jawatan ini…”
Ketika hampir wafat setelah ditikam, beliau berpesan kepada anaknya (Abdullah bin Umar), “Wahai Abdullah, keluarga Umar tidak menaruh sedikit pun niat untuk menjadi khalifah. Cukuplah di kalangan mereka Umar Al Khattab sahaja yang akan ditanyai oleh ALLAH SWT akan tanggungjawabnya terhadap umatnya. Anakku… sekali-kali jangan, jangan engkau mengingat-ingat akan jawatan khalifah ini…”