Bab 19 : Tanda-Tanda Penyelamat Akan Tiba

SEJARAH pasti berulang. Kebangkitan Islam kali kedua di akhir zaman jelas sudah dijanjikan oleh ALLAH melalui lidah Rasulullah SAW. Sebab itu dunia menunggu-nunggu saat terjadinya peristiwa itu. Di setiap kurun generasi baru mengharap di tangan merekalah berlakunya janji yang indah itu. Namun hingga kini ianya belum lagi menjadi kenyataan.

Proses kebangkitan itu sudah diceritakan secara umum dalam rangkaian Hadis-Hadis yang khusus. Bermula dari Hadis yang menceritakan watak dunia waktu itu kembali mengulangi ciri-ciri jahiliah. Maka untuk penyelesaiannya, di-janjikan seorang lagi Khalifah Rasulullah untuk akhir zaman iaitu Imam Mahdi (Muhammad bin Abdullah). Namun Imam Mahdi datang bukan sendirian. Beliau akan didahului oleh seorang Pemuda dari Bani Tamim yang akan menyerahkan kuasa padanya. Ciri-ciri kumpulan Bani Tamim ini juga agak masyhur di kalangan ulama-ulama Islam yang peka terhadap-nya. Terdapat banyak kitab-kitab yang menceritakannya. Antaranya Aj Jumi Us Soghir, ‘Aqdud Durar Fi Akhbaril Mun-tazar dan lain-lain lagi. Tempoh berlakunya peristiwa ini tidak dijelaskan. Namun tempat akan berlakunya nyata disebut di Timur dan di Khurasan. Berikut saya akan perturunkan rang kaian Hadis-Hadis tentang peristiwa-peristiwa akhir zaman itu. Yakni proses kebangkitan Islam yang telah diset lengkap oleh ALLAH, untuk Islamnya kembali dunia ini sekali lagi.

Rasulullah SAW bersabda:

Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah Zamun kenabian itu sebagaimana yang ALLAH kehendaki. kemudian ALLAH mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah zaman Kekhalifahan (Khulafa’ur Rasyidin) yang berjalan seperti Zaman Kenabian. Maka berlakulah zaman itu, sebagaimana yang ALLAH kehendaki. Kemudian ALLAH mengangkatnya lalu berlakulah Zaman Pemerintahan yang menggigit (Zaman Fitnah). berlakulah zaman penindasan dan penzaliman (pemerintahan diktator) dan berlakulah zaman itu sepertimana yang ALLAH kehendaki. kemudian berlaku pula Zaman kekhalifahan (Imam Mahdi dan Nabi Isa) yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian. (Riwayat Ahmad)

Daripada Ibnu Umar r.a. bahawa Nabi SAW sambil memegang tangan Sayidina Ali baginda bersabda: “Akan keluar dari sulbi ini seorang lelaki yang akan memenuhi bumi ini dengan keadilan. Apabila kamu mendapati demikian itu, hendaklah kamu bersama Pemuda dari Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan dialah pemegang panji -panji Al Mahdi”. (Riwayat Ath Thabrani)

Jika tidak tinggal dari dunia hanya sehari sahaja nescaya ALLAH SWT memanjangkan hari itu sehingga bangkit padanya seorang lelaki dari keturunanku atau dari kaum keluargaku, yang namanya menyerupai namaku, dan nama bapanya menyerupai nama bapaku, ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan saksama sebagaimana (sebelumnya) bumi dipenuhi kezaaliman dan kekejaman. (Riwayat Abu Daud dan Termizi)

Akan berlaku di akhir zaman Islam muncul dari bumi sebelah Timur. (dari kitab Sabatul Inhihath Ali Muslimin oleh Sayid Hasan Ali An Nadawi)

Dari Abdullah bin Mas’ud yang berkata: Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW tiba-tiba datang sekumpulan anak-anak muda dari kalangan Bani Hashim. Apabila terpandang akan mereka, maka kedua mata Rasulullah SAW berlinang air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, “Mengapakah kami melihat pada wajahmu sesuatu yang tidak menyenangkan hati kami?” Baginda menjawab, “Kami ahlul-bait telah ALLAH SWT pilih untuk kami Akhirat lebih dari dua Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari sebelah Timur dengan membawa bersama-sama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak di-berikannya. Maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana ia dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa di antara kamu yang sempat menemuinya maka datanglah mereka walaupun mereka merangkak di atas salji. (Riwayat Ibnu Majah)

Sesungguhnya ketika zahir Al Mahdi, menyeluruh malaikat dari atas kepalanya, “lnilah Al Mahdi sebagai khalifah ALLAH maka kamu ikutilah dia Seluruh manusia tunduk dan patuh kepadanya dan mengecapi kasih sayangnya. Sesungguhnya Al Mahdi itu menguasai Timur dan Barat. Dan adapun yang membuat bai’ah kepadanya di antara rukun dan maqam, yang pertama sebanyak ahli Bach. Kemudian Abdal dari Syam mendatanginya, diikuti oleh Nujaba’ dari Mesir dan Asoib dari Timur. Setelah itu ALLAH mengutuskan kepadanya tentera dari Khurasan dengan bendera-bendera hitam dan mereka menghala ke Syam. Dan ALLAH menghantar kepadanya dengan 3000 malaikat dan ahli (Ashabul) Kahfi ad&h di antara pembantu-pembantunya.

Daripada AI Hassan, bahawasanya Nabi menyebut ah bala yang akan menimpa keluarganya hinggalah ALLAH mengutus Panji-Panji Hitam dari Timur, siapa yang menolongnya ALLAH akan menolongnya dan siapa menghinanya ALLAH akan menghinanya, hinggalah mereka itu mendatangi seorang lelaki yang namanya seperti nama aku. Mereka pun melantiknya memimpin mereka, maka ALLAH pun membantu dan menolongnya. (Riwayat Nuaim bin Hammad)

Dari Sauban r.a. dia berkata, telah bersabda rasulullah SAW : “Akan datang Panji-Panji Hitam (kekuasaan) dari sebelah Timur, seolah-olah hati m e r e k a (pendukung-pendukung) kepingan-kepingan besi (jiwa berani) . Barang siapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbai’ahlah kepada mereka sekalipun merangkak di atas atas salji. ” (Dikeluarkan oleh Al Hafiz Abu Naim)

Dari Ali r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Akan keluar seorang lelaki dari seberang sungai yang dikatakan Al Harith Harrath yang di hadapannya seorang lelaki yang dikatakan Mansur (yang dibantu), dia yang memudahkan urusan atau membela keluarga Muhammad SAW sepertimana Quraisy yang telah membela Rasulullah SAW. Wajib setiap orang Mukmin menolongnya atau baginda bersabda, “Wajib orang Mukmin menerimanya”. (Riwayat Imam Abu Daud dan Al Hafiz Abu Abdul Rahman An Nasa’i, Al Hafiz Abu Bakar Al Baihaqi dan Asy Syeikh Abu Muhammad Al Hussain)

Dan Amirul Mukminin Sayidina Ali Abi Talib ada berkata:

ALLAH menghimpunkan Sahabat- Sahabatnya (Rasulullah) sebanyak bilangan ahli Badar atau bilangan tentera Thalut seramai 313 orang lelaki. Seolah-olah mereka singa-singa yang keluar dari hutan hati-hati mereka bagaikan kepingan besi. Jikalau mereka berkeinginan(bercita-cita) untuk mengubah bukit nescaya mereka dapat mengubahnya dari tempat asalnya. Gaya (stail) mereka satu bentuk pakaian juga satu, seolah-olah bapa-bapa’ mereka itu bapa yang satu.” (Dari kitab Aqdud Durar Fi Akhbaril Muntazar, Beirut 1983, muka surat 95)

Apa yang ingin saya katakan di sini ialah bahawa di waktu ini, watak dunia sudah sama seperti yang digambarkan di dalam Hadis-Hadis tersebut. Yakni watak jahiliahnya, watak politiknya, watak kebangkitan Islamnya, watak Khurasan dan lain-lain lagi.

Watak jahiliahnya dunia ini sudah lumrah dikatakan oleh semua pihak. Ini bukan satu yang tersembunyi lagi. Telah terlalu nyata sekali manusia-manusia moden kini adalah manusia. jahiliah. Dunia ini adalah dunia jahiliah. Sudah berulanglah zaman jahiliah kedua di akhir zaman. Para pemimpin berfoya-foya, menzalim, merompak wang rakyat dan tugas kepimpinan dijadikan ladang tempat mengutip kekayaan lumayan. Ulama-ulama mengampu, gila dunia, hasad dengki dan agama dijadikan bahan business untuk cari untung duniawi. Sebahagian besar orang-orang kaya adalah lintah darat, menindas, menipu, riba menjadi amalan dan wang dijadikan umpan untuk memancing manusia kepada segala bentuk maksiat. Pemuda-pemudi di zaman jahiliah adalah ejen-ejen mungkar yang memperjuangkan keruntuhan moral, hidup tanpa tujuan, berfoya-foya, bercinta, berzina dan membiarkan segala macam penyakit sosial dalam masyarakat. Si miskin jadi pelarian dalam negeri sendiri, hidup gelisah, penuh hasad dan dendam dengan si kaya lalu membuat macam-macam kacau-bilau dalam masyarakat.

Para cerdik pandai jahiliah gila ilmu tetapi bukan untuk beramal. Ilmu diperdagangkan untuk cari kekayaan. Ilmu yang dikatakan tinggi itu pula cuma ilmu tentang dunia dan tidak ilmu-ilmu di sebalik dunia dan sesudahnya. ALLAH Tuhan Pencipta dan sumber bagi segala ilmu tidak dikenal pasti, bahkan tiada tempat dalam alam jahiliah. Kebenaran diang-gap kebatilan. Kebatilan dianggap kebenaran. Arak jadi minuman standard, zina diiklankan, suami keluar pintu depan, isteri ikut pintu belakang, anak-anak derhaka dan biadab, masjid kosong dari mengingati ALLAH, kerana ia dijadikan tempat berbual hal-hal dunia, panggung wayang penuh sesak, maksiat dipuja, kebaikan ditentang dan sebagainya. Manusia kerana ciri-ciri tersebut, tujuan hidupnya sudah jadi lebih kurang sama dengan tujuan hidup haiwan dan tumbuhan.

ALLAH berfirman:

Dan sesungguhnya KAMI sediakan Neraka Jahanam untuk sebahagian besar jin dan manusia, yang mana mereka mempunyai hati tetapi tidak mahu menggunakannya untuk memahami (hukum Islam), mereka mempunyai mata tetagi tidak mahu menggunakannya untuk melihat (kehebatan ALLAH), mereka juga ada telinga tetapi tidak mahu menggunakunnya untuk mendengar (ajaran Islam). Mereka itu seperti binatang ternakan bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka adalah orang yang lalai. (Al A’raf: 179)

Atau apakah kamu menyangka kebanyakan mereka men-dengar atau memahami (ajaran Islam), mereka sebenarnya seperti binatang ternakan bahkan jalan hidup mereka lebih sesat lagi. (Al Furqan: 44)

Oleh kerana zaman jahiliah sudah berulang, maka berulang jugalah watak-watak masalah dalam masyarakat manusia. Mereka hidup benci-membenci, tuduh-menuduh, tekan-menekan, saling bersengketa, berkrisis, bergaduh dan berperang. Keamanan hampir-hampir tidak ada. Rakyat sudah tidak taat pada pemerintah. Kerana pemerintah pun sudah tidak berakhlak dan tidak adil terhadap rakyat. Dunia berjalan di atas 1001 masalah. Pemimpin-pemimpin dunia bersidang untuk cari penyelesaian tetapi terjadi pula masalah-masalah baru yang lebih rumit. Ilmu dan akal mereka tidak mampu mencari jalan damai. Sistem hidup yang dilaksanakan menemui jalan buntu. Para pemerintah tidak tahu bagaimana mencari gantinya. Lalu membiarkan keadaan jadi lebih kronik manakala mereka terus tenggelam dalam kemewahan dan kelalaian. Rakyat bukan saja menolak sistem feudal yang mereka perjuangkan bahkan membenci pemerintah. Mereka mengata-ngata dan memberontak terhadap pemerintah.

Sebab itu hampir semua negara-negara demokrasi di dunia, mendapati majoriti undian terhadap pemerintah berkurangan. Ertinya rakyat sudah tidak suka dengan pemerintah. Mereka mengundi hanya kerana tiada pilihan lain. Kalau ada pilihan yang lebih baik nescaya mereka tidak mengundi lagi. Di seluruh dunia, manusia tertanya-tanya dan menanti-nanti ketibaan seorang pembela dan penyelamat. Setiap hati menginginkan penyelesaian kepada masalah dunia. Penguasa dunia di zaman jahiliah yakni Rom dan Parsi dibenci dan ditentang oleh anak-anak jajahan masing-masing di waktu zaman jahiliah itu sudah hampir berakhir. Sebabnya rakyat atau anak-anak jajahan sudah tidak tahan lagi dengan tekanan dan penzaliman serta peperangan yang mereka lakukan tidak henti-henti.

Maka ha1 inilah juga yang sedang berlaku di dunia jahiliah kedua ini. Amerika dan Russia ditentang oleh pendukung-pendukungnya sendiri. Buktinya di Russia, 12 buah negara menuntut kemerdekaan dari Moscow. Akibatnya, punahlah komunis dan hancurlah kekuatan empayar jahiliah itu. Kestabilan ekonomi dan politik tidak wujud lagi. Amerika juga sedang berhadapan dengan masalah yang lebih kurang sama. Yakni negara-negara yang berkiblat kepadanya kini sudah mencari-cari kiblat lain. Bahkan rakyatnya sendiri melihat Amerika sudah begitu melampau, kejam dan lemah. Saya kira lambat-laun Amerika juga akan senasib dengan Russia, insyaALLAH. Begitu juga setiap rakyat di dunia telah membenci pemerintahannya masing-masing. Bahkan orang-orang yang seperti dengannya pun turut membencinya.

Apabila orang menolak dan membenci Amerika, dan setiap negara yang rakyat membenci pemerintahnya, ertinya orang juga tidak percaya lagi pada sistem atau ideologi yang dipegangnya. Ya, ideologi-ideologi yang menjadi dasar pemerintahan negara-negara di dunia kini sudah temui titik buntu. Perjalanannya sampai kepada banyak masalah yang tidak dapat diselesaikan termasuklah ideologi nasionalisme, kapitalisme dan lain-lain lagi. Umum sudah terasakan kegagalan ideologi yang mereka anuti. Gagal untuk membentuk perpaduan, akhlak yang mulia, ekonomi yang bersih, pendidikan yang sempurna dan lain-lain sistem hidup. Satu alternatif pada ideologi yang gagal ini sudah diperlukan sekali.

Melihat berita-berita dunia melalui tv dan akhbar di seluruh dunia, terjadi demonstrasi, rusuhan dan penentangan-penentangan lisan oleh rakyat kepada pemerintah.. Pernah ketika Perang Teluk meletus, di seluruh dunia orang tunjuk perasaan terhadap Amerika. Rakyat sudah begitu berani terhadap gergasi tua itu. Selain dalam tulisan, mereka melepaskan geram dan benci di jalan-jalan, di padang-padang, di kedai-kedai kopi, restoran, di kelab-kelab, di masjid, surau dan di mana saja. Mereka mahukan keadilan dan kedamaian. Pemimpin dunia yang ada dirasakan sudah keterlaluan dan tidak layak memimpin lagi. Politik dan orang-orangnya tidak lagi dipuja bahkan dilihat begitu kotor dan jahat. Orang politik bukan pencetus kedamaian tapi perosak dan pemecahbelah. Pemimpin politik tidak dipercayai lagi. Orang sudah mula merasakan pemimpin yang baik itu bukan dari orang politik. Dan mereka tertanya-tanya, menanti-nanti dan mencari tokoh baru yang dirindui itu, bilakah akan tiba?

Ertinya dunia jahiliah kedua ini sudah berada di hujung umurnya. Maka di dalam situasi begini, sejarah menceritakan perihal bermulanya kelahiran dunia baru yang indah. Di waktu inilah Muhammad Rasulullah dan orang-orangnya sedang berjuang gigih untuk membangunkan dunia Islam. Dan hal ini pun sedang berulang di depan mata kita sekarang. Bahawa bersama jatuhnya Russia dan lemahnya Amerika, Islam sedang bangkit perlahan-lahan. Setapak sistem jahiliah menuruni tangga keruntuhan, setapak pula Islam mendaki tangga kejayaan terutama yang sedang berlaku di Malaysia.

Tepat seperti yang disabdakan bahawa kebangkitan itu berlaku di Timur. Dan sekarang Islam dari Timur itu sedang mengembangkan sayapnya, mengarah pula ke bumi Khurasan. Ia terjadi mengikut jadual yang tersusun rapi, untuk melengkapkan proses kebangkitan ini. Yakni hingga berlakunya apa yang disabdakan mengenai seorang pemuda Bani Tamim yang akan menyerahkan kuasa kepada Imam Mahdi.

Siapa yang faham dan dapat menyelesaikan kewujudan ini di dunia hari ini, pasti sudah dapat menerima bahawa tidak lama lagi akan muncullah Muhammad kedua, bersama-sama sahabat-sahabatnya seperti kehadiran Rasulullah di zaman jahiliah pertama dahulu. Tetapi kezahirannya itu didahului oleh Pemuda Bani Tamim dan orang-orangnya. Atau mana tahu kalau-kalau sebenarnya ia sudah bermula atau sedang bekerja, cuma dunia belum mengetahuinya? Atau ada golongan yang mengetahuinya tetapi mereka sedang menentang kebangkitan itu kerana hasad dengki dan tak senang hati. Boleh jadi ia dilakukan oleh ulama-ulama sepertimana terjadi pada ulama-ulama Yahudi dan Kristian dahulu. Bila tepat masanya nanti, ia akan tampil ke muka untuk mengisytiharkan dirinya dan Islam yang dibawanya.

Umat Islam mesti sedar hal ini dan berbahagia dengan khabar gembira ini. Ini janji agung yang ALLAH hadiahkan pada umat akhir zaman. Dan ia sudah dan sedang berlaku di depan mata kita. Anda pasti melihatnya kecuali mata anda buta. Orang Yahudi pun sudah cukup arif tentang ini dan mereka sudah bersedia menantinya. Mereka tahu ini giliran Islam dan mereka mesti kalah dan menyerah secara rela atau terpaksa. Ini proses ulangan sejarah. Dan ini janji ALLAH. Ia pasti terjadi. Siapa pun tidak boleh mengelak dan menghalangnya daripada terjadi. Dan bila ia terjadi, ertinya berlaku kembali pemerintahan Islam yang adil. Yang pemimpinnya bagaikan payung, ulama umpama obor, si kaya jadi bank, si miskin redha, pemuda harapan negara, pemudi tiang negara. Waktu itu negara benar-benar berada dalam keadaan aman, makmur dan mendapat keampunan ALLAH.

Penyelamat kecil (Pemuda Bani Tamim) dan penyelamat besar (Imam Mahdi) yang bakal lahir itu, saya yakin bukan dari kalangan orang politik. Kerana sedia maklum yang merosakkan dunia kini ialah orang politik. Jadi mana mungkin akan ada dari kalangan mereka yang boleh menjadi penyelamat dunia ini. Pemimpin yang adil ialah orang-orang ALLAH, yang ALLAH naikkan mereka sebagai pemimpin melalui cara-cara yang ALLAH juga takdirkan. Sebagaimana naiknya Rasulullah dan para mujaddid bukan melalui politik atau hasil undian rakyat jelata, maka demikianlah penyelamat akhir zaman sama ada pemimpin yang kecil (Pemuda Bani Tamim) mahupun pemimpin yang besar (Imamul Mahdi), tidak mungkin naik melalui politik dan undian. Laluan politik penuh mainan, kepentingan, tipuan dan kebatilan. Orang-orang yang bersih pasti tidak tempuh laluan yang bahaya dan kotor itu.

Watak orang-orang ALLAH ini biasanya adalah orang-orang yang sangat dibenci dan juga sangat disayangi. Penyokongnya pula orang yang tidak diduga dan penentangnya juga orang yang tidak disangka. Pemimpin-pemimpin ini bukannya lahir dari sistem pendidikan biasa. Kita berdoa moga-moga ALLAH segerakan janji-janjiNya untuk kita. Dan kita berharap agar kita turut bersedia untuk terlibat di dalam operasi agung ini. Moga-moga kita tidak termasuk ke dalam – orang-orang yang tidak mempercayai, apalagi menentangnya.