Bab 4 : Tanggungjawab Rakyat Terhadap Pemimpin

DALAM Islam terdapat peraturan-peraturan yang lengkap tentang tanggungjawab pemerintah dan juga tanggungjawab rakyat. Peraturan serta tanggungjawab ini sudah terbukti kalau dilaksanakan dengan betul dan sempurna membawa hasil yang sungguh baik. Yang kebaikannya dapat dikecapi bersama oleh pemerintah, rakyat dan negara keseluruhannya. Bukti ini terdapat dalam negara contoh yang telah dibangunkan untuk kita oleh Rasulullah dan Khulafa’ur Rasyidin dengan bantuan salafussoleh kira-kira 1400 tahun yang lalu.Walaupun ia sudah jauh dari kita, ditinggalkan oleh zamannya, namun kaedah yang dipakai itu, kalau digunakan untuk zaman ini, tentu hasil yang sama juga yang akan diperolehi.

Kaedah-kaedah selainnya, yang direka-reka oleh manusia-manusia kemudian termasuk segala macam ideologi yang dianut hari ini ternyata belum pernah mencipta kejayaan yang sama seperti apa yang dicipta oleh sejarah Islam itu. Iaitu keamanannya, kasih sayangnya, kemakmuran, keadilan, keharmoniannya, perpaduan dan lain-lain lagi. Kecuali yang mereka boleh buat ialah meluaskan empayar.

Hatta satu hakikat yang patut kita sedari bahawa kejayaan umat Islam ialah kalau mereka kuat dengan agamanya. Manakala kejayaan orang bukan Islam ialah di waktu mereka meninggalkan agamanya. Ertinya, hanya agama Islam saja yang kalau diikut betul-betul akan membawa kejayaan dunia dan Akhirat. Tetapi agama lain, kerana tidak mempunyai peraturan, maka kalau diikuti ia tidak membawa apa-apa kejayaan. Kecuali mereka meninggalkan agamanya itu. Itu pun kalau dapat hanya kemajuan dunia, di sudut material sahaja.
Saya sudah sebutkan tanggungjawab para pemerintah menurut agama Islam. Tetapi perlu diingat, rakyat juga ada tanggungjawabnya terhadap pemerintah dan negara. Kalau rakyat cuai atau ingkar terhadap tanggungjawabnya, negara tidak akan selamat juga dan mereka akan menanggung dosanya. ALLAH SWT telah menjelaskan dalam Al Quran tentang tanggungjawab rakyat terhadap pemerintah. Firman-Nya:

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada ALLAH, taatlah kamu kepada Rasuldan pemimpin di kalangan kamu. (An Nisa’: 59)

Inilah tugas rakyat yang paling asas dan utama kepada pemerintahnya. Kalau terlaksana tanggungjawab ini, nescaya dengan mudah saja negara itu menuju kejayaannya. Sebaliknya kalau tugas ini tidak selesai, macam-macam kekusutan dan masalah akan timbul serta akan membuatkan negara terumbang-ambing dan kucar-kacir. Kerana bila rakyat taat dengan segala arahan dan perintah dari pemerintah yang adil, ertinya segala rancangan-rancangan baik terlaksana dengan jayanya.

Sebarang projek, perancangan, arahan dan hasrat pemerintah akan disambut oleh rakyat dengan sukarela, penuh setia, rela berbuat dan sanggup berkorban apa saja untuk itu.

Gabungan antara dasar dan polisi yang bijak dan baik dengan tenaga maksimum yang dikorbankan oleh rakyat dengan penuh taat dan rela terhadap pemerintahnya akan membawa negara pada puncak kejayaan tamadunnya.

Dengan kata lain, kombinasi antara pemerintah dan sistem yang baik dengan rakyat yang baik akan mencetuskan kebaikan yang merata daiam masyarakat untuk dikecapi oleh semua pihak. Sebaliknya tanpa rakyat yang taat, impian indah para pemerintah cuma tinggal angan-angan yang kosong sahaja. Pemerintah akan merasa dikecewakan oleh rakyatnya sendiri.

Sebab itu pemerintah mesti bersungguh-sungguh dalam mendidik rakyat agar mereka menjadi taat dan setia. Untuk itu, rasa kasih-mengasihi antara rakyat dan pemerintah mesti ditanam betul-betul. Sebab dari kasih sayang baru datang taat. Orang susah nak taat pada seseorang yang tidak dikasihinya. Sedangkan isteri yang sudah kasih pada suaminya pun masih belum dapat taat. Kerana kasih itu didorong oleh nafsu bukan kasih murni Inikan pula rakyat, yang tiada hubungan atau ikatan apa-apa dengan pemerintah, masakan mereka dapat taat dengan mudah.

Ketaatan rakyat ini hukumnya wajib. Ertinya kalau rakyat tidak taat pada pemerintah yang adil, mereka telah melakukan perkara haram yang tentunya satu kesalahan. Rakyat perlu faham, perintah taat ini bukan datang dari pemerintah. Tetapi datangnya dari ALLAH berdasarkan ayat Al Quran yang sudah tertulis di atas. Jadi kalau rakyat menderhaka dengan pemerintah, ertinya mereka menderhaka dengan ALLAH. Kalau pemerintah tidak hukum pun, ALLAH pasti menghukumnya.

Syarat ketaatan itu ialah selagi pemerintah itu taat pada ALLAH. Manakala bila pemerintah sudah derhaka dengan ALLAH, rakyat tidak lagi wajib taat padanya. Bahkan berdosa pula hukumnya memberi ketaatan pada pemerintah yang derhaka pada ALLAH. Rasulullah bersabda:

Tiada Ketaatan kpd mahluk dlm soal menderhakai ALLAH

Tiada ketaatan kepada makhluk dalam soal menderhakai ALLAH.

Pemerintah atau pemimpin yang wajib ditaati itu ada beberapa jenis, iaitu:

1. Pemerintah negara atau negeri.
2. Pemimpin jemaah.
3. Ketua atau pemimpin dalam satu-satu bidang seperti ketua atau menteri pelajaran, ketenteraan, pertanian, ekonomi dan sebagainya.

Selain mereka ini, ada juga ketua-ketua kecil-kecilan yang menjalankan polisi dari ketua umum tadi. Maka selagi mereka taat menjalankan polisi negeri atau negara atau jemaah atau bidang-bidang tertentu, maka mereka juga wajib ditaati.

Ada orang berkata, dia tak boleh taat pada ketua-ketua lain selain ketua satunya. Orang ini sombong dengan ketua-ketua bawahan. Dia rasa dia tidak layak untuk tunduk pada ketua kecil-kecil itu. Hal ini kalau dibenarkan akan membawa perpecahan dalam masyarakat. Akan ada dua tiga ketua di satu tempat. Perpaduan dan pembangunan terancam. Sebab itu ha1 ini mesti difahamkan begini:

Pemimpin bawahan dilantik oleh pucuk pimpinan. Ertinya pemimpin bawahan adalah wakil atau orang kepercayaan pemimpin atas. Oleh itu kalau kita tidak taat pada pemimpin yang dilantik dan dipercayainya, samalah macam kita tidak taat pada pucuk pimpinan itu.
Ujian ketaatan adalah perkara biasa dalam perjuangan. Siapa yang selalu gagal adalah orang-orang lemah yang tidak layak untuk ikut dalam perjuangan. Bahkan mereka adalah penentang sama ada sedar atau tidak. Ketaatan yang dituntut oleh Islam bukan saja dalam hukum-hukum wajib dan sunat. Kerana hukum yang wajib dan sunat itu kalau pemerintah tidak suruh pun, memang mesti buat, jika ianya perkara yang wajib dan elok dibuat jika ia perkara yang sunat. Sebab, sudah diperintahkan oleh ALLAH dan Rasul. Begitu juga perkara tegahan pemimpin yang mesti ditaati, bukan dalam soal haram dan makruh sahaja. Sebab yang haram dan makruh memang sudah ditegah oleh ALLAH. Yang mana kalau pemimpin tidak tegah pun kita kena menghindarkannya.

Ketaatan pada pemerintah mesti juga diberi dalam per-kara-perkara yang mubah (harus). Atau dalam soal-soal ijtihadul fikri yakni pendapat atau perancangan pemimpin yang mesti ditaati walaupun kita ada pendapat atau perancangan yang lain. Selagi tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Dalam Islam, kewajipan taat pada hukum-hukum yang mendatang ini disebut wajib aradhi (wajib mendatang).

Perkara-perkara contoh yang wajib ditaati oleh rakyat terhadap pemimpin, antaranya:

1. Di waktu musuh menyerang, pemerintah kerahkan tenaga manusia dari rakyatnya untuk memerangi musuh. Maka rakyat wajib taat. Dalam Islam, siapa yang lari dari medan perang boleh dihukum bunuh. Kerana dia dianggap telah melakukan dosa besar.

2. Di zaman kemarau atau zaman darurat atau zaman bencana atau zaman susah makan minum, pemerintah memerintahkan orang-orang kaya mengeluarkan bantuan sama ada untuk senjata, peralatan atau makanan untuk fakir miskin dan lain-lain lagi, maka mereka wajib taat. Kalau mereka enggan, pemerintah yang adil itu boleh memaksa dan merampas harta mereka yang kaya tapi bakhil itu.

3. Kalau pemerintah sudah siapkan satu kawasan kediaman sama ada kampung atau taman kediaman dalam rancangan memindahkan rakyat, agar rakyat beralih ke kawasan baru itu, maka rakyat wajib pindah. Kalau ingkar, mereka jatuh dosa.

4. Rakyat yang diperintah tukar jawatan kerja atau tempat kerja juga wajib taati arahan itu.

5. Kalau pemerintah arahkan penduduk satu kawasan buat pertanian, wajiblah mereka mengusahakan pertanian. Berdosa kalau mereka usahakan ternakan. Atau pemerintah suruh tanam padi, berdosa hukumnya kalau ditanam jagung.

6. Hatta arahan kahwin dan cerai, kalau berlaku, rakyat wajib taat. Kalau pilihan kita ditolak oleh ketua, maka kita juga kena mematuhinya dan berkahwin dengan pilihan yang ditunjukkan. Perkara-perkara ini semuanya kalau tidak ditaati, ia terjatuh kepada dosa.

Demikianlah peraturan dalam Islam demi menjayakan pemerintahan yang adil, aman, makmur dan lain-lain lagi. Islam bukan bermaksud mengongkong kebebasan atau menafikan kebijaksanaan atau kreativiti rakyat. Biasanya pemimpin yang adil lebih adil dan terpimpin dari rakyatnya da-lam membuat keputusan. Dan rakyat yang taat akan lebih terpimpin fikiran dan kreativitinya.
Rakyat yang menentang pemerintah yang adil boleh di perangi. Hal ini pernah dibuat oleh Sayidina Abu Bakar. Yakni beliau memerangi orang-orang yang tidak mahu membayar zakat. Tentunya mula-mula orang yang degil ini di nasihat. Tetapi sesudah dinasihat pun masih degil, maka boleh diperangi hingga mereka kembali jadi rakyat yang taat.