Penutup

Dengan kehendak Allah SWT, maka dengan ini selesailah sebuah lagi buku saya, sebagai buku menjelang daulah berjudul Politik Islam Membawa Kasih Sayang. Buku ini, sepertilah buku-buku saya yang lain, adalah asing dari pandangan umum umat Islam atau pandangan ulama masa kini, terutama ulama rasmi. lanya memeranjatkan sesetengah pihak tetapi menggembirakan sesetengah pihak yang lain, kontra pada sebahagian orang dan mencabar bagi sebahagian yang lain.Buku ini saya harap dapat menjawab tanda tanya orang-orang yang bertanya, “Mengapa pemimpin dan staf Rufaqa’ tidak berpolitik?” Orang yang membaca buku ini, selepas ini tidak akan bertanya lagi. Jemaah Rufaqa’ sebenarnya sedang mempraktikkan satu sistem politik Islam. Jemaah Rufaqa’ sedang mengasaskan sebuah sistem politik yang berbeza sekali dengan politik Barat dan politik-politik lain dari ideologi-ideologi yang ada di dunia, dengan izin Allah SWT.

Sebab menurut perkiraan saya, Islam tentu mempunyai dan mampu mewujudkan satu sistem politik yang tersendiri tanpa meminjam atau meniru mana-mana ajaran atau ideologi. Allah dan Rasul tentu menyediakan satu sistem politik yang mengatasi semua sistem politik bikinan manusia. Sepertilah Islam mempunyai sistem ibadah, sistem pendidikan, ekonomi, sosial, mahkamah dan lain-lain yang tersendiri, tentu sistem politiknya pun ada dan tersendiri. Umat Islam boleh berpolitik secara Islam tanpa mencampuradukkannya dengan mana-mana sistem lain, apalagi dari sistem yang dicipta oleh musuli Islam.

Sumber rujukan politik Islam itu cukup jelas. Iaitu Al Quran dan Sunnah. Sirah perjuangan Rasulullah dan Khulafaur Rasyidin adalah rujukan praktikal kepada sistem politik ini. Walaupun ia sudah berusia lebih 1500 tahun, namun ilmu itu tetap jelas dan tepat. Rasulullah menjamin keaslian ajaran Islam yang tepat untuk dicontohi. Sabda baginda:

Maksudnya: “Kutinggalkan padamu dua perkara. Tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu mengikuti keduanya. Iaitu kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya.” (Riwayat Muslim)

Maka dalam hal berpolitik itu pun. kalau kita tetap merujuk ke sana, kita akan selamat. Tetapi hairan sekali, pejuang-pejuang politik memberi berbagai alasan untuk membolehkan mereka tidak meniru cara Rasulullah berpolitik. Mereka seperti prasangka dengan politik Rasulullah, lalu berusaha mendapatkan kehidupan Islam konon dengan meniru politik Barat dan lain-lain lagi. Tidak pula terfikir oleh mereka ba-hawa mengikut politik Barat hasilnya juga jadi seperti Barat. Tidak mungkin jadi Islam. Lebih malang lagi, mereka menentang pejuang-pejuang yang tidak mengikut politik Barat, konon tidak berpolitik. Mereka menganggap politik ala Barat itulah politik Islam. Mereka anggap satu kesalahan kalau tidak masuk parti politik secara yang ada sekarang. Begitu sekali terkelirunya mereka dalam berfikir.

Politik Islam berbeza sekali dengan politik Barat. Kelainan ini berlaku dalam semua aspek dan juzuk yang ada hubung kait dengan politik. Umpamanya, dalam erti, cara-cara, ciri-ciri, sifat pemimpin dan pengikut, dalam tindakan berpolitik serta dalam cara melantik pemimpin. Politik Islam adalah satu daripada cara hidup Islam, la termasuk ibadah fardhu kifayah. Politik Islam berlaku dalam rumah tangga, jemaah, negeri, negara dan alam sejagat.

Politik Islam bersih dari sebarang permainan kotor dan kerja-kerja haram. Ia bukan menekankan pemilihan pemimpin beberapa tahun sekali. Tetapi lebih mengutamakan peribadi pemimpin dan karisma kepimpinan. Sama ada pemimpin itu adil dan dapat meratakan keadilan. Akan lahirkah jemaah atau negeri atau negara Islam yang adil di tangannya. Adakah pengikut-pengikutnya setia, sanggup membeban dan bertang-gungjawab. Mampukah dia mendidik dan memimpin rakyat supaya taat dan patuh. Yang mana dengan terbinanya pembangunan insan ini, pemimpin itu mampu pula mencetuskan kemajuan material dan pembangunan tamadun fizikal yang selaras dengan syariat Islam. Dengan menirunya, makhluk Allah akan selamat dari peperangan, dari ekonomi riba. dari penindasan, dari kebudayaan tidak sihat dan dapat berlindung daripada masyarakat yang maksiat dan mungkar. Politik Islam mengutamakan hasilnya atau matlamatnya. Yakni terbinanya masyarakat Al Quran yang aman, makmur dan mendapat ke-ampunan Allah.

Apa ertinya menang pilihan raya, dapat jadi wakil rakyat, dapat gaji besar tetapi hasilnya tiada? Untuk apa jawatan itu didapatkan? Dan salahkah seseorang yang tidak mengusahakan jawatan itu tetapi mencari jalan lain untuk melahirkan masyarakat Islam yang berpolitik secara Islam?

Politik Islam telah dipraktikkan oleh Rasulullah, fa bukan bermula dengan mendapatkan kuasa tetapi mengusahakan perubahan individu dan masyarakat kepada Islam melalui dakwah, tarbiah dan pendekatan kasih sayang. Sebab rakyat yang baik lebih utama dari kerajaan yang baik. Kerajaan itu berdiri di atas rakyat. Tanpa rakyat, tidak ada kerajaan. Rakyat yang baik akan memilih pemimpin yang baik.

Di Kelantan, pemerintah berhadapan dengan rakyat yang mengundinya tetapi enggan menjalankan arahan-arahan pemerintahnya sendiri kepada Islam. Yang menentang perlaksanaan hukum Islam ini ialah rakyat yang mengundi kerajaan itu. Apa ertinya ini? Ertinya, rakyat yang tidak terdidik dengan Islam atau tidak faham Islam, bukannya menyokong pemerintah yang inginkan Islam bahkan memusuhi dan menentang secara sedar atau tidak, sekalipun mereka memberi undi.

Itulah logiknya politik Islam mesti bermula dengan motivasi, pendidikan dan pendekatan kasih sayang. Bila rakyat bersedia, akan terjadilah peralihan kepada sistem Islam dan negara Islam bahkan dunia Islam. Ini proses sejarah. Berlaku di tangan ahli-ahli politik Islam yang ulung yakni Rasulullah, Khufalaur Rasyidin, Sayidina Umar Abdul Aziz dan Muhammad Al Fateh. Sejarah kejayaan perjuangan mereka adalah guru yang cukup baik bagi kita. Kajilah sejarah mereka untuk dicontohi. Jangan sekali-kali menganggap sejarah mereka bukan untuk kita.

Selain di tangan mereka itu. mana ada sejarah berlakunya pemerintahan yang adil walaupun muncul tokoh-tokoh yang mengusahakannya? Ya. tidak ada! Selain kerana faktor tidak dijanjikan, ialah kerana kaedah politik yang digunakan bukan kaedah Islam. Tetapi dipinjam atau ditiru dari musuh. Walhasil bukan saja tidak berlaku pemerintahan adil dalam negeri atau negara, bahkan dalam jemaah dan rumah tangga pun tidak berlaku. Kecuali dalam toifah para mujaddid yang berlaku setiap 100 tahun sekali.

Akuilah hakikat ini. Supaya orang mukmin tidak terjerumus ke lubang yang sama dua kali. Akuilah kebenaran ini supaya kita bertemu dengan kebenaran yang berikutnya. Kerana jadual perjalanan dunia untuk zaman ini ialah politik Islam akan tampil menggantikan politik demokrasi Barat, komunisme dan lain-lain ideologi. Ia sedang dalam proses kebangkitan. Sebagaimana isme-isme itu sedang mengalami proses kematiannya.

Zaman Putera Bani Tamim, Imam Mahdi dan Nabi Isa sedang bermula sekarang. Ia bermula di Timur. Malaysia dan Indonesia sedang diproses ke arah itu. Jelas sekali proses ini bagi siapa yang mengamatinya. Bagi yang tidak prihatin, ia masih kabur.

lnsya-Allah, politik Islam akan menguasai dunia sekali lagi. Kegemilangan zaman empayar Islam oleh Khulafaur Rasyidin akan berulang di akhir zaman. Siapa umat Islam yang tidak gembira? Inilah javvapan Allah untuk kerinduan yang kita tanggung sekian lama. Kita bertuah dilahirkan di kurun ini. Kurun kebangkitan Islam kali kedua. Kurun politik Islam akan memberi jalan keluar pada dunia. Kurun pemimpin simpanan Allah dizahirkan untuk menyelesaikan masalah dunia. Ini janji Allah. Allah tidak mungkir janji. Kita akan menyaksikan politik Rasulullah dihidupkan kembali. Dan kita akan berpayung di bawahnya.

Oleh itu mari kita bersedia. Kita isi perjuangan kita dengan sistem politik Islam. Kita bangunkan jemaah dengan cara hidup Islam. Kita bina peribadi-peribadi yang bertaqwa. Moga-moga Allah pilih kita untuk terlibat menjayakan janji-Nya. Firman-Nya:

Maksudnya: Katakanlah: “Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan. Engkaulah yang memberi kerajaan pada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kerajaan daripada sesiapa yang Engkau kehendaki.” (Ali Imran: 26)

Moga-moga buku ini jadi bahan kajian kepada mereka vang ingin mendalami politik Islam dan jadi panduan pada mereka yang memperjuangkannya. Saya minta maaf kiranya buku ini menyakiti sebahagian para pembaca budiman. Teguran dan tunjuk ajar amat diharapkan. Moga-moga Allah mengampunkan dosa-dosa lahir dan batin. Dijadikan-Nya buku kecil ini sebagai:

Petunjuk bagi mereka yang inginkan kebenaran Ubat bagi yang sakit Penawar bagi yang duka
Harapan bagi yang merindui daulah Islamiah.

“Wahai Tuhanku: Hendaklah Engkau jadikan iman bagiku sebagai lampu. Dan janganlah Engkau jadikan-nya (iman) bagiku istidraj (penipuan).”

Sekian, wallahu a’lam.