Bab 14 : Jangan Jadi Perompak

SATU pengkhianatan dan penzaliman besar yang dibuat oleh pemerintah-pemerintah dunia hari ini ialah menjadi kaya-raya hasil dari jawatan dan kedudukan memerintah. Hal ini bertentangan sekali dengan ajaran Islam. Yang .mana dalam Islam, seperti yang dipraktikkan oleh Rasulullah, Khulafa’ur Rasyidin dan Khalifah Umar Abdul Aziz, mereka lebih zuhud dan miskin sewaktu memerintah. Bahkan mereka mati tanpa meninggalkan apa-apa harta pusaka. Jadi kalau ada orang yang jadi kaya-raya kerana tugas itu, ertinya suatu kesilapan besar sudah dibuat. Rasanya tidak keterlaluan kalau saya katakan, mereka itu ialah pemerintah yang telah merompak harta rakyat.

Mentang-mentang khazanah kekayaan negara diserahkan ke tangan mereka, maka mereka bebas untuk menggunakannya, lalu kekayaan itu diambil untuk kepentingan diri, keluarga dan klik-klik mereka saja. Mereka menipu rakyat dan manusia seluruhnya. Mereka putar-putarkan lidah memperkatakan kebaikan tetapi sikap mereka di belakang rakyat jahat sekali. Firman ALLAH:

Dan sebahagian manusia ketika berucap mengenai kehidupan di dunia sungguh mengagumkan kamu. Dia bersumpah membuat pengakuan segala isi hatinya bulat untuk ALLAH, sedangkan dia itu adalah sejahat-jahat musuh Apabila dia berpaling (di masa yang lain) berusaha merosakkan muka bumi, membinasakan tanam-tanaman dan binatang ternakan Dan ALLAH tidak suka kepada kerosakan . (Al Baqarah: 204-205)

Mereka menompok-nompok harta sesama mereka, saling merebutkannya, lalu mereka berpecah-belah, jatuh-menjatuhkan dan mengampu menjilat untuk mendapatkan kekayaan dan jawatan. Kebaikan kecil yang dibuat dibesar-besarkan kepada rakyat dengan melupakan rompakan-rompakan besar yang mereka lakukan. Hampir di seluruh dunia ha1 rompakan ini sedang berlaku sekarang. Mereka beri pada rakyat RM600 sebulan, paling banyak RM3000. Manakala mereka sendiri mengambil RM30 ribu sebulan, tidak termasuk elaun perjalanan, lodging dan lain-lain lagi. Ini yang rasmi, yang tidak rasmi lebih besar daripada itu.

Apa alasan pemerintah ini untuk mengambil gaji seban-, yak itu? Apa yang mereka makan, apa yang dipakai dan apa yang mereka gunakan lagi? Besar sangat ke perut mereka, badan mereka dan lain-lainnya hingga perlukan wang sebanyak itu untuk keperluan bulanan mereka? Kalau rakyat boleh cukup RM600 sebulan, ertinya pemerintah sudah melebihi keperluan asas rakyat berkali-kali ganda banyaknya. Ini suatu pembohongan dan penipuan besar yang telah dilakukannya. Barangkali selain itu, pendapatan tidak rasmi lagi banyak. Maklumlah tiada siapa yang berani intip mereka. Kalau begitu ternyata sekarang dunia sedang diperintah oleh perompak-perompak dan penipu-penipu besar. Negara terpaksa menanggung hutang yang banyak.

Tidak pelik mengapa rakyat hampir-hampir di seluruh dunia hari ini sudah tidak segan silu menunjukkan sikap penentangan terhadap pemerintah. Rakyat yang peka dan cerdik sudah tidak boleh ditipu lagi. Mereka mengharap keadilan dan mahukan kepimpinan yang benar-benar adil lagi bersih. Dan ha1 ini hanya dapat dibuat oleh pemimpin yang bertaqwa yang cinta Akhirat yang mengikut cara pemerintahan Islam yang tulen.

Dalam Islam, jawatan pemimpin bukan kerja untuk makan gaji. Sebab pemerintah bukan pengarah atau pengurus kilang. Kalau pengurus kilang bolehlah ambil berapa pun gaji kerana kilang itu dia yang punya. Gajinya boleh jauh lebih besar dari buruh. Atau dia sebagai pengarah atau pengurus kilang kepunyaan majikan, dia boleh minta gaji sebanyak mana yang dia mahu mengikut yang disetujui oleh majikannya. Negara bukan kepunyaan pemerintah tetapi kepunyaan bersama. Pemerintah bukan keluarkan modal untuk bangunkan negara. Mereka cuma diminta untuk menjaga, mentadbir dan mengurusnya. Mereka menerima amanah mengendalikan perjalanan negara. Mereka tidak boleh makan gaji atas amanah ini.

Dalam Islam, pemimpin ibarat ayah kepada rakyatnya. Seorang ayah yang diamanahkan anak-anak untuk dijaga, tentu tidak akan makan gaji kerana amanah itu. Bahkan dia yang akan mengorbankan hartanya untuk mempastikan amanah itu benar-benar ditunaikan dengan baik untuk kepentingan anakanak. Sepertimana ayah hidup setaraf dengan anak, begitulah pemerintah dengan rakyat. Ayah yang tinggal serumah dengan . anak-anak masakan akan berbeza hidupnya dengan anak-anaknya. Kalau berbeza pun cuma mungkin ayah makan lebih sikit, baju ayah besar sikit, ayah ada kereta untuk mudahkan urusan tugasnya .dalam mengurus kepentingan anak-anaknya. Tidak mungkin ayah akan makan gaji dengan anak-anak dan mengenakan tambang kepada anak-anak yang naik keretanya. Dalam keadaan kesempitan, biasanya si ayah sanggup berlapar asalkan anak-anaknya kenyang. Dia tak makan pun tak mengapa asalkan anak-anaknya selamat.

Ayah mahu jadi ayah atas rasa tanggungjawab, bukan atas kepentingan. Demikian sepatutnya pemerintah sanggup men-jadi pemerintah adalah kerana rasa bertanggungjawab untuk mengurus hal-ha1 kenegaraan agar negara aman dan rakyat makmur. Keupayaan memimpin yang ALLAH bagi pada seorang pemimpin, adalah satu tuntutan untuk melaksanakan kewajipan menjaga negara dan rakyat. Kalau ia disalahgunakan, berdosalah hukumnya. Kalau rakyat yang baik itu cuma ambil keperluan dan kemudahan hidup sahaja, yang selebihnya diberi kepada pembangunan rakyat dan negara, maka lebih-lebih lagilah pemerintah yang baik, tentu bersedia untuk hidup sederhana dengan hanya mengambil keperluan dan kemudahan hidup sahaja dari harta negara. Selebihnya digunakan untuk pembangunan bersama negara dan rakyat jelata.

Biar saya buat satu tamsilan lagi untuk menampakkan kedudukan pemerintah di sisi rakyat. Mereka bukan majikan terhadap pekerjanya. Sebab negara itu bukan kepunyaan pemerintah. Katakanlah negara itu sebagai sebuah rumah. Kalaulah ketuanya meninggal dunia; maka tentu diperlukan seorang ketua baru untuk mengendalikan rumah itu. Maka dilantiklah salah seorang ahli keluarga rumah itu yang paling layak. Yakni abang yang tertua dan tercerdik. Si abang pun menjalankanlah amanah itu dengan sebaik-baiknya. Demi keselamatan dan keharmonian rumah tangga, masakan ia akan makan gaji dengan adik-adiknya, bersikap pilih kasih dan membiarkan adik-adik hidup sendiri? Tentu ia yang akan berkorban segala-galanya demi kebahagiaan keluarga mereka, kalau ia betul-betul abang yang baik.

Pemerintah tiada hak untuk buat sewenang-wenang dalam negara. Dan kalau ha1 itu sudah berlaku, tunggulah kehancuran bangsa dan negara tersebut. Lihatlah, paling tidak huru-hara akan berlaku. Dan bagi pemerintah, tunggulah Neraka di Akhirat. Moga-moga para pemerintah di dunia hari ini akan insaf dan jujur untuk mengakui ketelanjuran mereka terhadap rakyat dan bersedia untuk mengubah corak peme-rintahan yang zalim kepada pemerintahan Islam yang adil.