Bab 9 : Cara Islam Melantik Pemimpin

ISLAM kelihatan lebih bijak dari demokrasi Barat dalam hal melantik pemimpin. Ia tidak meminta semua orang ikut serta atau campur tangan dalam memilih pemimpin negara. Sebab bukannya semua rakyat itu tahu menilai tentang siapa pemimpin yang layak dan siapa yang tidak layak untuk mereka. Sedikit saja bilangan orang-orang bijaksana dalam masyarakat dan negara yang benar-benar tahu tentang mana satu pemimpin yang benar-benar layak memerintah negara. Manakala rakyat yang awam, yang ramai-ramai itu, biasanya tidak faham dalam hal-ha1 kepimpinan dan kenegaraan. Oleh itu adalah tidak bijak kalau mereka diminta memberi suara untuk menentukan pemimpin-pemimpin negara. Kerana kiranya pilihan mereka tidak tepat, nanti negara akan jadi mangsanya.

Dalam Islam, orang-orang yang dijemput untuk menentu-kan pemimpin negara ialah orang-orang yang menepati kelayakan seperti berikut:

1.            Ada ilmu pengetahuan Islam yang cukup (khususnya dalam soal-soal kepimpinan dan kenegaraan) di samping mempunyai taqwa dan akhlak yang tinggi. Dengan taqwa dan ilmu, mereka mampu menilai dengan tepat dan adil, siapa pemimpin negara yang betul-betul layak.

2.            Ada pengaruh dalam masyarakat. Yakni rakyat percaya, segan dan hormat padanya. Pandangannya, kata-katanya serta arahan-arahannya dipercayai, didengar, diterima dan ditaati. Sekalipun dia belum menjadi pemimpin secara rasmi di mana-mana peringkat pun. Yang mana bila ia sudah memilih seorang pemimpin, masyarakat akan setuju dan yakin dengan pilihannya itu. Yakni tidak akan timbul desas-desus di belakang. Dengan ha1 yang demikian, akan selamatlah negara daripada ketidakpuasan hati rakyat terhadap pemimpin. Dan selamat juga dari tercalonnya pemimpin yang tidak layak.

Dalam Islam, orang-orang yang dibenarkan memilih pemimpin, yang menepati syarat tadi disebut ahlul halil wal ‘aqdi. Mereka termasuk sebagai ulil amri yang tidak rasmi. Yakni pemimpin-pemimpin yang didengar kata-katanya oleh rakyat, walaupun ia bukannya pemimpin yang rasmi. Seperti para ulama yang beramal dengan ilmunya, yang berakhlak dan dengan itu ia mempunyai wibawa yang tinggi.

Contoh yang jelas tentang pelantikan pemimpin menu-rut cara Islam dapat dilihat di zaman Khulafa’ur Rasyidin. Apabila Rasulullah wafat, Sahabat-Sahabat besar yang dijamin Syurga kerana taqwa dan lain-lain kehebatannya telah memilih Sayidina Abu Bakar untuk jadi Amirul Mukminin. Pemilihan itu diketuai oleh Sayidina Umar Al Khattab selaku ulil amri yang tidak rasmi atau anggota ahlul huIli wal ‘aqdi. Beliau telah memegang tangan Sayidina Abu Bakar sebagai tanda bai’ah dengannya atas pelantikan beliau menjadi khalifah. Sahabat besar yang lainnya seperti Sayidina Usman, Sayidina Abdul Rahman bin Auf, Sayidina Abu Ubaidah, Sayidina Saad Abi Waqqas, Sayidina Said, Sayidina Zubair dan lain-lain yang menjadi ahlul halli wai ‘aqdi turut setuju. (Yang selama ini mereka memang diang gap sebagai pemimpin secara tidak rasmi oleh masyarakat, Bahkan kalau salah seorang daripada mereka pun yang dilantik menjadi pemimpin tetap boleh diterima oleh masyarakat di waktu itu seperti Sayidina Umar Al Khattab, Sayidina Usman Affan, Sayidina Ali Abi Talib dan lain-lain Sahabat). Kerana orang yang ditunjuk dan orang yang menunjuk memang sudah di hati mereka, sudah menjadi pemimpin tidak rasmi yang kata-katanya didengar dan ditaati.

Seluruh kaum Muslimin yang terdiri dari orang-orang Ansar dan Muhajirin serta rakyat jelata umumnya pun setuju dan mengikut saja kerana mereka merasa Sahabat-Sahabat besar itu lebih tahu dan lebih adil dari mereka tentang soal-soal kepimpinan dan memilih pemimpin ini. Lagipun bagi rakyat waktu itu, orang-orang yang menunjuk dan yang ditunjuk sebagai pemimpin itu memang orang-orang yang mereka cintai dan yakini. Yang mana kalau mereka tidak jadi pemimpin rasmi pun, memang sudah dirasakan sebagai pemimpin di kalangan mereka. Sebab mereka itu merupakan tempat rujuk dalam masyarakat.

Rakyat tidak pernah dipanggil mengundi untuk menentukan siapakah yang patut memimpin mereka. Semuanya ditentukan oleh Ahlul Halli Wal ‘Aqdi. Apabila Sayidina Abu Bakar wafat, Sayidina Umar pula dilantik oleh Ahlul Halli Wal ‘Aqdi untuk jadi khalifah. Seperti tadi juga, perlantikan itu diterima dengan senang hati oleh seluruh kaum Muslimin. Sayidina Umar memang sudah di hati rakyat sebelum menjadi pemimpin rasmi lagi. Kenaikannya memang ditung gu-tunggu oleh semua. Hati orang memang padanya. Tiada siapa yang mahu mencabar atau menentang kepimpinannya. Kalau dijalankan undian pun dia akan menang tanpa bertanding. Sebab semua orang sudah iktiraf kepimpinannya berdasarkan apa yang sudah dikenali tentangnya. Sayidina Umar tidak payah menonjol-nonjol diri, mengangkat-angkat diri, memuji-muji diri dan melobi untuk jadi pemimpin seperti yang berlaku dalam negara demokrasi hari ini. Dan memang tidak mungkin terjadi ha1 itu semua bagi pemimpin yang bertaqwa. Mereka telah menawan hati rakyat kerana taqwa dan akhlak yang tinggi serta dengan jasa-jasa kepimpinan secara tidak rasmi sebelum ini. Maka untuk jadi pemimpin rasmi, dia tidak perlukan undi-undi jari dari rakyat kerana dia memang sudah di hati rakyat.

Dengan keadaan ini, rakyat dalam negara tidak terpecah-pecah kepada berbagai-bagai parti, team, kem atau puak-puak yang saling berlawanan. Perpaduan dan kesatuan terjalin secara menyeluruh. Demikianlah yang dapat dijayakan dalam negara dan masyarakat Islam tulen. Yang pemimpin dan rakyatnya sama-sama bertaqwa dan soleh-soleh belaka. Maka urusan pemerintahan dan pengurusan negara berjalan dengan mudah dan licin. Rakyat semuanya taat dan bersatu di bawah satu pemimpin. Pemimpin adil dan tidak pilih kasih. Sentimen puak, team, kem dan kepartian tidak wujud.

Tapi hal yang murni dan indah begitu tidak lama bertahan. Di zaman pemerintahan Muawiyah, kemurnian pemerintahan sudah mula tercemar. Pelantikan pemimpin dibuat atas nama keluarga. Maka bermulalah perpecahan ,kepada puak-puak dalam negara. Yang mana bermula wujudnya sistem feudal di dalam masyarakat Islam. Kita berharap akan terjadi sekali lagi pemerintahan Islam tulen di akhir zaman ini. Yakni pemimpin yang diterima dengan hati oleh rakyat. Bukan ditunjuk oleh jari. Yang kalau ia tidak memimpin secara rasmi pun, sudah didengar kata-katanya. Yang dalam pimpinannya, rakyat tidak lagi berpuak-puak dan tidak lagi saling bergaduh dan berlawan antara satu dengan. yang lain. Insya-ALLAH, di kemuncak kebangkitan Islam di Malaysia, kita akan saksikan berulangnya sejarah yang indah ini. Yakni pemimpin bertaqwa memimpin rakyat yang bertaqwa dalam satu pemerintahan Islam yang adil.

Leave a comment